Sunday, January 2, 2011

Rindu

Assalamualaikum 

Selamat Tahun Baru. Hehe terlambat ke aku ucap nie?

Wah melampau betul penangguhan aku kali ni. Lebih sebulan aku tinggalkan laman ni tanpa menitipkan sepatah dua kata. Sejak pulang dari Sarawak tu hingga ke hari ni, aku bukan tidak mempunyai waktu untuk menaip sepatah dua ayat. Tapi waktu-waktu aku telah dihabisi dengan melayan sebuah keRINDUan. Namun rindu untuk merepek kat sini tetap ada, tapi tak terluahkan..eceh alasan tu. :D

Waduh....apakah.....rindu-rinduan pulak ni. Nak wat camne kalo hati dah terjatuh kat Sarawak ari tu...dah la terjatuh hatinya, dicuri orang Sabah pulak tu...kekekeke. Aku akan cuba untuk tingkatkan tahap kerajinan untuk semua perkara sempena tahun baru ni. InsyaAllah. Tak lupa juga untuk meneruskan azam tahun lepas yg tak terlaksana iaitu untuk kurus dan cantik. Boley ke azam camtu :D

Apapun, ingin aku ucapkan terima kasih kepada TM kerana beri cuti seminggu pada staffnya yg memang malas nak kerja ni. Tak lupa juga tahniah untuk Dila yg mendirikan rumah tangga pada tanggal 31 Disember 2010. Majlis persandingan Dila dan Hakim pada 1 Januari 2011 penuh gilang gemilang, moga bahtera perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat. Dan selamat hari lahir untuk Syuhada (3 Jan 2011). Trimas untuk mama Syuhada i.e. Puan Atikah sebab jemput aku dan rakan-rakan yg memang kuat makan ni ke majlis hari lahir anaknya tadi. Cepat betul 7 tahun dah berlalu. Dulu Syuhada kecik kitorang slalu jadi baby sitter dia bila mamanya sibuk gi meeting sebagai resident staff kat UiTM tu.

Banyak yang nak aku cerita disini. Tapi henpon asik berkelip minta dilayan SMSnya tu. kuikui. Tu la lain kali jangan tangguh-tangguh. Ada cerita terus tulis yer cik Aisyah. huhu. Sampai berjumpa lagi. Muahhh!


eceh dah pandai muahh muahh lak skang ni

2 comments: