Saturday, August 28, 2010

Lapanblas Ramadhan

Akhirnya, petang tadi dapat sms dari Nur punya bos, mengesahkan yang penerbangan kami ke negara asal vendor ditetapkan pada 29hb ogos 2010 jam 0955H..perjalanan sok: Puchong-KLIA-Guangzhou-Xi'an.. terpaksa la juga aku menempuh perjalanan yang memberatkan hati di hujung ramadhan nie.. masa dapat sms tu, aku kat ioi mall, cari si pengurup wang berlesen ler.. akhirnye dapat gak aku tukar duit.. aku amik 1000yuan (chinese renminbi) dgn bayaran rm475..mula2 aku gi cari si pengurup kat tesco puchong, tapi takde, then kuatkan semangat (sbb sorg2, malas le nak merayau) pegi kat ioi mall.. pusing2 jap lam ioi tu 5minit, tak jumpa2 kaunter si pengurup..last2 gi kat kaunter info, tanya je trus akak yang keje kat ctu..senang cita..di pun kasi la direction.. "adik jalan terus, nanti nampak fitness first, money changer tu kat depan dia je.." owh...tima kasih kak sbb panggil saya adik..padahal aku rasa akak tu baya2 aku je..hahaha rasa muda sebentar =)

sbelum merayau cari si pengurup tadi, aku gi isi minyak kete kat meranti jaya..alang2 singgah tu aku teringat nak bli bateri kamera.. chargeable battery aku dah rosak, so bli pakai buang punya bateri je la..pas bayar bateri n minyak kat kaunter, si gadis petronas tu kasi satu form peraduan pe tah untuk di isi..dia kate pas isi masuk lam tabung kat luar tu..aku tgk ada soklan kne jawab..aku pun tanya la, pe jawapan nih?? dengan rela hati si gadis itu jawabkan soklan tu untuk aku..hahaha padahal soklan senang je.. tapi sbb pikiran yg serabut masa tu, aku blur..ngeee~ sib bek rakyat mesia ni murah hati dan suka tolong menolong..heheh

balik dari ioi tadi, aku singgah beli makanan kat atas bukit belakang umah sewa aku ni..malas masak sbb makan sorg je..Ain pi berbuka ngan boypren.. aku bli lauk, air n murtabak.. balik masak nasik je.. jap gi nak sambung makan lagi..hehehe then aku nak prepare info2 yg rasa2 leh diguna pakai untuk counter attack kat sana nanti (saje je kut2 kena fire ngan vendor..haha)..kne tido awal kut..harap2 perjalanan pergi dan balik takde masalah..moga sume yg aku bawak ni cukup untuk menampung keperluan di sana..pemergian aku dah diberitahu pada parents, bos, housemate, ayu dan Z.. tu je kot.. yg lain2 tu nanti ada la tukang sebarnye..heheee takpe gi seminggu je, bukan lama pun..



"Z nanti rindu mcm mane na.."
syahdu je aku rasa bila dia ckp camtu..
aku cuma leh cakap, "doa byk2 untuk na bila Z rindu k.."

16 & 17 Ramadhan

Khamis....
tak sempat nak update sbb siangnye aku sebok kat testbed untuk test new patch for igwb..asik2 dapat patch baru..asik2 muka aku kena turun..kang org len jeles camne..hikhik..pastu petang gi buka posa kat tmn warisan, presint 16.. sambil mkn gossip2 ngan Dila n Ain..ader ke patut gosip2 bulan posa..ish ish..kat ctu kitorang makan sate, roti john, ngan nasik goreng ikan masin, sepinggan dikongsi tiga org..hahaha tu pun tak abis..dah tak bese mkn byk..perut dah mengecik..Pas makan aku ngan Ain pi Mydin kat presint 15, beli mende2 yang aku rasa perlu untuk bawak ke negeri negara orang..yg penting mesti bawak megi n milo..takut aku tak lalu makan makanan kat sane..thanks Ain, sentiasa rela menemani aku..nak wat camne, ada boypren ditinggal2kan..hahaha..terpaksa la menumpang kasih sahabat dan boypren sahabat.. :)

Pe yang kitorang gosipkan tadi? Al-kisahnye, nomination untuk ke oversea for work visit seperti yang telah dicanangkan sblm2 ni, telah ditukar oleh pihak atasan..memang giler dengki..as the result, Dila tak pat gi, dan digantikan dgn another manager yang memang tak penah ikut langsung citer upgrading ims yg telah berjalan sebulan yg lalu tu..satu2nye insan yg beri full commitment dari pihak operation i.e. Dila, telah dikeluarkan dari pemilihan untuk upgrading retest kat test lab HQ vendor..ni la konspirasi dan politikus pihak2 berkuasa lam company nie..suke2 diorang je mengguriskan harapan insan yang lemah..apa citaa...aku yang tak mo pegi ni, memang terpaksa jugak pegi..sebab aku handle mende len, dan tak ramai yang tau tentang part aku ni..padahal aku bukan reti sangat..buat2 reti je..hehuu...

Jumaat....
hari yang menarik..hehe..sebab arini cuti nuzul Al-Quran, Selangor cuti am.. aku amik kesempatan ni pi shoping baju raya kat kl..kalo tak pi arini, takde masa dah aku nak shoping..gara2 kena pi oversea tu ler..oversea konon..cess..dun like! So tadi, aku, Ain n Mira park kat bukit jalil (park kancil merah mira) then amik STAR LRT dari bukit jalil turun kat masjid jamek..kami ronda2 sepanjang jalan masjid india sampai le ke sogo..kat sogo amik tren balik ke bukit jalil semula..hangus gak rm300 aku tadi.. dapatla dua helai kurung pahang english cotton, dua lai tudung bawal, 4 lai selendang untuk adik2..untuk ibu n papa, aku buntu tak tau nak bli ape..nanti la..

sampai umah lam kul 3ptg, lepak2 dgr lagu sambil try2 baju baru..then saje amik gamba baju rayer aku, send mms kat Z..hikhik..gatai.. sian Z kena keje pagi raya nanti..takpa nanti aku kasi dia beskut raya untuk insan yang bekerja di pagi raya..huhu...baru nak rilek, nak pejam mata sat, tetiba Nur call, kasi tau brita yang aku takmo dgr, bahawasanye, kita dah dapat kelulusan untuk pergi ke negara org tu..adei..tapi yang peningnye, si vendor baru cancelkan tiket penerbangan pagi sok..so skang diorang tengah try untuk dapatkan balik tiket esok..pe punya planning daa...jap nak gi, jap tak jadi gi..yang susahnye org bawahan ni la..dah macam ahli bomba, kena ready anytime, dapat call je, terus siap2 kena gi..ngee~

pe lagi, pas dpt je perkabaran tak indah tu, terpaksa la aku packing pe yang patut.. then malam tadi kuar pi cari money changer kat jusco equine, nak tukar duit, tapi currency negara itu telah habesssss...nampaknye kena settlekan kat airport la nanti..then singgah opis sat print checklist untuk testing nanti..kalo nak refer laptop je, leceh la..aku taip dah la hegeh2..hahaha.. tima kasse pada Ain n boypren ain sebab sudi temani aku untuk urusan arini..walopun ain tengah tak sehat, 2-3 hari ni dia demam malam, dia still sanggup teman aku.. sebelum gi jusco tu singgah klinik dulu sbb ain nk amik ubat, dokte siap suspek ain kena denggi lagik..bahaye lor..moga dia cepat sembuh dan dijauhkan dari segala musibah..amin~

hingga ke saat ini, masih tiada kabar tentang pemergian aku sok..adei...need to sleep..lantak la pe nak jadi sok..just go with the flow~


Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)." (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil danal-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
 
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

*******************

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: 
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! "- (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

 *******************
Kesimpulan     
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. 

******************** 

credit to: http://nurulhudajumri.blogspot.com/




gonna miss him :(

Thursday, August 26, 2010

Limabelas Ramadhan

Alhamdulillah..separuh Ramadhan telah berlalu dgn jayanye..tapi aku kurang berpuas hati dgn pencapaian diri sendiri dalam beribadah di bulan yg mulia ni..ruginye...rugiiiii sangat.. kerja2 yg meletihkan di siang hari menyebabkan aku memonteng pergi terawih..adeh (T_T)

Pagi sampai petang tadi, aku kat test bed lagi..ari ni test patch baru untuk media gateway pulak.. macam bese, software yang dibekalkan oleh vendor mesti ada something wrong.. tak semua problem dapat diselesaikan oleh patch baru tu, maka atas arahan aku, rollback semula ke patch yang lama..hikhikhik.. ape pun kena tunggu feedback dari RnD berkenaan masalah yg terjadi dan tunggu reaksi pihak atasan sama ada nak teruskan atau tak patch baru ni..aku takde kuase menentukan ape..saya yang menurut perintah~

Petang tadi buka posa simple2 je..ingat nak beli lauk, tapi leh pulak gi keje tak bawak purse..sib bek takde polis tahan mintak lesen ke ape.. gi kedai bli tepung utk wat cucur pisang pun hasil penggeledahan saki baki duit tol lam kete..hehehe nyanyuk sudaa, purse pun leh tinggal~

Ain demam, so terpaksa la wat cucur sdn bhd..tak pat manja2 ngan ain..aku pun letih sgt..pas isya' tertido..bgn jap ni sbb t'igt nak update report..nak tido balik~


aku takde perasaan kah?

Wednesday, August 25, 2010

14 Ramadhan

Salam..

Seawal pagi, tatkala suasana pun belum terang-terang tanah, aku dah sampai di cyberjaya. jemput shasha kat depan opis, sebab nak gi putrajaya wat passport.."thanks sha sebab sudi temankan na.. walaupun na ingat sha nak wat passport jugak, sbb tu sha sudi ikut, rupanye walopon sha tak jadi wat passport tadi, sha still temankan na..terharu..dah la kena kuar umah pagi2 buta.. lagi satu, thanks a lot sbb sha sudi pinjamkan kredit kad untuk kegunaan na waktu kecemasan nanti.." Allah.. trima kasih kerana kurniakan aku sahabat2 yg baik hati.. walopun sha tu bukan seagama, kadang2 dia lebih memahami dan mempercayai aku.. 

Biasanye, org gi wat passport kat putrajaya ni mesti gi presint 2, tapi dila cakap kat sana ramai, kne gi beratur awal pagi amik borang, amik nombor..tu pun mau setengah hari baru siap.. disebabkan ayah dila keje kat sane, dia pun tolong usha2 tempat lain.. petang smlm dila sms gitau yg kawan kpd ayah dia cakap kat presint 15 leh buat gak..sejam leh siap.. ngee...tima kasih sangat2 pada dila n ayahnye n kwn ayahnye.. baik sungguh.. 

ini bukan aku punya passport..ngeee
Sampai presint 15 lam kul 7.30am, pusing punye pusing cari bangunan Chancery tu, akhirnye jumpe.. bayar parking berkupon tu utk 2jam, then masuk lam bangunan tu..sunyi sepi..nampak la sorg dua menuju ke arah jbtn imegresen tu, aku pikir kitorang ni dah lambat, mesti kena beratur ni..skali sampai depan tu, ehh takde org pun...aku la org pertama yg anta borang n dapat nombor giliran pertama utk hari tu 1001. hehehe bestnyer tempat ni... tak penah aku gi wat urusan kat pejabat kerajaan tanpa menunggu lama..ni first time gi tempat yg takde org.. tengok pegawai2 kat citu sume wat keje lemah gemalai je ...kang kalo dia wat keje laju2, ngan takde customernye, kang diorang takde keje lak kan..sonoknye kalo aku leh join tempat tu..heheh

Dalam kul 8 camtu dah siap cap2 jari n wat bayaran, then lagi sejam datang balik utk kutip buku passport tu...tapi tak sampai sejam pun, 8:40 camtu dah leh amik..masa kat kaunter kutipan tu, org imegresen tu perasan aku pakai paskad company aku, aku pun sengal tak cabut paskad tu..tak pasan.. kan dah tak pasal2 kena tanya soklan yg aku pun tak sure pe jawapannye.. dia tanye, "cik, kalo kabel tepon kena curi nak report kat sape ek? kitorang dah report kat byk tempat, tapi diorang asik suh pi tempat len je.." err apekah......aku pun tak tau weh....hahhaha aku cuba memberikan jawapan2 yg bernas, moga cadangan yg aku bg tu terlaksana dgn jayanye..kalo tak, maafkan la saya yg tak tau tentang itu...

Pas balik opis, aku try survey2 mane bank yg leh approve n kasi kad kredit lam satu hari..hanya cimb je offer, tapi tawaran telah ditutup..hahaha maknenye takde satu bank pun yg leh tolong aku yg terdesak ni..tu la, dah nak pakai baru nak buat.. tapi aku mmg takmo pakai..takottt..aku ni boros le jugak.. lam kul 10 lebey, aku  pun gerak la pi kl anto passport kat person in charge untuk wat visa lak..kat sane, try la gosip2 kot2 diorang tau biler kena pegi..tapi hampes, sorang pun tak tau..rumors je yg ada..pastu gi jumpa ayu jap, meluahkan perasaan dan kekusutan..pastu kul 2 aku dah sampai cyber balik..

Petang tadi balik trus landing atas tilam yg empuk ni sbb kepenatan.. nasib dh beli lauk siap2 kat kl tadi, tinggal nak masak nasik je..ain takde pi buka posa ngan bf dia, so sorang2 memang malas le aku nak masak..
Ngantuk ah..nak tido dah ~~


tau pun aku marah atas kesenyapan itu
nasib paham, kalo tak......
aku pun x tau pe nk buat huuuu

Monday, August 23, 2010

13 Ramadhan

Aku kusut... memang betul kena pi outstation.. cuma tarikh lum tentu..but by this week la.. aku nye persiapan? rase nak gi selai sepinggang je, cam pendatang haram.. takde pasport, visa, mahupun kad kredit.. leh ke aku settlekan sume sok? hope so..

Nak makan cekodok pisang... pisang dah bli, siap lenyek dah... skali tepung abis.. raser nak nangis je tgk bekas tepung yg kosong.. adeiiii malas nak pi kedai lagi, sok2 je la...

ape lagi nak citer...takde mood...kepale pun saket.. blogwalking sat


aku tak mau pegiiiiiiiiiii

Sunday, August 22, 2010

Duabelas Ramadhan

Ahad kedua berpuasa.. sepatutnya malam ni berbuka kat KGPA, tapi memikirkan wang lam bank yg tinggal beberapa hinggit je tu, ditambah pula ngan Ain yg tak jadi pi sama, aku pun turut membatalkan perancangan nak berbuka kat kelab golf tu.. huhhh jimat sket.. kalo tak melayang dah rm53 malam ni, banyak mane sangat aku leh makan, tak berbaloi ngan rm53 tu..bazirrrrr

tadi petang masak ikan cencaru sambal ngan terung goreng cili api.. tu je dah cukup wat kami kenyang.. takyah buffet2 kalo makan sepinggan nasik, sepotong ikan dah cukup mengenyangkan..

petang tadi calling2 ngan papa, asik putus je.. network tak bagus kat area umah aku ni..kalo time ujan, lagi la toksah.. aku ingat nak pi komplen la kat celcom..komplen membina, bukan nak marah2.. so diorang akan tau la kat area ni line kureng.. padahal bukan kampung sangat pun.. lokasi aku ni bersempadan ngan puchong, cyberjaya, putrajaya, seri kembangan, bukan duk lam hutan pun.. xtau la nape service kurang memuaskan..

esok dah keje, azam aku untuk siapkan keje2 yg terbengkalai minggu ni tak terlaksana.. apekan daya, tidur itu lebih enak.. hihihi.. kalo tak tido layan adnan sempit the series sampai 19 episod, tu pun lum abis lagi.. pastu layan movie2 len lagi.. ape nak jadi aku ni...

For gaza....

Allah...tunjukkanlah kekuasaanMu.. hapuskan makhluk yg biadap itu


masing2 dah pandai mengungkapkan rindu
tapi realitinya, benar2 merindukah?
aku sendiri tidak pasti...

11 Ramadhan

ujung minggu adalah hari untuk aku menguruskan rumah tangga..eceh rumah tangga la pulak..rumah je la.. ari ni tak le bgn awal sgt, tapi takleh tdo lame2 la bulan posa..makruh..lagipun ada jiran renovate umah, kul 9 pagi dah bingit dengar bunyi drill.. adei... bese le, duk umah flat.. org umah sebelah bersin pun leh dgr..

dah lame tak main the sims..leh buat umah idaman..hehe
btw, umah sewa aku skang ni, takde lam google maps mahupun gps..harharhar
last skali aku duk umah flat masa student dulu.. tu pun first time duk luar after 3 years duk hostel.. masa tu jahil lagi, tak pandai cari umah.. men hentam je la amik umah flat sbb pikir murah je.. rupenye byk lagi umah best2 yg lagi murah.. lepas kisah mengerikan terjadi kat umah flat tu, aku dan rakan2 pindah umah len.. umah teres fully furnished lagi.. aku serik sebenarnye duk umah flat sbb sangat tak best.. nape ye tak best? sbb kete/moto tak leh park depan umah, nak buang sampah kne turun gi kat tong besar yg disediakan, limited space untuk sidai baju, takleh basuh kete depan umah, bising (org atas bukak pintu bilik pun leh dgr..) tapi kadang2 best pulak especially masa aku duk kat umah sewa skang ni.. kenal jiran2, so kalo ada pape hal senang mintak tolong..kadang2 jiran kasi makanan..heheh tapi takde la best sgt pun sbenarnye.. aku still prefer duk umah yg bukan tinggi2 n takde halaman ni.. nape ye aku pilih duk umah flat skang? sbb tak jumpe umah yg murah untuk duduk berdua je..hikhik.. aku dh malas nak duk ngan org yg tak dikenali.. byk pengalaman yg tak berapa best..

aktiviti ari ni hanya lah berulang-alik lam umah je.. semalam tukang paip tu dah repair pelampung tangki, so no more water overflowing.. dah tak yah panjat2 tutup bukak air tangki.. hehe.. so tadi cuma kemas2 dapur, basuh baju, lipat kain, masak utk 'berbuka', iron baju keje utk seminggu, n skang dah terpacak depan laptop.. tadi aku selak2 emel, takde pun official email mengatekan aku kne gi outstation tu.. adoiii kne gi ke tak sbenarnye ni.. aku nak prepare ke takyah ni.. nape la bukan lepas raye mende ni.. aku serabut..serabut...


Allah...
permudahkanlah urusan hambaMu ini..

Friday, August 20, 2010

9 & 10 Ramadhan

Nape tajuk aku wat 1 ramadhan, 2 ramadhan,.....9 dan 10 ramadhan? nampak sgt le menghitung hari nak balik raya kan... cant wait to see my beloved family.. =)

Suddenly got a news from my boss yesterday, i've to go outstation next week..ala pe tulis english nie..bahase penjajah (bak kata Ayu..kuikui). ala bosssssss...pe brg posa2 ni gi outstation lak..org nk kumpul duit raye ni.. kalo gi keje luar, pas raya baru dpt claim ni.. adeh.. dh la kne kuar dari mesia tercinta lak tu..ngan aku nye takde kad kredit, takde paspot, mcm2 la takde..ahhhh runsing! nak je aku suh org len yg ganti, tapi bos kate "dah ko yg handle kes ni dari awal, baik ko je yg pegi, senang ." Senang bos kate? adeiiii..hati saya dah sampai kat kampung halaman ni bos...takde ati nk keje dh..mood balik kampung dh nie..err padahal baru spuluh hari posa..huhu.. camane la aku leh terlibat ngan hal2 keduniaan ni sampai kne gi luar negara.. aku cuak sebenarnye, tak penah kuar dari mesia.. paling jauh pegi pun sabah je.. tapi aku ada Allah.. berserah aje la moga Dia melindungi aku selalu.. moga Allah permudahkan segala urusan pergi dan balik dan settle keje cepat2..

semalam igt balik nak masak pari yg aku beli kat pasar ari tu..macam nk buruk dh je.. pari lama kut.. tapi ain dh amik alih pemerintahan di dapur, so aku hold dulu la pari tu..harap2 masih elok untuk masak petang ni.. so semalam ain wat ayam goreng kunyit ngan cencaru sumbat.. lazat.. tapi aku ilang slera.. gara2 bos menyampaikan berita buruk di atas..huhu

Balik semalam nampak kad kuning bertampal kat dinding, menandakan pembanci dah datang nak banci umah sewa aku tu, tapi tiada org di rumah...melepas la aku nak rasa dibanci..10 tahun sekali je tau banci ni.. nape la org tu tak datang pas waktu bekerja.. tak patut.. ini akan menjejaskan pembangunan negara sbb statistic tak tepat..ececece.. tapi aku memang nak sangat kne banci... pembanci ni ngelat betul la.. aku dah siap beli air kotak nak kasi dia taw..huhu

Semalam tido kul 4 pagi siapkan report.. tapi pagi ni tak ngantuk pulak..siap bgn lebih awal dari biasa.. adeii.. tapi mata aku skang ni kelabu2.. takleh fokus.. aih..hari jumaat memang memalaskan aku.. tadi opismate ajak gi PICC, ada warehouse sale.. tapi pitis pun tak dop nih, pegi window shoping je..tak mau aku. bek aku duk opis update blog..semalam tak sempat update sbb wat report tu la..

Malam ni nak berehat..lupakan hal2 dunia...hal dunia sambung hari sabtu nti...huhu..daa =)


'missed u'
tak sangka sebaris ayat tu leh buat dia teruja
kuikui..saje test..kahkahkah
tapi mmg betul pun rindu..hehu

Wednesday, August 18, 2010

8 Ramadhan

ari ni byk merayau baca blog2 org... aku tgk live traffic feed tu ntah ape2... ada ke katenye aku arrive dari ipoh, perak.. biar betik mende ni.. kadang2 tu aku dari penang la, dari damansara la..hishhh salah, salah!! hahaha biar la, pdulik pe aku..


pagi tadi datang keje lambat sket...tapi balik pun lambat yer... tak makan gaji buta..tak baik taw.. pesan papa slalu ku ingat..ku jadikan pedoman.. takut rezki tak berkat nanti kalo curi tulang byk2..

arini tak masak ape2 kecuali nasik.. lauk panaskan je yg kemarin punye.. sbb pe tak masak? sbb makan sorg je ari ni.. Ain b'buka ngan bf kat hotel mane tah.. Ain ada ajak aku join b'buka, tapi malas la nak gi.. kaco daun je..lgpun nanti balik lambat.. aku tak suka berpoya2 di bulan ramadhan ni.. bulan lain takpe..ngeeee

aku masih terpikir2 keputusan yg aku wat siang tadi.. bukan keputusan, aku rasa ia lebih pada berserah pada Tuhan.. aku serba salah, tak tau jika aku dah terlepaskan sesuatu yg baik, atau aku lepaskan ia demi kebaikan.. eiii penin la ayat aku nih.. sgala yg terjadi ada hikmah yg tersembunyi.. hikmah, jgn main sembunyi2 sgt sampai saye tak pat cari yer...huhu




cinta itu misteri
misteri macam citer antu
kdg2 aku takut tgk citer antu
tapi kdg2 wat aku gelak je sbb antu tu poyo sgt
adakah skrg aku takut dgn cinta
Allah...moga cintaku tetap utuh padaMu


Tuesday, August 17, 2010

Tujuh Ramadhan

Sedar tak sedar, dah seminggu Ramadhan yang mulia berlalu.. amal ibadat ku untuk bulan yg mulia ni tak byk beza dgn hari2 biasa.. cuma ditambah dgn solat tarawih.. tu pun tak mungkin dapat cukup sebulan kan.. ngee.. 

Hari ni keje duk kat opis je.. takde pi mane2.. tapi duk opis la paling merana.. dah ler sejuk sampai mencucuk2 tulang, tambah pulak dikelilingi bos2.. memang tak tenang langsung.. err kadang2 kalo bos datang kat tempat aku, tanya ape2 then tgk aku duk wat keje yg dia nak tu, aku siap halau lagi.." bos, jangan duk kat sini leh tak..saye debor laa, takleh wat keje..nanti dah siap saya tunjuk kat bos yer." huhu slamber je halau bos.. sib bek bos aku tu sempoi jer.. dgn sengihan dia yg menawan, dia pun berlalu pergi..heheeee

nak balik.. nak balik.. nak balik...
Tengah syok duk wat keje, tetiba sorg member tanye pasal cuti raye.. mane taknye, aritu kuar pekeliling yg mengkonpiuskan sume org.. company wajibkan staff yg keje normal hour untuk bercuti 4 hari.. masalahnye cuti tu ditolak dari cuti tahunan, tapi gaya penceritaan pekeliling tu macam kasi cuti free je.. ceh.. bagi ler cuti free.. raya pun nak berkira.. err mane de mende betul2 free skang ni kan.. aku tak kesah pun, dari awal tahun dah memang bajet cuti untuk raya ni..heheee aku cuti 2 minggu.. bos kasi ke tak ke, i dont care.. tu je tiket flight yg ada.. tak sabarnye aku nak balik jumpa family tercinta.. really miss them!

Arini balik kul 5:20pm.. tidak mencapai target.. lewat 50minit.. bukan aku gila kerja, kerja yg gilakan aku.. huhu.. em sok leh gi lambat 50minit tak? heheee..kalo la boleh kan... Untuk berbuka, balik tadi aku tak wat pape pun.. Ain yg buat sumenye.. goreng nasik la, goreng bihun la.. tak sempat aku nak gi tolong, sume dah siap dah atas dapur.. perghhh laju gila dia masak..sedap pulak tu.. bahagia aku dapat hosmet camni..hehe jgn jeles.

Tadi tgk epilog syurga cinta, aku tak puas ati nape ita tu sebelum meninggal, dia wat permintaan kat siti supaya terima tunang dia (x igt nama)? yg nak pergi tu pergi la..pergi la dgn tenang.. nape nak susahkan jiwa dan prasaan insan yg perlu teruskan idup ni... tul tak..? walaupun niat dia tu baik,  tapi bagi aku niat tu baik hanya jika mereka suka satu sama lain.. ni aku tgk takde feeling pape pun.. suka ati je ita ni.. mungkin ini sekadar cerita, tapi mungkin ada yg benar2 terjadi di luar sana... adakah mereka menurut permintaan insan yg telah pergi? i'm wondering......ape pun, jodoh dan ajal semuanya ketentuan Allah.. yakinlah padaNya..


dia cuba memahami aku
aku cuba menjauhi dia
tapi aku tak mau lepaskan dia
complicated tul la aku ni
aku mohon petunjukMu ya Allah..

6 Ramadhan

7:00 
anta Ayu gi putrajaya sentral
7:40 
sampai kat opis..bukak laptop.. download emel.. org len lum dtg lg, so bosan2 duk snap gambo sendri depan laptop.. pastu tgk kalendar, alamak de meeting lak kat KL.. mesej Dila, mesej bos, tanye nak kne gi ke meeting ni sbb diorang de meeting lain, so aku rasa bertanggungjawab untuk wakilkan mereka.. gi dgr je pun.. last2 kol je bos, dia kate "pegi laa..."
8:45
sampai kat putrajaya sentral.. tren kul 9:05, lambat lagi.. lepak lam kete layan panggilan hangit dlu
9:05
naik ERL gi KL.. org tak ramai.. dapat seat yg duk sorang, best giler leh tido.. tapi erl ni laju sgt, 17min dah sampai kl..huhu x puas tido
9:25
tgu putra lrt lak nak gi menara TM..orang tak ramai.. tren sampai 4 min kemudian.. naik tren 4 koc.. panjang giler pulak aku rase sbb takde org sgt..
9:35
reach stesen kerinchi..huhu kne jalan laju2 sebab meeting start kul 9:30..
9:40 
sampai lam bilek meeting..sib bek meeting baru nak start.. mesti agm aku bengang jer tgk ank buah dtg lambat.. ala mem, saya dtg pun dh ckup bagus..ngeee
14:00
meeting tamat.. balik opis smula.. sampai kl sentral, tgk erl baru jer berlepas.. so kne tgu kul 14:35 punye tren..
14:55
sampai kat carpark puj sentral.. masuk kete, pasang econ, tido jap.. hehe aku lum rest lagi k..
15:30
gerak balik opis.. 5mmin je dah sampai opis..mula2 ingat nak balik je terus.. tapi rasa bersalah lak.. takpala masuk opis jap.. takut bos carik lak nanti.. masuk trus lepak sbelah Ain.. tgk2 emel, jawap pe yg patut
16:30
balik umah..

arini aku masak nasik  jer.. lauk2 sume Ain masak..katenye aku takyah masak sbb smlm aku masak sorg, dia rilek jer.. ala x kesah ler.. rsa bersalah lak aku.. aku pun tolong cuci2 jer la.. then mandi n tgu time makan jer.. kul 8 malam aku dh flat, ngantuk sgt + mkn byk.. Ain kuar gi tgk wyg.. kul 11 tadi aku terjaga.. maka di sinilah aku..di depan laptop..ngeee nak tdo dh..tata


rajin pulak Z sms aku..
tgh bosan kut..

Monday, August 16, 2010

Lima Ramadhan

Hari kelima umat Islam berpuasa.. pagi ahad ini sangat cerah.. walaupun tido dekat kul 4 semalamnye, pagi tadi tak la bgn lambat sgt.. bangun je mandi2 trus ajak Ayu gi pasar borong kat SK.. beli sayuran, bli bahan2 utk buat keli masak lomak cili api, beli ikan pari sket, bli kerang 6kg nak bawak balik KK, emmm tu je kot.. Cili api kat pasar tadi sume buruk2.. penat aku ngan Ayu round satu pasar, last2 terpaksa beli jugak.. nak pilih yg elok tu dekat setengah jam baru dapat segenggam jer..huuuu.. tu ayu yg pilih.. kalo aku? cekup je satu plastik, bayar, balik umah baru pilih...hahhahaha.. masa nak bli santan, brother jual santan tu siap offer kat kitorang wedding planner package.. eh eh bro nie.. tau2 je kitorang lum kawen.. aku saje tanye, kalo wat kat mlaka, layan tak? ngee dia kata bleh jer.. huhehaha.. bro, saye lum tau lagi sape pengantin lelaki saye.. sabau yek..hehe 

nape kerang yg aku rebus
tak terbukak camnih..geram tul
Balik dari pasar dah kul 1 lebey.. campak2 barang atas meja, salin baju, rest jap.. adeii dah lama tak gi pasar.. letih gak.. dah le duk bimbit kerang 6kg pusing satu pasar.. sengal.. sape suh bli kerang dulu kan, bli la kemudian.. nape aku kne bli kerang utk bwk balik kk? sebab kat sane kerangnye besar2 sangat n kureng sedap.. so tiap2 kali balik raya parents aku akan request bawak balik kerang.. sebagai anak yg taat, aku pun menurut..ecece.. bese aku bli lam 10kg camtu... minggu depan kne gi bli lagi la nmpk gaye.. lum cukup nih..

Agak2 dah ilang sikit penat, aku pun bangun pi settlekan barang2 yg bli tadi.. mane yg nk kne basuh, kne siang, kne rebus, kne potong.. tung tang tung tang kat dapur.. sambil tu aku  prepare untuk masak juadah berbuka.. kerang yg dah siap rebus, Ayu tolong bukakkan kulitnye n amik isinye.. sampai 6kg tu Ayu buat sorang.. abis rosak kuku.. huhu tima kasih yu.. aku sibuk sangat memasak.. ari ni aku masak sumenye sendiri.. ntah le nape takde org nak tolong.. aku ni mmg susah nk mintak tolong org kalo aku masih mampu buat sendiri.. tapi kalo ada org yg offer diri nak tolong, itu amatlah di-alu2kan.. lebey kurang kul 6.30pm, terhidanglah gulai lemak cili api ikan keli, tempe goreng rempah (rempah le sgt..xjd pun), ayam goreng kunyit (sayur lebih hehe), ngan kerang rebus..  abih licin kitorang bertiga makan.. ngeee camne nak diet camnih...

adei sok dah keje...kne bangun awal sok.. sbb nak anta ayu gi putrajaya sentral..zzZZzzzZZzzzz


Z dh pandai merajuk..
apakah.......

Sunday, August 15, 2010

4 Ramadhan telah berlalu

Cepat betul masa berlalu.. tak sangka dah 4 hari kita berpuasa.. pagi sabtu pertama di bulan ramadhan aku berlalu dengan sia-sia.. hahaha membuta sampai tenghari.. adeii makruh la posa.. tapi, in the end of the day, i was failed..err..phm2 je la.. asalnye aku ngan ayu plan nak gi pasar borong kat sri kembangan pagi tu, tapi aku ni takleh nak bangun.. sampai papa kol pun aku takleh nak bercakap.. tanya sepatah, jawab suku patah.. (last2 papa putus asa, dia suh aku tido jer la..huhu sori pa..) golek punye golek..dekat kul 2 baru aku betul2 bangun.. mandi solat pastu decide nak gi tesco ngan Ayu.. nak ajak Ain tapi nengok dia sedap je tido.. sian lak nk kaco.. gi tesco bli tak byk pun.. tapi abih gak seratus.. barang dah mahal, duit kite dah kecik.. err gaji pun rasa kecik jer.. biler eh nak naik gaji..

cam bese ler, first time buat puding,
tak secantik lam gamba nie..ngee
Balik dari tesco pulun masak..hehe balik dh lambat, kul 6 lbh baru nak start masak.. jawabnye kul 8 baru ler settle sume..uhu.. tu la akibatnye kalo dh lambat still nak wat ikan bakar.. nak bakar bukan sekejap.. aku uruskan ikan bakar, daging black pepper, masak nasik ngan buat puding kastad (puding masak kul 10pm..hehe). Ayu lak basuh ikan, goreng sayur, wat air asam n wat bandung cincau (terbaik dari kelate nih). Ain pulak tolong kemas2 meja, kemas pinggan mangkuk yg dh basuh, potong tomato.. hehehhe sebab dapur tempat masak ada dua je..kang kalo Ain pun masak jugak, berebut pulak.. hehehe.. Alhamdulillah.. syukur atas rezkiMu Ya Allah.. kami dapat makan secukupnye dan seenaknye..

Nak tau pe citer semalam...?

hehehe sebab dah ngantuk sgt, tak larat aku nak taip..
Semalam memang byk sgt buang masa.. hari Jumaat slalu aku kurang produktif.. haish...aku ingin mengubah tabiat yg tak bagus ni.. tapi pengaruh rakan se'opis' sukar nak tepis.. hahaha bukan bermaksud nak tuding jari pada orang lain..sesungguhnya aku hanyalah insan biasa.. slalu terlalai dan terleka.. Ampuni aku Ya Allah.. 

sian nengok insan yg x dpt mknan secukupnye..how come i can throw away food juz like that??? forgive me Allah..
Petangnye aku gi amik ayu kat putrajaya sentral, pastu gi bazar ramadhan kat presint 2.. tak berapa syok nak jalan sebab hujan..ujan2 pun, banyak gak kitorang beli makanan.. macam yang nak berbuka kat umah tu ada 5-6 orang.. adei.. bazir tul.. 

Pas berbuka gi tarawih ngan Ayu kat surau bawah tu.. ni la first tarawih aku untuk ramadhan 1431H.. huhu.. ruginye aku tertinggal 3 hari pertama tu.. nape aku tak gi? sebab aku tak penah gi tarawih sorang2.. nanti aku ngantuk, tertido, sape nak kejut...huhuhu.. takpa la.. pasni aku gi sendiri.. aku kne berdikari!! mesti! mesti!


Z makin berterus terang..
menjadikan aku semakin takut..
semakin serba salah..
aku tidak sebaik yg kamu sangka Z..
aku insan yg hina..

Friday, August 13, 2010

Tiga Ramadhan 1431H

Aku mengantuk sangat...
Banyak buang masa ari ni..
Tapi sgt hepi jugak..
Sebab Ayu dtg umah aku..
Errr
Esok lah aku update...

Thursday, August 12, 2010

Dua Ramadhan

Life goes on normally.. semalam tido balik pas sahur dekat kul 3 dah.. pastu punye la liat nak bangun pagi.. aku sering memohon pada Allah agar bangunkan aku sesegarnya di pagi hari untuk solat Subuh.. errr kadang2 setan berjaya mengatasi imanku yg senipis kulit bawang nie.. ampun ya Allah.. kuatkanlah imanku, tingkatkanlah taqwa ku padaMu ya Allah.. moga aku tidak lalai menjalankan amanahMu..

Kerja macam bese.. tapi mengantuk yang amat.. dah la ofis aku sejuk giler.. lagi la buat mata aku ni layu je.. sempat aku lelap kat sebelah tempat Ain sebab bos takda pi meeting.. ngeee tak tahan ar ngantuk.. dapat la lelap lam setengah jam.. pastu masuk je waktu rehat, aku sambung tido kat surau.. hehehe masa tu aku la org first yg mempelopori tidur tengahari kat surau muslimah tu.. tapi sayup2 kedengaran dengkuran dari surau muslimin.. hehehe rupanya ada org yg lagi awal hanyut dari aku.. dengar je azan berkumandang, aku terjaga, terus duduk.. tak baik time azan kiter masih berbaring, nanti mayat berat.. tak tau le betul ke tak mayat berat, tapi apa salahnye menghormati azan.. sedangkan nyanyi lagu negaraku kita bisa berdiri tegak kan.. masa aku terjaga tu, aku tgk sekeliling, ramai rupanye yg 'syahid' macam aku.. hihihi aktiviti gantian tghari, takleh makan, kite tido la kan.. huhuhu.. tapi aku sedey tgk ada yang buat tak endah je dgr azan.. yg tido mati tu mmg takleh buat ape la kan.. yg baring2 tu, yg sembang2 tu.. tak reti ke bangun jap, diam kejap n jawab azan tu.. sebolehnye cuba la diam jap, hayati dan jawab azan yg dilaungkan tu.. 

Pas solat Zohor, aku masuk balik opis dengan semangat baru.. dapat la aku selesaikan beberapa report yang tertangguh sebelum nie.. hari ni berazam nak balik tepat jam 4:30pm.. hihihi.. angan2 je lebey.. sebab syok sgt buat keje, terlewat 15minit aku balik.. tapi ape pun aku tetap sampai umah dulu dari Ain.. hehehe sebab dia singgah kedai bli topup n kuih.. mula2 aku ajak lumba sape sampai umah dulu, tapi dia tak mau sebab katanye aku bawak kete laju.. hahahha.. mane ada.. takat 90km/j tu normal ler..

Petang tadi masak simple2 je.. aku wat kentang ngan ikan bilis goreng cili api, goreng papadom sket, pastu panaskan lauk2 lebih semalam.. Ain masak ayam sambal.. sedap.. sambal tu rasa manis2 n rasa cam tomyam sket.. then aku masak nasik, Ain wat air teh.. arini masak agak cepat, kul 6:30pm dah leh lepak depan tv layan epilog syurga cinta.. aku suka citer ni, byk memberi aku keinsafan dan semangat.. antaranya, "Setiap yg terjadi itu ada hikmahnya..mungkin selepas kisah duka ini berlalu, ada kisah yg lebih manis menanti.."          ye..kita kena redha dgn apa yg berlaku.. Allah memberi dugaan sesuai dgn kesanggupan hambaNya.. Allah itu maha mengetahui tiap sesuatu kejadian.. maka redhalah.. moga dgn ujian yg mendatang, kita lebih dekat dgn Allah..


baru hari kedua puasa,
aku dah merindui suasana bersama keluarga..

Satu Ramadhan

Hari pertama di bulan yang mulia ni berlalu dengan indah.. Bangun sahur dikejutkan dgn bunyi mesej dari Z.. (sebenarnye terkejut, bukan dikejutkan).. dia mesej gtau yg dia dah sampai shah alam dari temerloh.. (eleh tak tanyer pun...) eii nape la, biler aku bersedia nak jauhi dia, dia pulak yg mendekati aku.. arghhh malas nak pk dah.. walopun hepi dia ingat kat aku, dia kata dia rindu kat aku, dia amik berat pasal aku arini, tapi, aku takmo berangan2 tinggi sangat.. let it go with the flow.. aku takmo menentukan apa2.. kalo tak, aku rasa serabut jer.. anyway, tima kasih Z sebab membuat aku tersenyum sepanjang hari.. =)

Walopun angin kat kepala aku ni lum mau kuar sepenuhnye pagi tadi, dan menyebabkan aku susah nak sambung tido, tapi pagi aku tetap berlalu dgn indah.. ngantuk tu bese ler.. menguap2 macam org x tido seminggu.. hahaha.. separuh hari je kat opis, pastu aku gi testbed untuk selesaikan task yg bos kasi.. tapi mission incomplete gak sebab vendor pun tak sure camne nak wat mende tu.. so kne tunggu vendor expert bagi manual untuk meng'complete'kan misi aku.. tak tau ler bile leh dapat.. bos aku ni, tah camane dia leh pk mende yg org len tak tau pun...hebat tul

Petang tadi balik awal dari bese, tapi tetap lambat dari org len.. ngehngeh.. bulan posa ofis hour dari 8am sampai 4:30pm.. aku gerak dari opis tadi dah 5 lebih.. sampai umah, gi kedai jap bli pe yg patut untuk masak.. dalam kul 6 camtu baru start masak.. masak pe? wat ikan pari bakar je cam yang puan atikah slalu buat.. wat air asam sket untuk cicah ikan, telur dadar mayonese. Ain masak sup sayur ngan sambal ketuk.. err first time makan sambal ketuk.. simple menu yet really delicious.. dah lama aku tak makan nasik sampai 2 pinggan.. cuma ikan aku tu tak cukup garam.. ngeee tawar je cam makanan org sakit.. heheh susah ler masak bulan posa nie.. tapi aku memang suka memasak untuk berbuka.. tak besh la mkn kat luar.. kdg2 beli tak kena ngan slera.. bazir.. kalo gi bazar ramadhan tu, tak abis rm10 tak sah.. kan bazir.. dapat makanan sikit jer

sagu aku tak seindah
lam gambar nie
..
Makan punya makan, sampai tak larat nak gi terawih..huhu.. rugi aku.. sebenarnye xde teman nak gi.. kang aku lelap time terawih, sape nak kejut.. slalu ayu ada.. missed her.. err mata pun x larat nak bukak.. aku dh tertido tadi, tapi ni bgn balik..alang2 dh bangun, sahur le terus.. sahur ngan sagu gula merah yg tak berapa menyerupai sagu dh..hehehhe first time buat, sengal pi masak sagu guna air yg byk..men hentam je sebab lam resipi tak tulis pun sukatan air..maen agak2 je la.. pastu selambe je tinggal atas dapur, tak kacau2.. hahahha.. udahnye sagu aku jadi cam agar2 dah.. tapi, disebabkan balancing gula melaka ngan santan aku memang terbaik, sagu agar2 aku tetap sedap hingga menjilat sudu.. ngeee tak malu puji diri sendiri..


sok nak masak pe lak?
heheeee

Tuesday, August 10, 2010

Sahabat

Sahabat amat bermakna dlm idup aku.. bila masanye kita leh tau yg org itu adalah benar2 ikhlas menjadi sahabat kite? emm..bila kamu ditimpa masalah, dia tak akan tinggalkan kamu, dan tak akan ragu2 membantumu.. syukur pada Ilahi, aku sering dikurniakan sahabat2 yang baik hatinye.. nape aku membebel pasal sahabat ni? sumenye kerana Ain, hosmet ku.. ngeee.. 

Arini aku tak sedap badan, bangun pagi tadi dah rasa berat je kepala.. aku ingat sebab tak cukup tido, rupanye berlanjutan pening aku.. sampai rasa mamai2 je time drive kete gi opis.. aku masih abaikan lagi.. aku pikir perut kosong kut, lapa.. semalam makan kebab jer.. takpe2.. sampai RnD, aku gi sarapan dulu.. org len lambat la pulak ari ni.. selambe je la makan sorg2 kat cafe tu.. makan nasik lemak ngan lauk sadin n teh panas secawan.. time makan tu aku dah rasa perut mula masuk angin.. aku ni jenis biler makan kunyah sikit2 je, then telan.. hahaha tak ikut sunnah langsung.. makan nak cepat jer.. sambung citer, pas makan tu aku rasa perut dipenuhi angin.. ades.. ingatkan pas makan elok la, lagi tambah teruk rupenye.. rasa macam2, mual, pedih perut, pening pala, haish... dah macam simptom org mengandung lak.. masuk je testbed, aku mula sendawa2 angin.. urut2 tengkuk sket, tahan pening...tak leh blah.. bukak ym, ngadu kat Ain.. mula2 Ain suh pi klinik, dia nak dtg amik aku kat depan RnD, aku kata segan la plak gi klinik.. x penah aku kena camni sampai gi klinik.. walopun slalu kena, tapi elok sendiri je.. aku menolak cadangan tu, tapi aku request dia urut aku.. so aku pun balik opis.. yey pegi berurut.. Ain kalo ngurut memang sodap.. abis sengal satu badan.. hahaha kuat tul tangan dia.. sib bek bos takde kat opis, dengan dikelilingi Liza ngan Mira, Ain berusaha kuarkan sgala angin lam badan aku.. kuat gak aku sendawa2 sampai si Billy ngata aku dah macam ringtone hp.. cess.. namun sgala keringat Ain gagal, aku still tak ok jugak.. dekat sejam gak aku diurut.. ngee.. nak tak nak, aku terpaksa setuju untuk gi klinik.. mane leh buat keje dh camni, berdiri salah, duduk salah, baring je betul kut.. hehe

Ain bawak aku gi klinik Fadzliyana kat Seri Kembangan.. err Dr tu cam garang ler jugak.. aku masuk wat muka kesian, wat muka sakit tenat.. hahaha tetiba time masuk tu, aku macam nak termuntah.. ngeee.. dokte tanya, nak muntah? mengandung ke? adeiiii dokte....rasa nak guling2 depan dokte tu.. wat malu aku je... cepat2 aku geleng n citer mende sebenar kat dia.. Dia pun kata ni gastrik nie..reaksi aku: "hoh? gastrik? yeke? saya slalu kne camni, tapi tak penah pun sampai gi klinik.." Dr masih berkeras mengatakan aku kne gastrik.. err layan je la sebab dia kasi aku MC arini.. hehehe tapi ubat punye ler banyak.. dia kasi ubat gastrik 2 jenis, ubat tahan muntah, ubat buang angin (kentut ke? hehehe), ubat kembung/loya.. hehehe cam biase, aku mane makan ubat ikut time.. siap pilih2 lagi ubat mane yg aku rasa kne makan.. 

Pas kuar dari klinik, beli ayamas 1/2 ekor.. tekak nie ada lagi slera nak makan bukan2.. hehe.. pastu balik RnD, Ain amikkan barang2 aku kat testbed sebab aku malas nak dengar budak2 tester tanya macam2 nanti.. Mula2 Ain nak anta aku balik terus, tapi aku takmo susahkan dia lagi nak anta kete aku pulak balik nanti.. so aku gagahkan diri memandu pulang lam keadaan penin lalat.. sampai je umah, salin baju, makan, makan ubat, solat Zohor n tido.. kul 5 aku dah terjaga.. takleh tido lagi walopun kepala pening giler.. aku bangun mandi n solat Asar.. still x mengubah apa2 keadaan.. aku pun kol papa, tanya betul ke sok posa.. tapi aku tak gtau pun aku kureng sihat arini.. malas ler kang risau pulak ibu bapa.. papa kate tunggu ler announcement kang.. okeh.. lam kul 8.15 camtu baru diumumkan puasa tahun 2010 bermula pada 11 Ogos 2010.. hehe.. harap2 aku sihat dan cukup kuat untuk berpuasa sok.. ingat nak gi terawih tadi, tapi solat Isya' pun aku rasa bagai di awangan, baik toksah.. takut kang aku kne merangkak nak balik umah lak.. penin masih kuat menakluki kepala aku yg kusut nie..aku dah minum soya tadi, pasni nak makan ubat, nak tido.. sebelum lupa, tima kasih Ain, penat2 balik pun sanggup urut aku lagi tadi.. siap sapu minyak yuyicaplimau... aku sayang kamu.. Salam Ramadhan =)


Z.. aku sedang cuba menjauhi kamu..
maafkan aku jika langkah yg ku ambil ini silap..
sebab aku x memahami caramu..

Ramadhan menjelma lagi





Ramadhan datang dan pergi..moga kali ini aku dapat mengabadikan kenangan terindah beribadah kepada Allah yang satu...
Baca sini: Panduan Solat Tarawikh
Saje aku surf pasal solat terawih.. terjumpe entry kat bawah nie.. sempoi n mudah difahami..

CARA-CARA SOLAT TERAWIH

Sembahyang terawih ni sebenarnya berapa rakaat? Kenapa ada yang 8 rakaat, ada yang 20 rakaat?




Rasulullah s.a.w sebenarnya buat 8 rakaat aje. Khalifah Umar al-Khattab lah yang mulakan 20 rakaat yang kebanyakan orang Islam seluruh dunia buat sekarang. So terpulanglah pada masing2, nak buat 8 ke 20, tak salah, yang penting misti rileks dan khusyuk agar diterima Allah.

Nak terawih sorang sorang niat dia apa?




Usolli sunnat-at-Tarawaih rak ‘ataini Llillahi Ta’ala




(Sahaja aku solat tarawih dua rakaat sendiri kerana Allah Ta’ala)

Nak terawih ikut imam niat dia apa?




Usolli sunnat-at-Tarawaih rak ‘ataini ma’muman Llillahi Ta’ala




(Sahaja aku solat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala)

Boleh tak sembahyang tarawih sorang sorang kat rumah?




Tarawih tu sunat, tak wajib, jadi suka hati lah. Tapi, kalau buat jamaah




tu, orait jugak. Pahala 27 kali ganda campur lagi pahala setiap langkah




pegi masjid, campur pahala niat iktikaf kat masjid, campur gugur dosa bila




bersalaman dengan jemaah, campur pahala solat sunat tahyat masjid dll. Kat
akhirat boleh tolong kita woooo……

Kalau saya sembahyang sorang sorang kat rumah nak baca apa?




Baca apa2 yg kau nak ler..Tapi kalau mengikut kebiasaan, selepas baca




Al-Fatihah, kita ikut susunan Al-Quran dari ayat yang tinggi ke ayat yang




rendah. Sebagai contoh ada imam2 baca berikut:









Tarawih Petama :




1st Rakaat - Al Takathur (”Alhakumuttakthur…”)




2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)









Tarawih Kedua :




1st Rakaat - Al-Asri (”Wal ‘Asri…”)




2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)









Tarawih Ketiga:




1st Rakaat - Al-Humazah (”Wailullikulli humazah…”)




2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Tarawih Keempat :




1st Rakaat - Al-Fil (”Alam tarakai….”)




2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Tarawih Kelima :




1st Rakaat - Al-Kuraisy (”Li i la fi quraisy…”)




2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)









Tarawih Keenam :




1st Rakaat - Al-Maun (”Ara aitallazhi…”).




2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Tarawih Ketujuh :




1st Rakaat - Al-Kauthat (”Inna A’taina..”).




2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Tarawih Kelapan :




1st Rakaat - Al-Kafirun (”Kul ya Aiyyuhal kafirun…”).




2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)









Tarawih Kesembilan :




1st Rakaat - Al-Nasr (Iza jaa’a )




2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Tarawih Kesepuluh :




1st Rakaat - Al-Lahab (”Tabbat ya da…”).




2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Witir Pertama :




1st Rakaat - Al-A’la (”Sabbihismarabbikal A’la….”).




2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Witir Kedua :




Satu rakaat jek - Bacaan Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)




sambung Al-Falaq (”Kul A’uzubirabbil Falaq)




sambung An-Nas (”Kul A’uzubirabbinnas”)

Ni sume sekadar guideline je yang biasanya diamalkan di sini. Ada jugak yang baca satu juz dalam satu Tarawih, seperti di Masjidil Haram, di kebanyakan masjid masjid di middle-east dan Europe, di sesetengah masjid di Indonesia dan Malaysia dan di masjid Bukit Batok.
Kalau sembahyang 8 rakaat baca apa?




Ikut je susunan bacaan di atas dari Tarawih ketujuh sampai ke sepuluh.

Witir tu sama dengan tarawih ke?




Tak lah, kan niat dia lain. Witir tiap2 malam boleh buat, tak payah tunggu bulan Ramadan. Tarawih hanya boleh dilakukan eksklusif dalam bulan Ramadan, sebagaimana




ditetapkan Allah.

Kalau tak sembahyang witir boleh? Tarawih je….




Witir tu kan macam penutup, kan? Eloklah kalau kita buat witir, eh? Apasal kat masjid2 ramai orang keluar lepas 8 rakaat, lepas witir dll. Diorang nak keluar diorang punya sukalah. Rata2 yang keluar lepas 8 rakaat tu biasanya pasal nak ikut sunnah, buat lapan cukup. Yang keluar lepas witir tu pasal solat witir tu kira macam ‘to wrap up the night’, so mungkin diorang2 ni nak sambung sembahyang tahajjud, sembahyang hajat dll kat rumah sendiri, jadi tak mau bungkus dulu. Yang keluar lepas solat Isyak tu sume pengantin baru.


(--Posted by: spike-nuox--)


Puasa tahun ni, tanpa Ayu di sisi..huhu