Wednesday, December 1, 2010

Out of Office

Yeyey sok start cuti sampai ujung minggu depan. Going to Sarawak without the laptop, no internet access for a week, bisa bertahankah aku? Boleh punyer lah. Memang tu yang aku nak. :D

Aku takkan set auto reply "out of office" kat outlook mail aku. Pedulikan. Kang kantoi pulak ngan mem besar aku cuti lama-lama. Kang berdarah telinga bos aku nak menjawab ngan bos dia tu. 

Balik dari bercuti nanti, tak tau le ape nasib aku. Macam kena keje malam-malam lagi. Ada keje kat site. Ada migration access gateway baru kat melaka. Hmmmmmmm ~~~~



Macam takde perasaan je nak gi sarawak ni
Sebabnye nanti tido umah orang
Aku tak suka..segan..err

Monday, November 29, 2010

Tak bisa melawan

Hari ni aku bekerja bagai tiada esok. Tak cukup tangan dibuatnya. Kalo la kaki ni leh tolong buat keje, mau aku kerahkan beliau sekali. Duk kat bawah meja je watpe.

Dalam kesibukan keje bertimbun akibat tak masuk ofis minggu lepas, tetiba bos panggil sampaikan satu berita "baik" punyer.

"Nanti kau buat routing kat SS jugak, Dila buat routing kat IMS. Kena tolong cover Sha sebab Noor dah resign dapat kije lain"

"Wah..bos nampak saya macam takde keje ke? Ni kena bayar gaji double ni. Bos ingat saya ni robot ke, robot pun leh rosak kalo keje overload camni."

 Tapi tak terkeluar pun kata-kata membangkang tu. Kata-kata tadi hanya berlegar dalam hati yang tidak puas hati. Pada hakikatnye, aku cuma mengangguk dan tersenyum sadis menerima tugasan baru yang agak berat padaku, sebab aku tak paham routing kat SS. Arghhhhh cabaran! Passion to win! Challenge!! Dila dah tentunya bengang dengan keputusan bos ni. Wait n see je lah ape yang Dila akan buat nanti.

How to say no to our boss? credit to sense of humor

Hampir tengahari tadi, Noor datang dengan anak-anak dan laki beliau untuk ambil barang-barang. Jumaat ni dia dah start keje kat tempat baru. Rezeki baby dia, habis je pantang terus dapat keje gomen. Happy for her. But pity for me sebab kena cover keje configuration pulak. Moga aku dapat buat yang terbaik. :D

Dalam kesibukan pun aku masih sempat daftar untuk kursus kawen ujung bulan disember nanti skali ngan Ain. Sempat jugak kol papa bertanyakan e-ticket number untuk flight ke Kuching ari Khamis nanti. Yeah cuti lagi. Seminggu ke Kuching, aku tak pasti samada nak bawak laptop ke tak. Kalo takde internet access, sia-sia je aku bawak. Payah pulak nak jaga sebab gi kenduri umah orang kan..emmm tengok la dulu yer.



Sesungguhnya aku tak reti mengatakan tidak pada sebuah arahan.
Ni lah hasil kekejaman askar wataniah yg berjaya diterapkan dlm diri aku :(

Sunday, November 28, 2010

Abang Long NGN kawen

Tahniah buat Ciko a.k.a abang long kerana berjaya mengakhiri zaman bujangnye semalam. Bukan abang aku yer sebab aku ni anak sulung yang sejati. Digelarkan abang long kepada Ciko kerana usianya yang jauh beza dengan ofismate lain. Hehe. Angka 29 pada seorang lelaki tidaklah terlalu tua. Tapi kalo pompuan, umur 28 tak kawen lagi, mau jadi isu besar keluarga tu. Haishh debor pulak aku mengenangkan perkara ni. Takpe Aisyah, jodoh itu ketentuan Tuhan, bukan urusan manusia. Berusahalah sedaya kamu, berdoa pada Dia, dan bertawakal dengan hati terbuka. Moga dijauhkan dari segala maksiat :D

Umah Ciko kat Kedah sebenarnye, tapi disebabkan tarikh majlis umah dia clash dengan tarikh kenduri Syam, kitorang seofis pakat pegi umah pihak pompuan la. Lagipun gi Kemaman dekat sikit berbanding ke Kedah nun. Aku sekereta dengan Dila dan dipandu oleh Akmal. Konvoi dengan keluarga Mira. Kul 8 pagi aku dah terpacak depan umah Dila, Dila lak baru hegeh-hegeh nak iron baju. Cis betul. Konon kul 8 nak gerak. Sib bek tumpang kete dia hehu. Kitorang start konvoi lepas tol RM5 kat gombak tu. Pastu gi isi minyak RM40. Jumpa tol lagi RM3. Then masuk lebuhraya Pantai Timur, kena Rm21 exit kat Jabor. Perghh boleh tahan jugak tol dia. Untuk perjalanan pergi dan balik, aku menyumbang RM60. Bakinya akmal n dila setelkan. 

Sampai umah pengantin lebih kurang kul 1, makan-makan then tunggu pengantin. Kul 2pm, pengantin lelaki pun tiba dengan sengih-sengih panjang. Amik gamba sket, sembang-sembang sket, pastu kitorang pun berangkat pulang. 

Moga kekal ke akhir hayat =)

On the way balik tu kitorang singgah beli satar kat warung aziz satar (femes kat situ). Pastu beli keropok lekor sikit. Adeh malas pulak aku nak tulis panjang-panjang. Secara ringkasnye, sesudah itu kami....

  • salah simpang nak masuk highway pantai timur, kena u-turn balik setelah Mira mesej menganjing "gi piknik kat teluk chempedak ker" hahaha. Rupenye terikut jalan lama pulak.
  • singgah solat kat r&r Genting Sempah. Takde air kat toilet. Nasib ada air untuk berwudhuk.
  • kul 7pm, singgah ampang point sebab Dila nak beli tudung
  • kul 9pm, singgah food court presint 9 makan. Aku beli roti john share ngan Dila. Akmal makan kuey teow goreng, macam sedap je..nanti lain kali aku try.
  • kul10.30pm aku sampai rumah, tengok mak ayah ain dah tido. Aku masuk diam-diam macam pencurik, tapi diorang still terjaga. Bersalam dengan mak Ain sebelum aku meneruskan urusan diri.


Sebab kepenatan yang amat semalam, lepas subuh tadi aku sambung tido sampai ke tengahari. Tak peduli dah mak ayah Ain ada ke takde ke. Abis la saham anak dara nih. Nasib baik time diorang balik dari jalan-jalan kul 2pm tadi, aku tengah gosok baju depan tv. Kalo aku masih tidur, apakah pandangan mereka terhadap aku? keskeskes



esok dah hari isnin???
cant believe it
masa berlalu terlalu pantas
Ku mohon padaMu ya Allah, 
jangan aku terleka dengan dunia ini

Friday, November 26, 2010

Siang keje malam keje

Wah..sememangnya aku ini 'rajin'. Siang training, malam buat patching dengan vendor, esoknye training lagi, malam tu buat patching lagi. Mana waktu tidurku??? Bos ku yang kacak, tolong la tambah staff. Saya hampir jadi zombie kampung pisang ni. 

Giler tul kije macam ni, nasib baik bukan selalu. Nak suruh orang lain ganti pun tak leh sebab memang tak cukup orang. Nak buat tak tau pun takleh, kang bile vendor dah takde, aku la yang kena wat sendirik sume tu. Nape la aku terlibat ngan keje macam ni. Aku nak keje biasa-biasa je. Macam ofismate yang lain. Masuk pukul 8.30 pagi, balik pukul 5.30 petang. Aku ngan Dila je selalu kena keje tak tentu masa. Dah takdir aku kena keje macam ni, kena redha. Aku mohon Allah kuatkan mental dan fizikalku. Keje kena ikhlas ye Aisyah!

Mata aku dah lebam cenggini..sape nak jawab :( kredit to dunyahalal

Tak cukup tido punya pasal, mata dah jadi cam lam gamba kat atas ni. Nak lekap uncang teh kat mata semalaman bukannye pekerjaan yang mudah. Dengan gaya tido aku yang amat lasak ngalahkan bermain bola jaring di tengah padang, maunye uncang teh tu bertaburan bawah katil jawapnye. Takkan nak lekat pakai gam pulak.<-- hendak seribu daya, tak hendak macam-macam dalih :D

Setelah bertungkus lumus keje malam (selasa n rabu), maka dua hari berikutnye pulak aku book off. Kiranye semalam ngan hari ni aku tak keje ler. Bos kasi ke tak ke, aku tak peduli. Aku cakap sekali je, nak off, by hook or by crook (betul ke eh pepatah ni). Tido mesti diqadha. Nak domam je rasa tak cukup tido nih. Tapi duk umah pun keje jugak ni. Ada je mende nak kena wat :D

Sok nak berjalan jauh pulak. Ada kenduri kat Kemaman. Raja seharinye adalah Ciko dan pasangannya Erma. Moga perjalanan sok dipermudahkan. Amin~~



Muhasabah Aisyah:
Mungkin keje bertungkus lumus camni tak akan membuatkan aku kaya raya
Namun Allah itu sesungguhnya maha adil
Dia akan permudahkan urusan ku di bahagian lain pula
Hanya Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk aku
Redha dan berusahalah seikhlas hati =)

Sunday, November 21, 2010

Stress dan Boros

Takde duit stress, banyak duit pun stress. Kenape? Sebab duit yang banyak tu, walaupun milik aku, tapi bukan untuk aku. Apakah?? Biasa la, gali lubang sana, tutup lubang sini. Ribu-riban duit claim masuk tapi kena ganti mana yang patut pulak kan. Tanggungjawab yang tertangguh sebelum ni perlu ditunaikan. Paling sakit bile rodtax kete dah hampir menemui ajalnye. Nak kena renew la kang kalo encik polis atau encik JPJ tahan, kena berlakon pulak.

"Eh dah mati ek rodtax saya? sori la incik, saya betul-betul tak perasan..."

Namun apakan daya, aku tak dapat menahan nafsu daripada berbelanja. Tu la silap aku, patutnye dapat je duit tu, transfer terus kepada pihak-pihak yang berkenaan. Tapi aku melengah-lengahkan masa. Tanpa sedar aku berbelanja sewenang-wenangnya. Bukan sikit woo...nak tau pe aku beli? Hah tengok ni...


Ros Jepun

Hinano slimming belt
Kusyen duduk

Pokok bunga Ros Jepun tu aku beli masa gi pasar malam Putrajaya hari Jumaat lepas. Training abis awal, so aku gi amik ayu kat KL dulu. Ayu pun abis keje awal sebab dia mintak MC, cirit katenya huhu. Petang tu kitorang perabih pitis kat pasar malam la. Aku bukan tetiba meroyan nak bela pokok bunga, tapi memang dah lama aku nak bela. Puas duk belek macam-macam jenis pokok sampai tuan kedai tu pening, last-last aku pilih ros jepun tu sebab macam senang je nak jaga. Macam-macam lagi kitorang shoping ari tu, beli baju dua tiga empat pasang, beli bantal bunga untuk dihadiahkan kepada Wan Nur, makanan toksah citer la..sampai tak larat nak makan.

Kusyen duduk tu pulak aku beli kat Mydin USJ. On the way balik dari makan-makan kat rumah Wan Nur hari sabtu tu, aku ngan Ayu singgah situ nak beli barang-barang sikit. Sikit la konon, beratus aku habis kat situ. Nasib baik bukan shoping kat Jusco, lagi pengsan nak membayar. Slimming belt tu pulak beli kat Hinano Mydin tu la. Masa tu aku duk tunggu barang time Ayu gi solat maghrib. Terpaksa la bergilir-gilir solat sebab kena jaga barang yang dah beli penuh satu troli tu. Berdiri pulak sebelah kedai dia. Pe lagi, dia pancing aku gi tengok barang-barang dia. Pandai betul salesgirl tu hasut aku.

Aku terpancing..bayangkan ikan tu adalah aku :( 

Kalo aku sorang-sorang, konpem aku tolak mati-matian. Tapi tetiba time tu jugak Ayu usai bersolat, dia pun datang join. Tah camane tetiba kitorang dah terduduk kat kerusi urut lam kedai tu. Macam-macam alat dia bagi kitorang try. Dia punya offer pun bukan main lagi. Beli itu percuma ini lah, itulah. Haish...last-last aku tersangkut beli slimming belt tu. Bagi aku harganya agak murah..rm 500++ je. Aku penah usha brand lain, sume dekat 8 ratus harganye. Kalo tak kurus jugak pasni tak tau ler. Jangan jadi hiasan bawah katil je nanti sudah.

Lepas berabis kat Hinano, aku sempat sambar pencuci muka, toner n bedak sejuk kat kedai kosmetik berhampiran. Tetiba rasa nak try pakai bedak sejuk pulak. Gatai sungguh. Ni namanye takleh ada duit. Barang-barang lain pun sebenarnye kebanyakan masih ada lagi. Tapi aku gatai jugak nak beli. Lepas ni kena ikat perut la. Dah dah aku nak transfer pitis gi tempat lain pulak. Kang tershopping online pulak. :D



sesal dahulu pendapatan
sesal kemudian hanguslah pendapatan

Saturday, November 20, 2010

Minggu Aidiladha

Tahun ni buat kali keduanya aku menyambut Aidiladha tanpa family di sisi. Bukan setakat family, tapi memang tanpa sesiapa di sisi. Tegar sungguh aku menghadapi situasi tersebut. Apapun, aku tetap bersyukur kerana Allah beri kesempatan buatku menikmati takbir di Aidiladha sekali lagi pada tahun ni. Tahun depan belum tentu lagi kan. 

Moga ibu bapa ku berkesempatan menziarahi rumahMu ya Allah..

Parents and my sisters tak balik raya kat kelantan tahun ni sebab one of my sister is one of the calon untuk SPM tahun ni, so taknak ganggu dia study. Sepatutnya aku lak pulang ke kelantan dan menyambut nenek pulang dari tanah suci Mekah. Tapi disebabkan kekangan wang dan masa, aku yang dah plan nak balik sekali dengan adik ku yang keje kat Gemas tu tak jadi balik kampung jumpa nenek. Ada ke patut aku kena pi training khamis n jumaat lepas. So aku memang takleh amik cuti la, leh cuti satu hari je iaitu Rabu. Kelantan tu bukan belakang umah sewa aku ni. Bukan sejam dua perjalanan. Maaf la nek kerana cucu-cucu mu menabur janji palsu. Bukan niat nak memalsukan perjanjian, tapi keadaan yang tak mengizinkan. 

Maka seharian Aidiladha ku hanya dihabiskan di dalam rumah. Makan pun ala kadar je. Aku lagi suka kalo tak makan, leh diet. Tapi sejak diserang gastrik beberapa bulan lepas, lambat makan sket je dah angin satu badan. Paling tak best bila start pening n sakit kepala. So kawan-kawan jangan gedik nak diet-diet dengan cara tak makan yer. Makan lah makanan seimbang, makan dengan kerap tapi dengan kuantiti yang sedikit. Itu lebih baik dari makan sekali sehari dengan kuantiti yang banyak. 

Khamis n Jumaat aku training kat CP Tower. Boss n the boys pun ada training kat situ jugak, tapi clas lain la. Aku tak join diorang. Boss tegezut tengok aku kat situ. Dia ingat aku cuti raya. Siap tanya, " Eh kau buat ape kat sini?". Aku menjawab balik " Saya jalan-jalan kat sini, aih bos ni, dah tentula saya ada training gak". Bos aku memang tak puas ati aku gi training software installation tu. Dia kata aku sampai dah gi China wat software upgrading ari tu, tak payah training dah. Cis betul bos ni. Habih satu training center tu tau aku dah gi China. Hampes.

Arini aktiviti aku agak best. Banyak pitis aku habih wehhhhh. Sesalan ku tidak berguna lagi. Penat la nak citer, sok la aku sambung ek. Ada urusan skek. Gudnite


Semenjak dua menjak ni
banyak semut kat umah aku
tau la aku ni manis
Ain (hosmet) pun tengah berdarah manis
syoh semut syoh syoh

Thursday, November 11, 2010

Menatap indahnya....

Kenapa aku mengabaikan blog ni sekian lama? Sume Shahir AF8 punye pasal. Ni sambil duk menaip ni, sebenarnye tengah tunggu youtube abis loading diari af8 yang aku memang jarang tengok. Dulu masa af8 tengah hot, aku mane peduli. Kalo tertengok pun nasib-nasib je sebab takde citer lain yang best.



Dah lama aku tak minat kat artis ni. Tapi tak tau camne leh sangkut ngan Shahir. Walopun dia lebih budak dari aku, tapi dia nampak matang. Syok dengar sore dia. Suara dia macho gilak. Mata dia, senyum dia, waduh....tak tido malam tu kalo dapat. Lagi satu tak tahan dengan dia punye lawak, memang selamba n klaka habis. Guling-guling aku gelak bila tengok part lawak dia tu dalam diari af8. Jangan kan aku, ibu ngan papa pun suka sama si Shahir tu. Kalaulah ada seseorang di luar sana yg berpakej lengkap macam Shahir untuk aku...hahaha berangan tak sudah.

Walopun banyak jugak cerita tak best pasal Shahir yang aku dengar, tapi pedulik hape aku. Mungkin fitnah semata-mata. Bagi aku, dia tak hipokrit macam orang lain. Eceh... kalo hati dah suka tu, sumenye nampak indah. Lagi sorang Adira. Gadis Af8 yang sering dikenen-kenenkan dengan Shahir. Dia pun baik jugak. Dah la cute, sore pun best. Tapi aku tak setuju kalo Shahir pilih dia sebagai pasangan jiwanya. Cess..sapekah aku untuk menentukan hidup orang lain. Kehkeh. Ini namanye jeles ni.

Yang nyata, aku simpati pada Shahir bila dia dikehendaki pegang sentuh peluk artis-artis wanita demi menjayakan sesebuah persembahan. Mungkin dia tak rela. Tapi dia tak boleh bersuarakah??? Moga dia selalu dalam lindungan Allah dan dijauhkan dari segala maksiat.


Z makin menggatai
Aku reveal segala yang aku tau tentang gadis-gadis lain
Tapi dia rilek je, menafikan segala yang berlaku
Yang penting, aku tak caya segala katanya hahahaha

Thursday, November 4, 2010

Lena aku di dalam pelukanmu

Opss aku tidak dipeluk oleh sesiapa. Mungkin Patrick ucukku yang teringin berbicara begitu. Heheh. Sejak parents aku pulang semula ke negeri di bawah bayu, aku jadi kuat tido. Balik keje je tido. Bangun untuk solat dan makan pastu tido balik sampai pagi. Tu yang tak hapdet2 blog nie. Kat opis lak, lepas makan tengahari, lena lagi kat surau sebelum solat zohor. Adoiyai..lepas tu nak salahkan sape kalo berat dah bertambah 3 kilo... (T___T)

aku perasan :P (errr Shahir ni muda 4 tahun dari aku..hikhik wat adik ipar leh ler)

Nape ek, rasa letih semacam. Mungkin aku stress dengan kondisi kewangan ku yang susut terlampau. Kalau nak harapkan gaji basic aku tu, setakat cukup-cukup makan je, takleh nak shopping mopping. Bulan lepas takde claim, parents lak datang, takkan nak suh diorang banje aku lak kan. Jatuh la water face aku sebagai seorang eksekutif. Cis sempat lagi nak ego dalam kesempitan. Bukan ego, aku tak sampai hati nak makan duit parents aku sedangkan aku tau diorang datang nak setelkan hal pembinaan rumah kat Melaka tu pun pakai duit simpanan tabung haji. Asik keluarkan duit simpanan tu, sampai bila nak cukup. Nak taknak, aku pakai semua saki baki simpanan aku mane yang ada, tak cukup tu, aku swap jer kredit kad. Esok lusa buleh bayar. Asalkan aku tak rasa bersalah kat mak pak aku.

Err comot...sape suruh gi masuk kawasan pembinaan..sib bek tak tenggelam lam tanah lembik tu

Alhamdulillah, setelah lima tahun tertangguh, akhirnye berlangsung juga kerja-kerja pembinaan villa hanna (nama yg dicadangkan utk rumah yg bakal dibina dan dibantah keras oleh adik2 ku..jeles la tuh haha)

Ni la akibatnye kalau asik outstation. Abis sume simpanan aku terpaksa didahulukan. Claim lak lambat. Bukan lambat dapat, aku yang lambat buat. Bese ler, gara-gara sikap penangguhan aku tu yang bagai tiada kekesalan. Pendek kata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tak sabar rasa nye tunggu duit claim masuk. Bukan sebab leh shoping pun, sebab aku tak sabar nak bayar hutang-hutang kat bank tu. Bayar kad kredit la, ape lagi kan. Memang dari kecik aku bukan orang yang suka berhutang. Kalo ada hutang je, aku tak senang duduk. Susah je ati ni. Pastu nak ganti balik duit simpanan aku. Kena standby duit untuk roadtax kete lagi. Kira punye kira, tinggal ler beberapa hinggit je untuk aku shoping. Syukur je la kan daripada takde langsung.

So weekend + cuti Deepavali ni aku kena duk umah diam-diam. Takleh keluar gi mana-mana sebab takde bajet. Makan la apa yang ada kat umah ni. Megi ker, goreng nasik ker. Dilarang keluar sama sekali. Dan dilarang mengajak aku keluar ye rakan-rakan. :D

Selamat menyambut Deepavali esok..especially to Shasha :)


Takde rasa ape-ape

Tuesday, October 26, 2010

Jangan tiru macam saya

Sepatutnya aku tidaklah sebegini sibuk. Sampai tak sempat nak membebel kat sini. Kerja, memang takkan habis. Yang lama lum aku settlekan, datang lagi yang baru. Adeh. Tapi salah aku jugak. Tangguh-tangguh. Takdak sapa suruh aihhh. Nape aku malas nih. Nape. Nape. Ya Allah..jauhi aku dari sifat buruk ni.

Papa dah gi kursus kat Segamat. Isnin sampai Rabu. Ibu stay kat umah aku. Khamis nanti aku cuti, bawak ibu ngan papa gi Melaka, nak settlekan hal pembinaan rumah kat sana. Kontraktor tu dari kalangan ahli keluarga jugak, tapi takleh harap pun. Sama je macam kontraktor yang lama. Banyak main. Kalau tak sanggup buat, jangan terima. Kan dah menyusahkan mak bapak aku. Sabau je la.

Dua tiga hari ni, tidur aku tak menentu. Empat lima pagi baru dapat lelapkan mata. Bangun tetap seperti biasa. Walaupun keinginan aku nak bangun lambat tu ada, tapi tak dapat ditunaikan. Takkan la mak ayah ada kat sini, aku nak layan tido jer, mesti la kena layan diorang. Tak solehah lak aku nanti huhu. Itupun aku amik off hari Isnin je. Hari ni ngan esok aku kena keje la, marah lak bos kang asik cuti je. Tapi kesian ibu, terpaksa tinggal sorang kat rumah aku. Aku lak asik mungkir janji je nak bawak ibu gi shopping kat Jusco. Mane taknye, tido tak cukup, balik keje pulak letih gila macam baru balik latihan perang. Dah tu asyik termembuta je. Ibu tak sampai hati nak kejutkan aku. Kesian ibu, aku lum cukup solehah dalam melayan kemahuan beliau. Esok petang aku mesti bawak ibu kuar gak. So malam ni aku kena tido awal sket. Pedulikan la kbank aku tu. aku yang tukang kumpul dokumen. Anta lambat sikit takpe kut. Huhu tangguh lagi. Dilarang meniru sifat buruk ini :D
Tengok....berangan sempat pulak tu kehkehkeh



aku tidak lagi tertumpu pada Z
aku layan Z macam kawan biasa, tapi Z tak suka
asik terasa je bila aku sembang cam kengkawan bese
gurau over sket, dah majuk, cakap kasar sket, majuk lagi
susah la orang macam ni, aku tak paham kehendak dia

Sunday, October 24, 2010

Harapan ku selalu

Berdekatan selalu dengan insan-insan tersayang, itulah yang sering menjadi harapan aku. Ibu dan papa dah selamat sampai kat sini lebih kurang jam 11 malam tadi. Walaupun flight mereka delay beberapa jam kerana masalah teknikal, aku tetap bersyukur semuanya tiba dengan selamat. Kesian, ibu ngan papa mesti letih, dari pukul 3 petang duk kat KK airport. Flight transit kat Labuan pulak tu 45 minit. So perjalanan dari KK ke KLIA yang sepatutnya 2jam 30minit je dah jadi 3jam lebih. Sebab dah sampai lewat sangat, diorang pun dah letih, kami just singgah kat mcD je. Drive Thru McD kat Petronas KLIA tu beli apa yang patut untuk alas perut. Balik rumah tadi, makan mandi trus diorang tido dah. Letih tu. Esok nak jalan lagi.

Aku runsing ni, banyak keje terbengkalai. Nak buat malas. Parents datang pulak, takkan nak ngadap keje je. Adoiyai...nape takde doraemon kat dunia nyata ni. Huhu... :P


Walaupun hati rindu,
aku mesti bertahan.
Walaupun masih sayang,
aku mesti menjauh.
Aku mesti..mesti..

Saturday, October 23, 2010

Sleepy

Asik mengantuk je dari siang sampai ke malam. Sebab makan ubat selsema tu ke? Patutnye dokte kasi la ubat yang tak ngantuk. Keje banyak lak kat opis (dan harus dibawa pulang untuk disiapkan) di hari Jumaat yang mulia ni. Tak dapat melepak seperti Jumaat-jumaat yang sebelum ni. Salah aku jugak, suka bertangguh kerja. Bukan kerja je, segala urusan pun aku suka tangguh-tangguh. Last minit baru gelabah nak buat semua. Ape nak jadi. Walopun aku menyedari keburukan tabiat ni, tapi aku still tak dapat mengikis tabiat yang tak bermanfaat langsung ni.

Ain balik kampung, dan aku tinggal sendirian lagi tanpa kaseh sayang. Tapi esok petang parents aku datang dari KK. Papa ada kursus kat Segamat isnin ni, ibu ikut sekali tapi stay kat rumah aku 3-4 hari sebelum join papa kat Melaka nanti untuk uruskan hal pembinaan rumah lak.

Waaa aku dah ngantuk. Tapi aku masih belum memulakan segala rancangan yang aku berura-ura nak settlekan malam ni jugak. adeh.....



Tiba-tiba berasa amat sepi
bila ain umumkan yg dia nak bertunang bulan depan n kawen tahun depan
aku nak jugak...huhuhu :D

Thursday, October 21, 2010

Datang dan pergi


Masih demam. Masih selsema. Dan masih malas.

Vendor ni pantang nampak muka aku kat opis, mesti nak kasi keje banyak-banyak. Report itu la, ini la, masalah lama pun tak selesai lagi. Sib bek bos takde ari ni. Aman sket.

Gaji dah masuk, Alhamdulillah. Tapi nape aku takde mood ni? Syoh syoh tak suka perasaan ni.



Z, sudah-sudah la bermain dengan kata-kata manis mu
aku rasa nak termuntah kahkahkahkahakkk

Wednesday, October 20, 2010

Sila datang lagi

Sila la datang lagi yer encik demam. Hadir mu memberi aku kesempatan untuk melepaskan lelah kerja, walaupun hakikatnya badan ni tak selesa dengan kehadiranmu, namun aku tetap bersyukur. Demam yang berlanjutan dari semalam telah membawaku ke Klinik Fadzliana di Seri Kembangan. Doktor yang baik hati telah memeriksa tahap kesihatanku dan membekalkan aku dengan sejumlah ubat-ubatan yang belum tentu aku akan perabis. Di samping itu, surat MC turut diberikan, di mana itulah tujuan utama aku pergi klinik, demi sekeping surat MC. Bukan nak sangat ubat, sebab aku leh telan panadol je untuk redakan demam ni. Tapi aku nak MC sebab tak larat sangat nak berhadapan dengan kerenah pekerjaan di ofis. Lagipun sejak aku pulang dari outstation, aku belum dapat rehat yang cukup, dan itula yang mengundang encik demam ni.

Aku pergi klinik tadi dah tengahari. Sengaja aku keluar time panas terik sebab badan rasa sejuk sangat sampai gigil. Bila keluar time panas, tak terasa sangat sejuk dalaman tu. Walaupun kepala ni terasa berat, aku gagahkan juga memandu ke SK. Tak dapat surat MC kang, susah pulak nak jawab ngan bos. Kang dia kata aku tipu lak, sengaja nak cuti. (Memang pun sengaja, padahal semalam dah leh sembuh kalo aku makan panadol). Walaupun orang tak ramai kat klinik tadi, aku rasa macam lama sangat aku kena tunggu turn untuk masuk jumpa doktor. Dah la kepala makin sakit, kena tunggu lama pulak. Sabau je la aku. Pas kuar dari klinik, aku gi beli ayam n nasik kat Ayamas sebelah klinik tu. Memang dah jadi kemestian aku singgah kat Ayamas tu tiap kali aku gi Klinik Dr Fadzliana.

Balik dari klinik, makan antibiotik, makan nasik n ayam aku beli tadi, makan ubat demam, ubat skt kepala, ubat ape tah lagi then terus aku memengsankan diri sampai la ke senja. Memang tak larat nak wat menda len. Aku siap berstokin dan berselimut tido petang tadi. Punya la rasa sejuk sangat. Bangun senja tadi, dah rasa ok sket la. Cukup la tu encik demam, bulan depan la pulak datang lagi. :D

Lepas Maghrib tadi sambung makan ayam yang aku simpan sket petang tadi. Pastu Ain lak tanya nak dia belikan makanan ke sebab dia kat kedai makan tadi. Aku pun iyekan je. Aku kirim nasik ayam dan teh ais. Adoi, tak macam orang sakit pun aku ni, selera je makan. Dah tu nasik ayam lagi. Hahaha. Jangan bagi aku pening kepala je, tu je yang buat aku tak lalu makan. 



Perlukah aku mengikut kata ibu
yang mahu aku berbaik semula dengan H
5 tahun aku bersama H, dan akhirnya aku tinggalkan dia
H, aku tak mampu lg berhadapan dgn ego mu
sbb aku sejuta kali lebih ego wakakaka

Tuesday, October 19, 2010

Demam :(

Training separuh hari je sebab cikgu (trainer) abiskan modul dengan pantas dan cergas. Tima kaseh cikgu. Macam memahami je aku yang tak berdaya hari ni. Bangun pagi tadi rasa tekak ni perit sangat, on the way ke TMTC lak aku mula diserang selsema. Kepala pun mula berdenyut-denyut, pening pun ada. Nasib baik hari ni turn Sha pulak drive. Sampai kat kelas tadi, cikgu dah mula mengajar, menandakan yang kami bertiga (aku, Ain n Sha) dah terlewat. Mane tak lewat, pergi melantak dulu dengan selambanya. Lebih baik lewat sikit daripada disapa oleh encik gastrik kan. Aku n Sha dah serik kena tegur ngan encik gastrik tu.

Abis je kelas tengahari tadi, kami pergi makan ikan bakar nearby istana. Ikan bakar kat situ sedap dan murah. Mujur orang tak ramai hari ni. Ataupun kami yang terlewat makan tengahari? Yang nyata, ikan bakar dan pencicahnya maintain sedap dari tahun lepas sampai le sekarang. Gerai pilihan kami ialah Seri Melaka. Tahun lepas masa aku keje kat KL, selalu la jugak singgah situ makan. Bukan macam asam pedas kat Titiwangsa semalam, dah tak sama cam dulu. Kuah cair, daging tak empuk, tapi harga dah naik. Mungkin resipi asal dia hilang kut, jatuh lam periuk asam pedas tu lantas ditelan oleh orang ramai. (bersangka baik ke buruk ni??) 
Demam pun, aku tetap berselera menikmati ikan bakar ni..this pic kredit to Pinky

Sampai rumah dekat kul 3pm jugak, sebab on the way balik tu, Sha tersilap masuk simpang, maka tak pasal-pasal kena pusing satu KL untuk kembali ke pangkal jalan. Tetiba aku teringat ibu pesan suruh pi hantar tempah baju kurung yang dia kirim kat aku hari tu. Cepat-cepat aku selongkar purse cari nombo tepon tailor yang aku amik kat bawah ari tu. Dengan malasnye, aku pun kol la kak Ieza (tailor) tu. Nasib rumah dia rupanya sama blok je ngan umah aku, cuma dia kat sebelah sana, aku kat belah sini. Baju ibu sepasang je nak tempah, baju aku ada enam pasang. Tapi aku hantar dua pasang dulu kat kak Ieza, kalo sedap dia buat, aku anta lagi yang lain. Cuma yang tak best, dia cuma reti buat baju kurung biasa, kurung riau dan kurung pahang je. Aku baru tau yang kurung pahang dan kurung riau tu tak sama rupanya pattern dia. Tapi aku tengok cam sama je. So untuk ibu, kurung biasa. Untuk aku, satu biasa, satu riau. Harap-harap elok la jahitan dia. Mati ar aku kalo baju ibu tu tak enak dipakai. Mesti kena bebel panjang nanti huhuh.

Hujan lebat gila petang tadi, nasib baju yang aku sidai kat balkoni tak kena tempias hujan. Sambil rehat-rehatkan badan yang tak berapa sehat, aku kukus ubi kentang sebijik untuk tepek kat muka. Tetiba aku terlelap. Bila aku terjaga je, teringat kentang yang dikukus. Err sampai kering air lam periuk tu dah. Kentang aku lak dah hangus bersama mangkuk besi lam periuk tu. Adoi nasib baik tak meletup periuk tu. Tu la, tengah memasak jangan gatal2 gi baring. Kan dah terlelap. Bahaya tul. Aku cuba menyelamatkan sebahagian isi kentang yang masih lum hangus. Dapat la sesudu besar untuk wat mask. :D

Malasnye nak makan ubat.. MC je la esok buleh tak. Encik demam, jangan pergi dulu k. Kita jumpa dokte dulu esok k. Pastu baru encik demam boleh pergi. :D



Logik ke perempuan jadi bestfren lelaki?
Aku pernah melaluinya, dan ianya tak logik.
Kalo bukan aku yg jatuh hati, mesti lelaki tu pulak yg ada feeling,
Tak pernah berjalan lancar sebagai sahabat baik SAHAJA.

Monday, October 18, 2010

Dunia terang menjadi gelita

Jalan cerita di sini tiada kaitan dengan tajuk di atas. Tajuk itu terbit dari pemikiranku semata-mata kerana aku asik ulang line Shahir AF8 dalam lagu 'Di mana kan ku cari ganti' yang dinyanyikan semula beramai-ramai oleh artis-artis tanahair, sempena bulan penghargaan Astro kepada Almarhum Tan Sri P.Ramlee. Entah kenapa tiba-tiba aku jatuh hati pada suara ala-ala ustaz si Shahir tu. Uhue~ ~ ~

Semalam aku tak dapat tidur dengan nyenyak disebabkan perangai pelik aku yang sukar diatasi dari kecil hinggalah sekarang. Hasilnya, aku amat mengantuk sekali dalam kelas iCare Prime siang tadi. Kalo lah aku kat ofis tadi tu, dah lama aku gi curi-curi lena kat surau. Nasib baik tadi kena gi training. Esok ada sehari lagi training kat TMTC. Subjek lain pulak. Subjek tadi pun satu hape tak masuk lam otak. Nota pun pura-pura salin je, sekadar mengaburi mata kawan-kawan dan trainer di depan. Tak ada untungnya aku buat macam tu, tapi ape kan daya, kalo aku cuba fokus je, urat-urat mata pun mula berasa kendur lantas terpejam tanpa ku sedar. Dahsyat, tak malu ke tido lam kelas. Dari zaman skolah, masuk U, skang dah keje pun, masih nak tido lam kelas. Hehe rindunye zaman belajar.

Pergi ke TMTC siang tadi bersama Shasha. Sha park kat ofis je kete dia. Lebih kurang hampir jam 8 pagi baru kami gerak dari Cyberjaya menuju ke Jalan Gurney Kiri melalui MEX a.k.a Maju Expressway yang tolnye agak mencekik purse aku yang kian nipis iaitu RM4 sehala (Putrajaya-Jalan Tun Razak). Dulu, kete yang lalu ikut MEX tak sebanyak yang aku nampak kini. Mungkin orang ramai dah tak sanggup menempuh kesesakan, maka mereka lebih rela membayar tol yang mahal. Tapi langit tak selalunya cerah. Walau di pelusuk mana sekalipun, jalan yang menuju ke ibu kota pasti akan sesak juga. Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah, aku perlu mengekalkan tahap kesabaran pada paras optimum bagi menghadapi pelbagai kerenah manusia di jalan raya. Hohoh.

Balik dari training, aku dan Sha pergi basuh kereta kat carwash yang berdekatan dengan Old Town Cyberjaya tu. Sambil menunggu kereta siap dibasuh, aku n Sha pergi melantak kat Old Town. Makan roti bakar dia yang memang superb tu dan kopi o ais. Yummy! Lepas sejam melepak, kitorang pi intai kete, owh masih belum siap sepenuhnya. Tunggu turn untuk di vacuum pulak. Lepak lagi tepi carwash dan dihidangkan dengan air mineral oleh pekerja carwash itu. lebih kurang 15 minit, kete aku pun siap. Kete Sha lum lagi, tapi Sha suruh aku balik je dulu. Wokey! Lagipun aku memang rasa sangat penat. Tanpa memeriksa hasil kerja pekerja-pekerja warga asing tu, aku bayar RM11 dan terus blah je sesudah mengucapkan terima kasih. Sampai parking kat rumah, aku tengok hasil kerja mereka memang langsung tidak memuaskan hati aku seperti sebelumnya. Haish...nampaknye aku kena hantar basuh sekali lagi esok sebab fungus yang melekat tu diorang tak hilangkan. Fungus tu terhasil akibat udara yang agak tercemar kat area umah sewa aku ni. Penuh debu dari kawasan pembinaan. Hmmm..sebelum ni boleh je diorang buat. Ada cara nak hilangkan tu, saje je diorang ni nak susahkan aku. Uhue....(T.T)

Lepas mandi petang tadi, solat, then layan cerita Chinta kat TV3. Chinta-marah pada Tuhan. Ada ke patut. Terpesong akidah si Chinta tu akibat dendam pada lelaki-lelaki yang merosakkan jiwanya. Sambil layan Chinta, aku kukus ubi kentang untuk disapu kat muka lepas Maghrib tadi. Rasa macam muka aku dah cerah sikit la..ngeee syok sendiri..lantak ler. Tapi tetiba pas Isya' tadi, aku rasa lenguh sangat kaki aku ni. Memang dah lenguh dari petang tadi, tapi ni makin kuat pulak rasa lenguh tu. Dah sapu minyak n urut sikit-sikit pun, masih tak mau hilang. Kenapa ye? Nak kata banyak berdiri atau berjalan, takde pun. Kurang minum susu ke?          



kembali seronok melayan Z
setelah hati aku kembali terima dia hanya sebagai kawan
tiada sebarang harapan yang aku pertaruhkan lagi
dan itu membuat jiwaku lebih tenang :)
terima kasih Allah..

Sunday, October 17, 2010

The sun burned my face

Eceh.. padahal dah memang gelap ye tak. Balik dari China ari tu, kawan-kawan semua komplen muka aku dah gelap. Nak kata main panas, mana ada. Xi'an tak panas macam kat Malaysia. Panas pun suam-suam susu anak je. Matahari tu macam kedekut je nak pancarkan sinarnya ke bumi Xi'an. Aku pun tak tau la apesal muka jadi gelap ni. Amat merisaukan jiwa dan minda. Dah la gemuk, hitam pulak. Tak ke hodoh  sangat tu. Macam aku tak pandai menjaga tubuh anugerah Ilahi je. Allah bagi tubuh dan wajah yang terbaik untukku, aku yang tak pandai jaga. Ya ampunnnnn..... Sebelum ni aku try tepek tomato, tapi macam dah bosan (padahal tomato abis, malas nak beli ^^). So, aku try petua kat bawah ni pulak hasil carian dari Encik Google:

Ambil sebiji kentang,kupas kulitnya, potong kecil-kecil dan kisar (blender).
Campurkan kentang yang dikisar dengan sedikit susu tepung.
Selepas itu bolehlah ditampalkan kemuka sebagai masker.
atau
Ambil sebiji kentang,kupas kulitnya dan kisar (blender) bersama sedikit air.
Selepas itu bolehlah ditampalkan kemuka sebagai masker.
atau
Ambil sebiji kentang, kukus hingga empuk. 
Tanpa membuang kulitnya, lenyek hingga halus
Selepas itu bolehlah ditampalkan kemuka sebagai masker.
atau
Setengah cawan susu tepung dicampur dengan 2-3 sudu kecil air.
Digaul rata dan ditampalkan kemuka sebagai masker.
.
.
.
dan
Biarkan selama 20 minit dan kemudian bersihkan dengan air suam. 
Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut. InsyaAllah berkesan.

Ada jugak kentang bentuk luv..uhue ~~
Harap-harap menjadi la. Aku dah tak mau pakai produk-produk pencerah wajah yang ada di pasaran. Selain daripada kedekut nak elakkan pembaziran sebab belum tentu menjadi, produk sekarang ni tak terjamin tahap keselamatannya terhadap tubuh kita. Nak cantik punya pasal, tak pasal-pasal dapat kanser pulak. Hamik kau..

Maka, lebih baik aku mencuba petua-petua orang lama.. lebih mudah, jimat dan selamat. Semalam aku try tepek kentang kisar yang dicampur dengan susu tepung (susu anlene aku yang dah masuk angin haha). Baru jap tadi aku try guna kentang kukus pulak. Now aku rasa wajah agak cerah dan bermaya berbanding kelmarin. Harap-harap usaha ku menjadi :)

Sambil-sambil iron baju tadi, merawat wajah, dan sekarang menulis di sini, aku juga sedang memuat turun cerita Adnan Sempit The Series. Terima kasih B sebab bagi link untuk download cerita feveret aku ni. Ni yang buat aku laaaaagi suka kat B. Eheheh ayat bodek. Tetiba rasa cam nak tengok wayang la. Nak tengok cerita Magika, nak tengok Resident Evil. Dah basi dah cerita tu kat panggung, tapi aku takde masa nak gi.   Err sape nak teman aku gi tengok wayang ni......uhue :D



pergilah sepi...
jangan ganggu aku

meyakini hatiku bahwa ku mampu berlalu

namun ku terlanjur mencintai dirimu..... err.. lum terlanjur mencintai lagi.. hehehe tajuk di atas menjadi status ym aku sejak berminggu yg lalu setelah dihantui lagu dilema cinta (ungu).. owh aku sangat mencintai suara pasha.. sungguh menusuk kalbu ku yg semakin nipis.. nape nipis? aku rasa makin nipis.. mudah sgt aku menangis skang nie.. mende2 kecik jadi pun aku nangis.. duk menung sorang2 tetiba nangis.. kalo doa pas solat panjang sket, nangis.. boleh kata tetiap hari aku nangis.. aku memang kuat nangis.. nampak je cam kuat, kental, padahal hati aku macam tisu cap tesco.. mudah koyak.. err sori encik tesco ^^,

macam bese, kesibukan aku ke utara dan selatan tanahair menyebabkan blog ni terabai buat kesekian kalinya.. meh aku catit sket acara2 yg aku masih ingat sepanjang minggu lalu...

selasa, 12 oct
hari ni kne gi komtar untuk ss upgrading kat situ lak.. tapi aku tak bawak kete, tumpang kak yati je.. kali ni pegi ngan kak yati n ila.. two hot mummies.. ila dari pantai dalam, park kat umah kak yati, aku lak suh ain anta sampai putrajaya sentral, naik erl sampai kl sentral, then amik putra lrt sampai taman melati.. kak yati amik aku kat situ then kitorang terus gerak ke penang melalui lebuhraya utara selatan dari tol jalan duta sampai le tol ape tah tak hingat.. yg penting kami menuju ke pulau pinang, dan melalui jambatan pulau pinang.. macam biasa, aku masih mengagumi jambatan itu dan pemandangan sekitarnya.. hehe gerak dr kl kul 10, sampai penang lebih kurang kul 2, aku n kak yati terus check in kat sri intan tm resort, ila balik umah mak mertua jumpa laki n anak dia, sebab dia keje pagi soknye.. lebih kurang kul 7pm baru gerak gi dt, alhamdulillah tak susah sangat nak cari dt tu ikut guide yang ila bagi.. sebelum start keje, kitorng gi makan skali ngan vendor (choo), macam bese, vendor mesti kena paw.. kitorang makan kat secret recipe dalam prangin mall.. kul 8pm patutnye dah start upgrading activity, tapi tgu rno tak sampai2 lagi untuk bukak pintu bilik server.. adess.. kitorang start setengah jam lewat dari site lain, tapi sib baik dapat kejar balik timeline yang ditetapkan.. sumenye berjalan lancar.. keje settle kul 1 lebih.. sementara tunggu test call abis dan tunggu pengumuman yang upgrading success, kami empat orang bergelimpangan lam bilik workstation tu.. hahah first time dapat wat camtu.. sebelum ni aku ikut upgrading kat main site, nak lelap sepicing pun takut sebab bos2 besar ramai.. kat komtar tu, buat la apa hang suka, takdak sapa nak marah.. tapi.. err jangan sampai kena tegur ngan penunggu dt.. ngee~~~

rabu, 13 oct
sekitar jam 5pg, aku n kak yati pulang ke resort setelah diumumkan upgrading berjaya..kami tinggalkan choo ngan aizat rno standby sampai pagi.. sebab diorang memang kena standby.. lagipun kak yati tak sedap badan.. otw balik tu sesat la kejap sebab tak jumpa jalan utama.. biasa la kalo dah jadi jalan sehala sume, pegi balik jalan lain2.. siap kena snap lagi kat traffic lite sebab langgar lampu merah.. kak yati takot nak benti sebab jalan sunyi n scary.. balik bilik, layan tido sampai kul 11 lebih, then siap2 n check out kul 1230pm.. sambil tunggu ila abis keje petang nanti, kitorang gi makan nasi kandar kat subidah, then tengok wayang kat gsc gurney plaza citer katun (sammy's adventures the secret passage).. pastu gi dt solat n amik ila, terus gerak balik kl.. tapi tak terus balik kl sebenarnye.. terpaksa melencong sket gi kulim sebab nak anta pizza murtabak yang ila terlebih order akibat salah paham dengan tukang beli.. hahaha.. alkisahnye, aku order 3 keping, kak yati order 2 keping, total 5 lima keping.. pastu ila pesan kat aizat (tukang beli) nak tujuh la sumenye.. means ila nak 2 keping la kan.. tapi si aizat salah paham, dia ingat ila nak 7 keping.. so dia beli la 12 keping sumenye.. giler tul.. sape nak makan banyak2.. tu yang pi anta dulu kat family ila 3 keping.. selebihnye ila jual kat budak opis dia.. lawak tul.. tapi dalam kete je kitorang dah ngap 2 bijik.. tak dan sampai kl.. sedap tul murtabak dia.. dah la besar, rm3.50 je.. 

kitorang benti solat maghrib kat r&r sungai perak, pastu aku lak drive sebab kak yati dah ngantuk.. ketaq lutut gak memula sebab bawak kete orang.. tapi best sebab first time merasa bawak honda city.. huhu.. nak beli sendiri lum mampu.. bila la aku leh dapat honda civic sebijik.. ada sesapa nak bagi kat aku tak?? aku drive sampai hentian sg buloh je, pastu tukar ngan kak yati balik sebab aku tak paham jalan kl tu.. sampai umah kak yati lebih kurang kul 10:30pm.. aku rasa tak sempat dah nak amik tren balik puchong.. lagipun sian kat ain nak kena amik aku lak kat putrajaya sentral nanti.. so aku buat keputusan tido umah ayu je, ila tumpangkan aku sampai vista angkasa.. nape la aku tak terpikir nak park kat umah ayu je ari tu.. kan senang aku nak balik.. takpela, ada hikmahnye sume nie..

khamis, 14 oct
ari ni aku book off.. awal2 sebelum gi komtar tu aku dah mintak kat bos nak off ari ni.. aku gerak balik rumah sekali ngan masa ayu kuar gi keje.. tumpang ayu sampai stesen lrt universiti, then amik erl, then amik teksi sampai umah.. teksi berkupon dari putrajaya sentral sampai umah sewa aku rm19.50.. huhu mahal gak la.. padahal dekat je.. nak suh ain amik, aku malas nak susahkan dia pegi balik time tengah keje nie.. sampai je umah, campak kain baju lam mesin, aku kuar gi service aircond kete.. abih 3ratus kat situ sebab paip econ bocor, gas kering, filter dah takleh pakai.. yesss dengan rasminye aku membuat hutang lagi kat cimb bilamana aku terpaksa meng'swap' kad kredit kerana kehabisan wang tunai mahupun wang simpanan lam bank.. mane taknya, asik kne outstation je.. dekat 3 ribu aku abih, claim sebutir pun lum buat.. sib baik sebelum gi workshop tadi aku dah activate kan kad kredit tu.. balik petang tu lepak jap depan tv, kemas pe yg patut, then tertido.. malam lak kemas2 baju untuk gi skudai esoknye.. tapi tido lewat gak sbb sembang ngan pio kat ym.. huhu.. cerita tentang cinta takkan pernah takde modal.. kata pio la.. tapi aku pun stuju ^^,

jumaat, 15 oct
hari ni last day untuk upgrade ss, aku kena join team yang gi site skudai iaitu dengan 2 org suami orang.. huhu.. nape la tak anta aku gi dengan jejaka yang single mingle.. saje je tak kasi aku peluang cari jodoh hahaha.. kitorang gi site naik kete aku je, sebab dua laki orang tu balik naik bas.. sorg balik pagi2 buta sok, sorg lagi balik petang sikit sebab dia standby untuk 2nd day macam kes ila di atas.. so aku akan balik sendirian la esok.. kitorang gerak kul 10am dari putrajaya sentral, benti makan kat pagoh n tukar driver.. saiful offer diri nak tolong drive walaupun aku masih larat nak drive.. bagus ler.. asik2 aku je yang bawak kete aku.. hohoh.. bistu nak suh sape lagi bawak ye tak.. then terus gi dt drop saiful n faizal sebab budak 2 orang tu tak mo check in kat hotel.. aku check in kat goodhope nearby the dt je.. sepelaung je dari site.. aktiviti di hotel, sudah tentu la melelapkan diri walopun sebenarnye payah giler aku nak lelap.. dapat la sejam lebih aku tido tu pun setelah didendangkan lagu2 ungu dan shahir.. huhu.. tak elok sebenarnya sebelum tido dengar lagu, kalo dengar ayat suci kalamullah takpe la jugak.. tapi aku...haisshhhh (-.-') aku memang takleh tido kalo tak dengar suara pasha.. kemaruk tul.. macam bese, keje2 penaiktarafan server tu bermula jam 8 malam hinggalah ke pagi buta karang.. makan malam, tido sume kat dt.. bestnye sebab takde bos.. sambil2 menunggu tu leh layan fb, layan tv3, layan ym.. hehe

sabtu, 16 oct
kul 6 pagi balik hotel, solat n tido. memula aku ingat nak tunggu sarapan dulu baru tido, sebab ada kupon breakfast for two ni. tapi apakan daya, mata aku takleh tunggu dah. maka beradu lah aku dalam kelaparan sampai kul 11 pagi. pastu bangun siap2 sebab nak check out kul 12pm karang. tetiba tengah aku ngemas2, sebelum mandi, ada orang bukak pintu bilik aku, nasib baik aku dah selak pintu tu. mula2 rasa cam nak marah gak sebab aku dah gantung 'DO NOT DISTURB' kat luar, takkan la pekerja hotel tak paham kan. aku biar je dulu sampai la orang tu ketuk pintu. aku pergi kat pintu tanya nak apa. memang bukan pekerja hotel pun, guest macam aku gak rupanya. dia check in untuk hari ni, n dapat bilik yang aku duduk tu. aku bgtau, aku lum check out lagi. aku pun suruh dia turun pi tanya balik kat kaunter. pas aku tutup pintu, aku pun terpikir, apesal la mamat tu sengal sangat, kan waktu check in pukul 2pm. yang dia pegi terjah bilik aku kul 11am tu sape suruh. hotel pun satu, jangan la bagi kunci awal2 sebelum kul 2pm. kan dah menyusahkan aku. tak pasal2 je kena tunjuk muka tak mandi kat mamat tu. huhu.. lepas check out, aku pun memulakan perjalanan pulang..

sebelum masuk tol plus, isi minyak dulu n isi angin tayar. ingat nak isi perut sekali sebab lum makan apa2. tapi macam takde selera pulak. dalam kepala cuma terbayangkan waffle peanut butter + chocolate.. erghhh yummyyyy. aku dah tau mana nak benti makan. kat restoran jejantas ayer keroh ada waffle. lapa pun, tahan la kejap. disebabkan takde apa nak dikejarkan, aku bawak kete pun dengan penuh berhemah dan mengikut had laju yang ditetapkan. kadang2 je speed sebab memotong lori yang memang beratur je sepanjang jalan. aku agak mengantuk la driving time tengahari buta camtu. sampai r&r ayer keroh, solat n cari waffle. pastu lepak bawah pondok menikmati waffle dan angin sepoi2 bahasa kat situ. memang rasa nak lelap je. tapi perjalanan mesti diteruskan, kalo aku tido kang malam le baru bangun tu. 

sampai umah lebih kurang pukul 5pm. memang rasa letih yang amat sampai nak makan mee goreng yang aku beli kat kedai mamak tadi pun tak terdaya. lepak depan tv jap sambil tepek masker tradisional (ubi kentang+susu tepung), pastu terlelap. bangun balik dekat nak senja dah. perut yang lapar minta diisi. aku teringat mee goreng tadi lum makan. dah sejuk pun. malas nak panaskan, aku makan je terus. malamnye takde apa aktiviti pun aku buat.. tengok tv je sebab letih sangat.. baju kotor dalam beg pun tak larat nak keluarkan untuk dibasuh.. esok je laa....

ahad, 17 oct (hari ni ler)
adoiii kejap je dah hari ahad, sok dah start keje balik. tapi takpe, dua hari sok aku gi training je ehehe. hari ni aku cuma duk umah dengan niat untuk menguruskan hidup yang tak berapa terurus sejak asik kena gi site. namun, saat aku menulis blog ni barang2 yang aku bawak gi travel masih bersepah atas lantai bilik, baju yang dibasuh masih belum disidai, sandwich telur yang ain sediakan pagi tadi masih belum aku jamah, tapi aku dah mandi yer.. kain baju 3 hari lepas dah dilipat, cuma nak buat yang lain2 tu belum ada mood. huhu.. hari ni aku kena settlekan claim jugak.. err tengoklah malam karang yer.. dah aku nak gi makan, lapau nih.. 



aku tetap layan Z macam tak ada apa yg berlaku,
cuma kurang mesra berbanding dulu
lagipun dia tak tau yg perbuatan dia telah terkantoi hasil kerjasama aku dengan pio
tak tau la sama ada Z harus dipersalahkan atau tak
atau aku yang terlalu berharap pada dia
dont worry, harapan tu telah aku luputkan
moga dia bahagia dalam pencariannya, 
dan aku dengan pencarianku.. :)

Tuesday, October 12, 2010

aku mentiadakan masa kah?

aku sgt sibuk... sampai takde masa nak bebel kat sni..ni singgah jap bersihkan sawang.. huhu.. banyak sgt mende dah jadi dalam seminggu yg lalu.. banyak yg aku nak cerita.. tapi masa amat jeles kat aku.. keep on pushing me for other things.. atau aku yg malas? Tuhan je yg tau.. huhe..

selasa, 5oct - masuk semula opis setelah 5 minggu ditinggalkan..dengan jiwa baru.. semangat baru.. (konon).. petang kne gi meeting upgrading.. tak abis2 pasal checklist..

rabu, 6oct - duk kat opis.. setelkan keje yg terbengkalai 5 minggu (tak settle pun..) pastu bincang2 utk jamuan raya n hiasan khemah esoknye

khamis, 7 oct - jamuan raya MSC.. kne hias khemah, kne hidang makanan (roti jala tiga rasa SNOC..huhu..) dan ada perkara yg buat aku menangis sbb org terdekat salah paham dengan tindakan aku..menci menci.. sedey tau bila org salah paham pe yg kita buat..

jumaat, 8 oct - pagi duk opis jer, cam bese ari jumaat, waktu utk bermalasan.. tapi ptg aku kne gi meeting upgrading lagie.. kali ni pasal staff arrangement, sebab melibatkan ss yg ada subscriber, so kne assign betul2 person-in-charge..balik meeting singgah umah ayu, then sama2 naik erl ke putrajaya, amik kete aku, gi shah alam melawat faizrul yg kne operate kaki sbb jatuh lubang.. apa daa... dah kurang sorg staff kat opis..

sabtu, 9 oct - bekpes makanan kelmarin ngan ayu kat umah..huhu.. bukan malas, cuma taknak membazir.. tengahari gi melawat bf ayu kat spital putrajaya, jumpe ngan nurse garang, tp dokte sume baik2, muda2 lagi.. pastu gi mydin bli dynamo, ayu lak bli air mineral utk bf dia yg cuma leh minum air putih je sbb baru pas operate.. sian tgk bf ayu.. kesakitan.. kalo tu bf aku, mau aku tangkap nangis kat situ.. mane sanggup tengok insan tersayang lam kesakitan.. kul 4 lbh aku anta ayu gi spital lagi, teman bf dia, tapi kali ni aku balik umah sbb nak prepare checklist utk malam ni, upgrade ss ke-3 kat kelana jaya.. kul 7 aku gi amik ayu kat spital, then anta dia kat putra lrt kelana jaya.. pastu aku terus gi site.. malam tu jem pulak kat ldp sebab org kumpul kat kompleks tabung haji untuk first trip gi haji.. sudahnye aku lewat setengah jam dari jadual.. sib baik ada nazmi, dia kol aku tanya nak proceed ke tak sebab aku lum sampai lagi, aku suh proceed je sbb takut timing lari.. tawakal je masa tu.. moga takde perkara buruk berlaku time upgrading preparation..

ahad, 10 oct - kul 6pagi baru balik dari site.. semalam siang tak tido, ke hulu ke hilir... pastu keje dari malam sampai ke pagi nie.. bawak kete pun mamai je.. jap ke kiri, jap ke kanan.. huishhh sib bek pagi2 tak banyak sangat kete kat ldp.. kul 630am sampai umah, trus memengsankan diri.. kul 10 terjaga, takley tido dah.. tapi paksa mata ni tutup.. last2 kul 5ptg baru betul2 rasa takmo tido dah.. bangun mandi, uruskan diri dan rumah tangga.. err.. pastu kul 11malam tido lagi..heheeee sok keje...

hari ni, 11 oct - sebab bos takdak ari ni, tak tau dia pi mana, kitorang kat opis agak bersenang lenang la.. leh gi tmpoint apply cdma, bayar bil, etc.. pastu tghari gi makan ani sup utara sampai presint 15 nu.. hehe jauh.. petang mira ajak meeting pasal 5s.. meeting setengah jam je, tapi sampai waktu balik duk lam bilik meeting sembang bukan2.. hahahaha.. seronoknye... keje sikit2 je aku wat.. tu pun yg tak berapa penting.. pemalas tul  aku sejak balik dari china ni.. ampuni aku ya Allah.. ampunkan sy bos.. sy cuba berubah.. sy cuba keje seikhlas hati... sy akan cuba.......

kesibukan yg diringkaskan...heheeee.. moga aku lebih menghargai masa.. ingatlah hanna aisyah, masa yang berlalu, tak boleh diputar kembali.........err post sebelum ni pun tak abis tulis ag..huhu.. sok aku kena pi komtar pulak.. upgrade ss kat site sana lak.. moga perjalanan pergi dan pulang ku selamat.. :)



aku cuba buang jauh2 perasaan yg kian bercambah utk Z..
siapa sangka Z sebenarnya begini.. terlalu byk calon dlm hidup dia..
mungkin dia cuma anggap aku ni teman seperjuangan..
tapi nape perlu ucap rindu, nape perlu membuai aku dgn ayat2 manis dia..
Z.. begitu mudah dia menyakiti, begitu mudah juga aku memaafkan..
maaf itu indah... redha itu lebih baik..moga hati ku tenang selalu.. :)
pio..thanks for accepting me into your complicated life..
kamu sgt tabah..moga aku setabah kamu..

Monday, October 4, 2010

Lari dari rumah?!

kronologi:
sabtu, 2 oct 2010
-siap2 nak gi umah kak ina depan umah ni, ada open house
-sambil tu mesej Z, ada salah paham, gaduh sikit
-mesej ayu n B untuk plan ari ni (tp B tak ikut pun huhu)
-gi umah kak ina
-gi amik ayu kat komuter serdang
-gi umah mira open house
-gi solat zohor kat masjid kat sri kembangan area umah mira, lepak masjid sampai asar
-gerak gi tampin melalui simpang ampat, melaka
-jumpe hibri kat kuarters klinik kesihatan tampin
-tido sat b4 maghrib, ngantuk sangat
-open house umah bujang hibri start kul 8, mkn nasik tomato
-hibri hasut suh stay tampin, gi layan funfair
-ujan lebats, beli baju kat pekan sbb dtg selai sepinggang,
-carik hotel, bajet hotel penuh, so stay kat tampin hotel, sbb takmo duk umah hibri, malu
-tuka baju, gi funfair, abiskan duit hibri
-balik hotel, Z mesej, wat cam bese je, pastu tdo kul 3pg.

ahad, 3 oct 2010
-pas subuh Z mesej lagi, aku masih tak luahkan pe yg terbuku lam hati
-bgn mandi, siap2 nak gerak

..........err nti la aku update kalo igt lagi..takdak masa..huhu

Friday, October 1, 2010

EAT PRAY LOVE

hari kelima training abis agak awal..biase le, last day, module pun tak banyak..yg byk makan masa tu sebab byk sgt soklan yg diutarakan oleh kwn2 yg expert.. hukhuk.. abih training lam kul 12 lebih.. pas lunch kat situ ingat aku nak terus balik membuta di petang hari..pastinya enak.. tapi Dila menghasut aku tengok wayang pulak.. sebenarnye dia suh teman dia sampai petang sambil tunggu tunang dia bis keje, sebab diorang datang satu kete dari putrajaya.. puas aku menolak, sebab aku memang ngantuk ni.. last2 aku bagi syarat, nak suh teman, dila kena banje aku tengok wayang.. hikhik.. yela, walopun gaji baru je masuk, tapi sume dah abih duk bayar utang.. huhu.. tinggal cukup2 untuk idup bulan ni je..

so kitorang pun pergi la ke cinema yg terdekat ngan cp tower.. gsc kat tropicana city le, mane lagi.. sepelaung je dari situ..first time aku ngan dila sampai tropicana city tu.. meraba-raba jugak la cari cinema dia, sampai kena tengok directory.. huhu.. cinema dia kat tingkat atas sekali.. aku lupa dah tingkat bape.. huhu.. dila nak tgk citer eat pray love tu.. puas aku kutuk, nape la tgk wayang cite jiwa2 camni.. bazir je.. hahaha.. tapi rupanye dila dah terpengaruh ngan tunang dia, suka nau tgk citer macamnie.. kehkehkeh.. jiwang betul.. layan je la, orang dah banje kan.. tapi tiket murah je, rm 7 je.. pas bli tiket, kitorang gi solat zohor jap, then bli popcorn ngan mash potato (tak sedap) sebelum masuk panggung.. lambat sket masuk tu, sampai kena laga2 ngan lutut org nak lalu gi tempat duduk.. huhu sorie yer.. 

cerita itu, berkisah tentang sorang wanita yg kusut dan serabut otaknye macam aku, seakan tak tau ape yg dia cari dalam idupnye.. tapi main tilik2 nasib yg aku tak berkenan tu.. tapi yg bestnye, dia ada banyak duit kut, tu yang leh tour sampai tiga negara demi mencari ketenangan fikiran dan kekuatan, mencari ape yang dia mau wapolun dia tak tau.. memang tu la yang aku impikan nak buat.. nak gi jauh2, tempat yg takde org kenal aku, mulakan hubungan baru, hidup baru, jauh dari sejarah silam.. cerita tu seolah2 menceritakan perihal aku jugak.. sikit2 la.. kehkeh.. 

Mane kawan2 nie..lum deal lagi nak gi mane sok, sape yg nak ikut sok.. cepat la tanya aku.. hikhik aku malas nak mulakan ngee~~~

malas nak tulis sebenarnye...

Thursday, September 30, 2010

meluahkan kekusutan

hari keempat training, takde pe yg menarik..tapi tak ngantuk dah lam kelas..sok mesti ada test, kne bwk balik buku ni..kne study nie..study la sgt..buku duk sengih tepi laptop ni..menanti aku membaca beliau..huhuh.. penat sket la arini..pagi tadi ldp bapak punye jem...ada kete rosak tgh jalan..aku tengok muka uncle yg ketenye rosak tu dah terkulat2 penuh rasa bersalah..sian aku tengok..mesti dia rasa guilty kerana menyebabkan aku lambat masuk clas..hehehhe..

sampai kat training centre, tgk hp ada msj, Z gtau dia dh sampai umah.. aku pun reply la sepatah dua kata..pastu tetiba dia kol..dah la aku tak silent hp, cepat2 aku tekan butang answer, terpaksa la cakap ngan dia..ntah, aku memang takde idea nak ckp pe kat dia..aku tanye nape kol, dia jawab saje, nak dgr sore aku yg ayu ni..kehkeh wat citer pulak..dia kate nak dgr sore aku je..aku tak tau nak ckp pe, lagipun trainer tgh mengajar kat depan tu..aku leh senyum lebar je la..hahahah macam la dia nampak kan..pas end call, Z mesej pulak, katenye takmo kol dah sbb aku mcm tak suke je...ek eleh...ngada2 la pulak..tak tau ke org tgh training nie...nak je aku jawap camtu..tapi tak le sampai hati aku nk ckp camtu kat Z..aku pujuk2 la sket..

balik tadi agak lewat dari biasa..kete dah byk atas jalan..lenguh kaki pagi td tak ilang lagi, sambung pulak petang..tu la org suh bli kete auto takmo..kan dah lenguh2 satu badan..sendiri cari penyakit..sampai umah, solat asar, tepek lagi tomato kat muka..huhuh..pastu landing jap atas katil..aku berjaya tak tido..tapi byk berangan la..muhasabah diri..dan aku rasa diriku sgt hina... :'(

nak gi mandi tadi, terserempak ain kat dapur..ceh dah lama tak jumpe hosmet ni, walopun duk serumah, tapi masing2 ada urusan sendiri..pe lagi, nyembang la tepi bilik air dulu..macam2 dia cita, termasuk pasal jamuan raya minggu depan...unit aku kne sediakan satay, dan aku n shasha bakal menjadi mangsa untuk bertugas sbg penjaga 'gerai'..huhu...layan je la...bukak emel tadi, dapat schedule untuk ss upgrading seterusnye..nasib sok tak jadi, kalo kne keje mlm sok, musnahla harapan nak gi open house sabtu nanti..ari tu dah janji ngan ayu n B nak gi melaka sabtu ni..ayu ok je, tapi B senyap je...hemmmm

tadi menjerit lagi...aku ingin lepaskan sume perasaan aku...aku tak mau berperasaan pada sapa2 kalo asik sakit hati camni...tapi aku sendiri yg cari pasal..sape suh menyibuk hal org?! sape suruh?! sape suruh?! puas aku marah diri sendiri, puas aku tahan hati, jgn amik tau hal Z dgn gadis tu, tapi aku ni degil! diri sendiri pun tak dapat halang kedegilan aku..arghhhh Z bukan boypren aku pun, nak wat pe aku sakit2 hati nie? stop it! stop it! aku cuma ingin percaya pada penjelasan Z...tapi aku tetap ragu.....dan Z dah tak mau jawab soklan2 aku tentang gadis tu, yg dia anggap merepek je... :(
macam ni kot pala otak ku yg kusut

Tuhanku...kalo dia bukan untukku, jgnlah hatiku terarah padanya...aku juga tak mau jadi kebencian orang lain...dan kalau dia memang untukku, bukakanlah hati dia untuk terima aku..siapa dia? siapa2 sahaja...sebab aku pun tak tau....



aku tak faham..
layanan Z pd aku bkn spt kwn biasa..
dan katanya gadis itu cuma kawan..
aku cuma mohon, jgn bohongi aku..
sbb aku tak mau lagi jd punca kemusnahan sebuah hati..
kerana aku juga perempuan..