Monday, July 26, 2010

Malam Nisfu Syaaban

Malam ni nak baca surah Yaasin 3 kali..
Mampu ke aku?
Slalunye baca sekali pun dh nguap2 kat ujung2 bacaan..
Moga Allah beri aku kekuatan utk baca 3 kali Yaasin mlm nie..

Aku tgh tgu waktu b'buka (ganti posa hehehe), mandi pun belum nie.
Balik kije td terus terlelap, sib bek terjaga balik utk solat asar..ish2..

Berbuka apa mlm nie..?
Tak tau ler..
Makan taufufa kemarin, goreng spicy drummet, masak telo sambal and nasik putih..jadi laa

Ingat nak mandi dlu, hosmet lak tgh mandi tu..
So mari berbuka dulu..
Tima kasse liza utk tazkirah bwh nie..good info for me =)

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. 
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib) 
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr. Saiyidatina Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Iman Al Baihaqi r.a: 
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, 

"Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri." 
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki” 

Malam Nifsu Syaaban juga dikatakan malam pembahagian rezeki dan penentu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia untuk tempoh setahun ini (dari Syaaban ini ke Syaaban tahun hadapan). 

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban: 

1. Selepas solat maghrib (26 JULAI 2010) 
Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat : 
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x 
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x 

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya 
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah 
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah 
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik…. 

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x 
Baca doa nisfu Sya’aban (ada didalam Yasin Majmuk) 
“ Ya Allah, apabila Engkau mencatat namaku sebagai orang yang celaka, Engkau catat di dalam buku catatan celaka, maka padamlah dan catatlah dalam buku catatan orang yang berbahagia dan apabila Engkau mencatatkan namaku sebagai orang yang berbahagia, di dalam buku catatan bahagia, maka tetapkanlah. Maka sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam Kitab-Mu yang mulia. Allah menghapus dosa-dosa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa-apa yang Dia kehendaki dan disisi-Nya ada kitab yang mulia (Kitab Al-Quran) Al-Hadis." 

3. Baca surah ikhlas 1000x 

4. Berpuasa pada siangnya (Selasa) 

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. 
Antaranya yg termasyhur adalah: 
1. Malam Dimustajabkan Doa 
2. Malam Pembahagian Takdir 
3. Malam Rahmat 
4. Malam Berkat 
5. Malam Pengampunan (Taubat) 
6. Malam Penebusan 
7. Malam Syafaat 
8. Malam Penulisan 
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan 
10. Malam Rezeki 
11. Malam Hari Raya Para Malaikat 
12. Malam Penghidupan 

Antara kelebihan bulan Sya’aban: 
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga. 
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya , adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya , adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. 

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita. 

Wallahua’alam 

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA’ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN… NAUZUBILLAMINZALIK… 



Teringat lak, besenye ibu akan kol aku utk ingatkan yg kne posa utk nisfu syaaban..
I'm wondering..adakah ibu akan kol malam nie....

1 comment:

  1. aku berjaya abiskan 3 kali Yaasin dgn tidak terburu2..Alhamdulillah Allah perkenankan permintaan pertama ku...

    disebabkan ibu tak kol, maka tahun ni aku le kne kol bertanyakan posa ke tak esok..hehehe

    ReplyDelete