Tuesday, October 19, 2010

Demam :(

Training separuh hari je sebab cikgu (trainer) abiskan modul dengan pantas dan cergas. Tima kaseh cikgu. Macam memahami je aku yang tak berdaya hari ni. Bangun pagi tadi rasa tekak ni perit sangat, on the way ke TMTC lak aku mula diserang selsema. Kepala pun mula berdenyut-denyut, pening pun ada. Nasib baik hari ni turn Sha pulak drive. Sampai kat kelas tadi, cikgu dah mula mengajar, menandakan yang kami bertiga (aku, Ain n Sha) dah terlewat. Mane tak lewat, pergi melantak dulu dengan selambanya. Lebih baik lewat sikit daripada disapa oleh encik gastrik kan. Aku n Sha dah serik kena tegur ngan encik gastrik tu.

Abis je kelas tengahari tadi, kami pergi makan ikan bakar nearby istana. Ikan bakar kat situ sedap dan murah. Mujur orang tak ramai hari ni. Ataupun kami yang terlewat makan tengahari? Yang nyata, ikan bakar dan pencicahnya maintain sedap dari tahun lepas sampai le sekarang. Gerai pilihan kami ialah Seri Melaka. Tahun lepas masa aku keje kat KL, selalu la jugak singgah situ makan. Bukan macam asam pedas kat Titiwangsa semalam, dah tak sama cam dulu. Kuah cair, daging tak empuk, tapi harga dah naik. Mungkin resipi asal dia hilang kut, jatuh lam periuk asam pedas tu lantas ditelan oleh orang ramai. (bersangka baik ke buruk ni??) 
Demam pun, aku tetap berselera menikmati ikan bakar ni..this pic kredit to Pinky

Sampai rumah dekat kul 3pm jugak, sebab on the way balik tu, Sha tersilap masuk simpang, maka tak pasal-pasal kena pusing satu KL untuk kembali ke pangkal jalan. Tetiba aku teringat ibu pesan suruh pi hantar tempah baju kurung yang dia kirim kat aku hari tu. Cepat-cepat aku selongkar purse cari nombo tepon tailor yang aku amik kat bawah ari tu. Dengan malasnye, aku pun kol la kak Ieza (tailor) tu. Nasib rumah dia rupanya sama blok je ngan umah aku, cuma dia kat sebelah sana, aku kat belah sini. Baju ibu sepasang je nak tempah, baju aku ada enam pasang. Tapi aku hantar dua pasang dulu kat kak Ieza, kalo sedap dia buat, aku anta lagi yang lain. Cuma yang tak best, dia cuma reti buat baju kurung biasa, kurung riau dan kurung pahang je. Aku baru tau yang kurung pahang dan kurung riau tu tak sama rupanya pattern dia. Tapi aku tengok cam sama je. So untuk ibu, kurung biasa. Untuk aku, satu biasa, satu riau. Harap-harap elok la jahitan dia. Mati ar aku kalo baju ibu tu tak enak dipakai. Mesti kena bebel panjang nanti huhuh.

Hujan lebat gila petang tadi, nasib baju yang aku sidai kat balkoni tak kena tempias hujan. Sambil rehat-rehatkan badan yang tak berapa sehat, aku kukus ubi kentang sebijik untuk tepek kat muka. Tetiba aku terlelap. Bila aku terjaga je, teringat kentang yang dikukus. Err sampai kering air lam periuk tu dah. Kentang aku lak dah hangus bersama mangkuk besi lam periuk tu. Adoi nasib baik tak meletup periuk tu. Tu la, tengah memasak jangan gatal2 gi baring. Kan dah terlelap. Bahaya tul. Aku cuba menyelamatkan sebahagian isi kentang yang masih lum hangus. Dapat la sesudu besar untuk wat mask. :D

Malasnye nak makan ubat.. MC je la esok buleh tak. Encik demam, jangan pergi dulu k. Kita jumpa dokte dulu esok k. Pastu baru encik demam boleh pergi. :D



Logik ke perempuan jadi bestfren lelaki?
Aku pernah melaluinya, dan ianya tak logik.
Kalo bukan aku yg jatuh hati, mesti lelaki tu pulak yg ada feeling,
Tak pernah berjalan lancar sebagai sahabat baik SAHAJA.

2 comments:

  1. Ianya bertambah tak logik bila besfren boleh ckp "syg awk" di malam hari..? untuk skali, then okey, mungkinlah sbb tersasul..kalau berkali-kali..? hehe..abaikan n mulakan semuanya dengan baru..yg lepas, lupakan..

    ReplyDelete
  2. itula.. mengaku bestfren, tapi bicara tak macam seorang kawan.. pompuan hatinye lembut, mudah je terpengaruh dgn bicara indah..salah pompuan ke bila kita jatuh hati dgn fake statement lelaki tu? tolong la jgn main2 wahai lelaki, jgn sampai pompuan mempermainkan kamu pula :D

    ReplyDelete