Sunday, January 9, 2011

Penunggu Rumah Tingkat Dua

Waaaa seram tak tajuk. Seram gak aku ngan tajuk sendiri. Walopun hakikatnye penunggu tu adalah aku. Weekend ni aku duk umah je, tak keluar langsung dari pintu rumah tu. Harapan di hati nak kemas desktop aku yg bersepah ni. Tapi apakan daya, daya tarikan fesbuk tu lebih kuat. Bukan duk update status ke, tengok page orang ke, tapi duk main game. Dah lama aku tak melayan game online, tetiba adik aku ajak main, aku terlayan balik. Skang ni sebuk main Pico ngan Lucky Train. Macam budak2 jer. Lantak le yang penting aku tak sunyi. Buah hati lak jauh dimata. Sambil gayut kat tepon ngan si dia, sambil maen game. Kadang2 dia bengang je sebab bercakap sendirian, aku sibuk duk men game je..hahaha sori ler encik buah hati.

Pic from Pico: Aku yg si burukrupa tu :D Sebelah tu adik aku.

Dah dua hari tak makan nasik. Berat tak turun pun. Sedey. Sebagai balasan, arini aku nak makan nasik ngan lauk ayam masak lemak cili api lagik. Wahaha padan muka aku. Takpe2 seminggu ni aku nak posa. Hihih.



Cari resipi kat tenet nak masak..
huhu

Thursday, January 6, 2011

Takde tajuk

Cinta jarak jauh...mampukah ia bertahan?
Setiap hari sekurang2nye RM5 kedit jalan..kalo tak dengar suara si dia, aku bagai terlupa ada seseorang di sana yang cuba aku cintai. Cuba? hohoh. Leh pulak men lupa2 tu..aku memang pelupa nak wat camne..huhu. Tak sabar tunggu digi easy prepaid tiba di pulau sebatik tu. Leh gayut 24H7D hukhukhuk

Visi dan Misi unit anda...huh nape la bos bagi keje camtu kat kitorang ari nih. Abih sepetang duk pikir misi ngan visi jer. Sampai ujan lebat kat luar, tak pat balik awal. Sangat lebat ujan tadi. Kalo pakai payung pun takde maknanye.

Hari pertama kne mengaplikasikan semula fungsi punhcard. Datang keje awal ooo. Kul 8 pagi dah gerak. Tiba kat opis 8.25, punch dengan senyuman. Nak balik tadi, menonong je aku kuar..terlupa nak punch out. Tak biasa lagi. Nasib bek ujan menstopkan langkah aku. Terpaksa naik balik ke opis untuk punch out huhu. Hasrat nak jog ptg tadi turut terpadam bersama titisan hujan yg lebat tu.



Moga esok lebih baik ;]
Semalam sakit kepala cam nak mati :(
Tuhan jgn ambil nyawaku.
Aku nak kawen n jadi seorang ibu dulu..plssss
Moga dipermudahkan jalan je syurgaMu

Monday, January 3, 2011

Semangat yang hilang

Assalamualaikum..

Buat kesekian kalinya aku memonteng keje ari nih. Sepatutnya hari pertama bekerja di tahun baru ni perlula disusuli dengan semangat baru. Tapi tidak aku. Segala yang aku rancang sebelum menjelang tahun baru tak terlaksana, lantas mengheret aku ke kancah kemalasan ke ofis hari nih. Bukan ape, kerja-kerja tahun lepas masih banyak tergendala, folder-folder aku berserakan di dua-tiga laptop dan PC. Aku hampir tak terurus. Walaupun aku dah rancang cuti seminggu yang lalu aku nak organize smula kerja-kerja yang lama, tapi cuma tinggal angan-angan. Aku amat tidak suka dengan mood sekarang ni. Dimana aku yang rajin n well-organized dulu? Adakah perasaan baru itu membuat aku terlalai? Apapun janganlah sampai aku terlalai dari mengingatiNya.

Alang-alang dah monteng dengan alasan sakit perut, aku settlekan keje-keje di rumah yang tertangguh akibat berpeleseran ujung minggu lalu. Basuh baju, gosok baju, tampal roadtax (plg benci sebab yg lama susah nak tanggal), kemas rumah, habiskan makanan yg lama...huhu. Yang paling takleh blah aku buat arini adalah jadi penunggu kat pejabat pos. Dua jam lebih duk tunggu giliran semata-mata nak anta parcel untuk yang tersayang nun jauh di mata. Punya la ramai umat manusia kat pejabat pos tu. Aku kne tunggu lebih dari seratus giliran baru sampai turn aku. kohkohkoh. First time aku tunggu bapak punya lama kat post office.

aku yg kaler pepel tu kot. sib bek bukan kne bratur camnih huhu.


Moga esok lebih baik dari hari ni. Encik Malas, sila jauhi aku!!


MyDear, aku tidak ingin mencintaimu sebelum waktunya.
Tapi bolehkah perasaan itu dihalang?
Atau aku sekadar menipu diri sendiri..

Sunday, January 2, 2011

Rindu

Assalamualaikum 

Selamat Tahun Baru. Hehe terlambat ke aku ucap nie?

Wah melampau betul penangguhan aku kali ni. Lebih sebulan aku tinggalkan laman ni tanpa menitipkan sepatah dua kata. Sejak pulang dari Sarawak tu hingga ke hari ni, aku bukan tidak mempunyai waktu untuk menaip sepatah dua ayat. Tapi waktu-waktu aku telah dihabisi dengan melayan sebuah keRINDUan. Namun rindu untuk merepek kat sini tetap ada, tapi tak terluahkan..eceh alasan tu. :D

Waduh....apakah.....rindu-rinduan pulak ni. Nak wat camne kalo hati dah terjatuh kat Sarawak ari tu...dah la terjatuh hatinya, dicuri orang Sabah pulak tu...kekekeke. Aku akan cuba untuk tingkatkan tahap kerajinan untuk semua perkara sempena tahun baru ni. InsyaAllah. Tak lupa juga untuk meneruskan azam tahun lepas yg tak terlaksana iaitu untuk kurus dan cantik. Boley ke azam camtu :D

Apapun, ingin aku ucapkan terima kasih kepada TM kerana beri cuti seminggu pada staffnya yg memang malas nak kerja ni. Tak lupa juga tahniah untuk Dila yg mendirikan rumah tangga pada tanggal 31 Disember 2010. Majlis persandingan Dila dan Hakim pada 1 Januari 2011 penuh gilang gemilang, moga bahtera perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat. Dan selamat hari lahir untuk Syuhada (3 Jan 2011). Trimas untuk mama Syuhada i.e. Puan Atikah sebab jemput aku dan rakan-rakan yg memang kuat makan ni ke majlis hari lahir anaknya tadi. Cepat betul 7 tahun dah berlalu. Dulu Syuhada kecik kitorang slalu jadi baby sitter dia bila mamanya sibuk gi meeting sebagai resident staff kat UiTM tu.

Banyak yang nak aku cerita disini. Tapi henpon asik berkelip minta dilayan SMSnya tu. kuikui. Tu la lain kali jangan tangguh-tangguh. Ada cerita terus tulis yer cik Aisyah. huhu. Sampai berjumpa lagi. Muahhh!


eceh dah pandai muahh muahh lak skang ni