Monday, January 3, 2011

Semangat yang hilang

Assalamualaikum..

Buat kesekian kalinya aku memonteng keje ari nih. Sepatutnya hari pertama bekerja di tahun baru ni perlula disusuli dengan semangat baru. Tapi tidak aku. Segala yang aku rancang sebelum menjelang tahun baru tak terlaksana, lantas mengheret aku ke kancah kemalasan ke ofis hari nih. Bukan ape, kerja-kerja tahun lepas masih banyak tergendala, folder-folder aku berserakan di dua-tiga laptop dan PC. Aku hampir tak terurus. Walaupun aku dah rancang cuti seminggu yang lalu aku nak organize smula kerja-kerja yang lama, tapi cuma tinggal angan-angan. Aku amat tidak suka dengan mood sekarang ni. Dimana aku yang rajin n well-organized dulu? Adakah perasaan baru itu membuat aku terlalai? Apapun janganlah sampai aku terlalai dari mengingatiNya.

Alang-alang dah monteng dengan alasan sakit perut, aku settlekan keje-keje di rumah yang tertangguh akibat berpeleseran ujung minggu lalu. Basuh baju, gosok baju, tampal roadtax (plg benci sebab yg lama susah nak tanggal), kemas rumah, habiskan makanan yg lama...huhu. Yang paling takleh blah aku buat arini adalah jadi penunggu kat pejabat pos. Dua jam lebih duk tunggu giliran semata-mata nak anta parcel untuk yang tersayang nun jauh di mata. Punya la ramai umat manusia kat pejabat pos tu. Aku kne tunggu lebih dari seratus giliran baru sampai turn aku. kohkohkoh. First time aku tunggu bapak punya lama kat post office.

aku yg kaler pepel tu kot. sib bek bukan kne bratur camnih huhu.


Moga esok lebih baik dari hari ni. Encik Malas, sila jauhi aku!!


MyDear, aku tidak ingin mencintaimu sebelum waktunya.
Tapi bolehkah perasaan itu dihalang?
Atau aku sekadar menipu diri sendiri..

2 comments:

  1. salam

    bila semangat hilang smeua kerja tak jadi kan :D

    ReplyDelete
  2. wsalam..

    semangat dtg dan pergi. tak reti duk diam ke smgt ni huhehe

    ReplyDelete