Thursday, October 18, 2012

Kisah Sedih Pakcik Itu

Ex-wife abg ada lelaki lain, abg tinggallkan dia sbb dia tak mau kembali taat, walaupun bukti dah jelas dan nyata, dia masih menafikan kecurangan dia, dan gunakan abg sebagai lombong emas dia..disebabkan itu, abg berjanji pada diri abg utk hancurkan semua hati perempuan lain
Ternyata, aku tak dapat benci dia adalah bersebab..since penipuan dia dah terbongkar, dan aku paksa dia ngaku sebab den takdo maso nak gi menyiasat, hasilnya, sebuah kisah silam yg sedih terungkap kembali...im so so so sorry dear abg...walaupun sepatutnya aku benci dia sbb dia menipu, tapi bia dah tau perkara sebenar, aku tak dapat benci dia, malah makin sayang pulak..adedeh...camner ni...walaupun aku tau dia kawan dgn aku semata2 nak musnahkan hati aku yg suci..hukhuk..

Tapi apapun, aku still terpaksa tinggalkan dia sbb dia nekad tak mau kawen lagi, tak mau ada anak lagi..well, it was just his decision, ketentuan Ilahi takkan dapat diduga kan....kalau ikutkan hati yg degil dan terlalu mencintai dia ni, aku sanggup tunggu dia sampai mati sekalipun..tapi aku tau, hidup aku bukan hanya untuk aku..aku masih ada mak ayah..dia pun suh aku pikir banyak kali, jangan hampakan mak ayah yg mengharap aku berkahwin dah idup bahgia..

so what is my next step? aku masih tak tau..sbb aku masih tak sanggup pisah dgn dia, aku masih tak sedia nak lupakan dia..setiap hari aku dgr suara dia, mana mampu tiba2 aku nak buang dia sekelip mata kan?

Aku cuma mampu berharap agar Tuhan tunjukkan jalan yg terbaik buatku..dan aku berdoa agar Tuhan lembutkan hati dia agar melupakan kisah yg lalu, agar memaafkan segala yg pernah terjadi, agar melupakan segala amarah dia terhadap makhluk bernama perempuan..selagi dia tak dapat maafkan apa yg pernah terjadi, selagi itu dia takkan tenang...aku mahu dia bahagia, walaupun bukan dengan aku..

hukhuk abang..syg syg sgt kat abg..

Tuhan, tolonglah....

Wednesday, October 17, 2012

Pekung Di Dada

Lepas berkawan dan konon2 sibuk berchenta la sangat, sampai aku tak sempat nak hapdet seruan kat sini, akhirnya terbuka la segala hijab rahsia pakcik itu. btw, the rahsia fact doesnot matter, the matter is, kenapakah dia perlu menipu aku sebegitu?? aku tak nampak faedahnya dimana-mana...

okeh, rahsia beliau berjaya aku bongkar setelah 3 minggu aku tersadai kat penang nih..sambil nyelam minum ayaq ye dok? walaupun ini cuma sebahgian dari rahsia kisah lampau, tp sedikit sebanyak beri kesan juga terhadap penerimaan aku pada dia...yg anehnya, aku rasa aku tak benci dia langsung, mungkin sebab dah terbiasa dgn penipuan2 hampeh beliau..cheitt nampak sangat asik kena tipu kannnnn..hukhuk

siapa sangka muka penjenayah cam dia rupanya pernah berkahwin, dan ada tiga org anak..dan dia tak mau mengaku until now!!! aduduh guaner aku nak kasi dia ngaku...dia kata jgn main cakap jer, sila tunjuk bukti...tahik betul pakcik ni..okeh aku try nak pi skodeng dia pagi ni..sbb dia kuar pi keje awal gila, 6:30 mesti dah kelam kelibut nak gi keje...umpama ayah yg bertanggungjawab menghantar anak2 ke sekolah..dan itu yg aku suspek selama ni, bhwa dia kuar awal gi keje sbb nak anta seseorg ke sesuatu tempat ! mula2 aku ingat dia gi anto awek ke hape ke, rupa2nya anak! omg, ini baru sekadar andaian...aku lum gi intip lagi..huhuh.Tapi camana ngan rahsia2 lain? aku takda masa nak siasat...bila bersoal jawab, lagi tambah penipuan ader la...fedup fedup fedup

tapi masalah ngan server bengong ni masih belum recover until now...caner aku nak gi menyiasat sat gi nihhhhh..


Tuhan terlalu mengasihani aku
Walau telah banyak dosa aku padaNya,
Dia tetap masih menunjukkan aku segala kebenaran,
masih tetap menghulurkan pertolongan..
Ya Allah, terima kasih...
Moga Kau lapangkan segala jalan kebaikan buatku..

Thursday, September 22, 2011

Fixed Deposit

hahahhahahahha
hahhahahahhaha
hahahhahahhaha

okeh cukup lah gelakkan diri sendiri

Alkisah, bulan lepas aku gi wat fixed deposit (FD) kat BSN. Konon2 tertariklah dengan iklan 3.5% keuntungan tu. Aku mati-mati hengatkan 3.5% per month, rupa2nya per annum. Masa aku tanya kakak BSN tu, dia macam takmo citer je cara pengiraan keuntungan. tanya punya tanya, aku pun buat-buat paham, then aku pun letaklah RM10k. Dengan harapan, duit tu akan beranak RM 350 sebulan. Huahuahua.

Cukup sebulan i.e. semalam, aku pun beria-ia la meredah hujan lebat ke BSN Putrajaya dengan hati yang berbunga-bunga untuk kutip keuntungan RM350 tu, dan nak renew sijil FD tu. Untung2 next month dapat lagi RM350. Elok sampai kat kaunter, aku cakap kat kakak tu, nak kuarkan keuntungan je sebab nak pakai duit. Dia pun tanya aku, hari tu letak RM10k je kan, nak pakai duit berapa?? Aku pun heran nape dia cakap cenggitu. Kan aku untung RM350?? Sembang punya sembang, rupanya pengiraan dia kena bahagi dengan 12 bulan, Chaitttt...aku terpedaya nampaknye. Itulah, nak cepat kaya je pikir. Hambik kau, dapat RM25.50 jer tadi. Segan punya pasal, aku cakap nak keluarkan semua lah. haha.....sib bek takder orang kat BSN tadi. Kalo tak mau kena gelak ramai2 dengan kebengongan aku ni. Akak tu pun pujuk lah suh aku tinggalkan RM5k lam FD. Huh, takde maknanya aku nak simpan lam FD lagik. jauh nau beza untung dia ngan ASB.  Baik aku simpan lam ASB jer. Depan dia jugak aku wat kira2, aku pun cakap, SIMPAN LAM ASB LAGI UNTUNG KAK....ngeh ngeh.

Maklumlah tak pernah wat menda tu, tanya 2-3 orang jer, sume kata fixed deposit lebih untung dari ASB. Aku terpedaya...........Papa aku je cakap, kalo kakak simpan RM10k, nanti bulan2 dapat lebih kurang RM30 jer. Aku punya la tak caya, aku cakap nape RM30 lak, bukan RM300 ker?? Papa kata dia lupa camner pengiraan tu. Tu lah, melawan cakap orang tua lagi, kan dah malu. Malu malu malu :(
Im sorry dear papa. I lup U.



Ilmu itu penting

Sunday, September 11, 2011

apa beza cinta dan sayang?

Camana nak bezakan rasa cinta dan sayang?
camana nak tau yang kita sebenarnya cuma sayang je, tapi tak cintakan dia?
ya, aku konpius. sebab aku rasa lum mampu cintakan orang lain.
tapi aku cakap sayangkan dia, walopun sebenarnye aku tak tau  betul ke tak apa yg aku cakap tu.
bila sehari tak dengar suara, mula la tak tentu arah. tapi masuk hari kedua, aku dah tak kesah...hahaha
ke aku cuma sukakan dia je, tak sayang dan tak cinta?
ekekeke nasib ler pakcik...
tapi aku suka dengar dia membebel :D



Tunjukkan aku jalan yg Engkau redhai~

Tuesday, July 19, 2011

nickname

sebelah sharmila tu sapa nama?

SITI!!!

siot tol budak-budak ni. tak padan ngan umo nak cecah 30-an, ada ke main-main ngan trainer masa trainer tanya nama aku. tak sempat aku jawap, diorang dah kasi nama baru kat aku. dah la SITI pulop tu. sudahnya, sampai seminggu trainer duk panggil aku siti sampai dia tengok balik list nama, rupanye takde siti in the list..kuang kuang kuang..

yang aku pulak sengal, pi melayan je bila dia panggil siti. hahah. trainer sporting, trainee sporting, ok la tu kan. arini trainer banje makan cis kek sikretrespi. rasuah ke hape ni untuk dapat high mark for her evaluation? yeah la, mana taknya, cara dia mengajar sangat laaaaa tak best. yang best cuma bila dia cerita tentang kehidupan dia, pengalaman travel sana sini, pengalaman itu, pengalaman ini. tapi bab mengajar, out! hihi kata kat orang memang best, cuba aku jadi trainer, memang super out la! susah ooo mengajar.

apa pun, best ke tak best ke, training dah nak abis lagi dua hari. masuk opis kamis ni, banyak la issue menanti :(



Tuhan, aku masih kuat keranaMu
maka janganlah Kau tinggalkan aku

Sunday, July 17, 2011

kawen kontrak

kalo ada orang ajak korang kawen kontrak, korang terima tak?
gila tak kalo aku kata aku terima?

kontraknya termasuk la perkara-perkara seperti:
-jadi penjaga amanah ke atas duit yang berjuta2, mungkin berbilion selama setahun
-kawen untuk setahun je (means takleh berpisah untuk setahun), kalo dah terjatuh cinta baru leh sambung. kalo tak, cerai.
-kena bagi anak sorang, tapi buat anak secara medical. tabung uji ke, permanian berhadas ke etc.
-anak tu kena bagi kat lelaki tu bila dia dah besar.

benefit yang akan diberikan:
-RM 2 juta selepas bercerai
-dalam tempoh setahun perkahwinan tu aku leh belanjakan harta dia sebanyak mana yang aku nak
-dia nak belikan aku ferrari + civic type-R pujaan hatiku
-bawak family aku gi umrah+haji
-teman dia melancong seluruh dunia
-dia setup kan bisnes untuk aku
-leh benti keje TM<---ni yang paling aku nak wat masa ni
-dia support untuk gi mayfair, buang lemak
-banyak lagilah...sumenye berkaitan dengan duit yg aku tak mampu adakan buat masa skrg

yes....ini memang keje gila kalo aku terima...mujur tak jadi..
lagipun dalam situasi aku ni, kawen kontrak jatuh hukum haram...korang tanya la pakcik google untuk maklumat lanjut yer.

p/s: hidup jangan tamak, Allah beri apa yang kita perlukan..bukan semua yang kita mahukan tu baik untuk kita..okeh 


mujur Allah masih memelihara aku
luv u Allah

Friday, July 8, 2011

Roda hidup

hidup ini umpama roda, kejap di atas, kejap di bawah.
masalahnya, kenapakah roda hidup aku sentiasa memutarkan menda yang sama setiap kali berada di atas atau di bawah?
ohhhh bilakah nak ada modal untuk kerja sendiri ni?
i dah bosan makan gaji TM yang sikit. bukan tak bersyukur, tapi kije yang berlambak tu tak padan dengan balasan. mujur kadang2 tu ikhlas je buat kije. hahaha kadang2 okeh!
masalahnye di sini, yang berlambak tu adalah kije yang tak perlu dibuat pun, sekadar nak menyusahkan proses kije je.
contohnye: ISO procedure, security policy, reports yg tah ape2, QP, WI, etc etc etc.
dah tu tak abis-abis dengan software patch.
huawei punya equipment ni macam barang recycle yang kualitinya amat rendah.
sikit-sikit nak jahanam, lantas menjahanamkan masa tidur ku



someone, please take me away from here
dengan izin Tuhanku