Saturday, August 28, 2010

Lapanblas Ramadhan

Akhirnya, petang tadi dapat sms dari Nur punya bos, mengesahkan yang penerbangan kami ke negara asal vendor ditetapkan pada 29hb ogos 2010 jam 0955H..perjalanan sok: Puchong-KLIA-Guangzhou-Xi'an.. terpaksa la juga aku menempuh perjalanan yang memberatkan hati di hujung ramadhan nie.. masa dapat sms tu, aku kat ioi mall, cari si pengurup wang berlesen ler.. akhirnye dapat gak aku tukar duit.. aku amik 1000yuan (chinese renminbi) dgn bayaran rm475..mula2 aku gi cari si pengurup kat tesco puchong, tapi takde, then kuatkan semangat (sbb sorg2, malas le nak merayau) pegi kat ioi mall.. pusing2 jap lam ioi tu 5minit, tak jumpa2 kaunter si pengurup..last2 gi kat kaunter info, tanya je trus akak yang keje kat ctu..senang cita..di pun kasi la direction.. "adik jalan terus, nanti nampak fitness first, money changer tu kat depan dia je.." owh...tima kasih kak sbb panggil saya adik..padahal aku rasa akak tu baya2 aku je..hahaha rasa muda sebentar =)

sbelum merayau cari si pengurup tadi, aku gi isi minyak kete kat meranti jaya..alang2 singgah tu aku teringat nak bli bateri kamera.. chargeable battery aku dah rosak, so bli pakai buang punya bateri je la..pas bayar bateri n minyak kat kaunter, si gadis petronas tu kasi satu form peraduan pe tah untuk di isi..dia kate pas isi masuk lam tabung kat luar tu..aku tgk ada soklan kne jawab..aku pun tanya la, pe jawapan nih?? dengan rela hati si gadis itu jawabkan soklan tu untuk aku..hahaha padahal soklan senang je.. tapi sbb pikiran yg serabut masa tu, aku blur..ngeee~ sib bek rakyat mesia ni murah hati dan suka tolong menolong..heheh

balik dari ioi tadi, aku singgah beli makanan kat atas bukit belakang umah sewa aku ni..malas masak sbb makan sorg je..Ain pi berbuka ngan boypren.. aku bli lauk, air n murtabak.. balik masak nasik je.. jap gi nak sambung makan lagi..hehehe then aku nak prepare info2 yg rasa2 leh diguna pakai untuk counter attack kat sana nanti (saje je kut2 kena fire ngan vendor..haha)..kne tido awal kut..harap2 perjalanan pergi dan balik takde masalah..moga sume yg aku bawak ni cukup untuk menampung keperluan di sana..pemergian aku dah diberitahu pada parents, bos, housemate, ayu dan Z.. tu je kot.. yg lain2 tu nanti ada la tukang sebarnye..heheee takpe gi seminggu je, bukan lama pun..



"Z nanti rindu mcm mane na.."
syahdu je aku rasa bila dia ckp camtu..
aku cuma leh cakap, "doa byk2 untuk na bila Z rindu k.."

16 & 17 Ramadhan

Khamis....
tak sempat nak update sbb siangnye aku sebok kat testbed untuk test new patch for igwb..asik2 dapat patch baru..asik2 muka aku kena turun..kang org len jeles camne..hikhik..pastu petang gi buka posa kat tmn warisan, presint 16.. sambil mkn gossip2 ngan Dila n Ain..ader ke patut gosip2 bulan posa..ish ish..kat ctu kitorang makan sate, roti john, ngan nasik goreng ikan masin, sepinggan dikongsi tiga org..hahaha tu pun tak abis..dah tak bese mkn byk..perut dah mengecik..Pas makan aku ngan Ain pi Mydin kat presint 15, beli mende2 yang aku rasa perlu untuk bawak ke negeri negara orang..yg penting mesti bawak megi n milo..takut aku tak lalu makan makanan kat sane..thanks Ain, sentiasa rela menemani aku..nak wat camne, ada boypren ditinggal2kan..hahaha..terpaksa la menumpang kasih sahabat dan boypren sahabat.. :)

Pe yang kitorang gosipkan tadi? Al-kisahnye, nomination untuk ke oversea for work visit seperti yang telah dicanangkan sblm2 ni, telah ditukar oleh pihak atasan..memang giler dengki..as the result, Dila tak pat gi, dan digantikan dgn another manager yang memang tak penah ikut langsung citer upgrading ims yg telah berjalan sebulan yg lalu tu..satu2nye insan yg beri full commitment dari pihak operation i.e. Dila, telah dikeluarkan dari pemilihan untuk upgrading retest kat test lab HQ vendor..ni la konspirasi dan politikus pihak2 berkuasa lam company nie..suke2 diorang je mengguriskan harapan insan yang lemah..apa citaa...aku yang tak mo pegi ni, memang terpaksa jugak pegi..sebab aku handle mende len, dan tak ramai yang tau tentang part aku ni..padahal aku bukan reti sangat..buat2 reti je..hehuu...

Jumaat....
hari yang menarik..hehe..sebab arini cuti nuzul Al-Quran, Selangor cuti am.. aku amik kesempatan ni pi shoping baju raya kat kl..kalo tak pi arini, takde masa dah aku nak shoping..gara2 kena pi oversea tu ler..oversea konon..cess..dun like! So tadi, aku, Ain n Mira park kat bukit jalil (park kancil merah mira) then amik STAR LRT dari bukit jalil turun kat masjid jamek..kami ronda2 sepanjang jalan masjid india sampai le ke sogo..kat sogo amik tren balik ke bukit jalil semula..hangus gak rm300 aku tadi.. dapatla dua helai kurung pahang english cotton, dua lai tudung bawal, 4 lai selendang untuk adik2..untuk ibu n papa, aku buntu tak tau nak bli ape..nanti la..

sampai umah lam kul 3ptg, lepak2 dgr lagu sambil try2 baju baru..then saje amik gamba baju rayer aku, send mms kat Z..hikhik..gatai.. sian Z kena keje pagi raya nanti..takpa nanti aku kasi dia beskut raya untuk insan yang bekerja di pagi raya..huhu...baru nak rilek, nak pejam mata sat, tetiba Nur call, kasi tau brita yang aku takmo dgr, bahawasanye, kita dah dapat kelulusan untuk pergi ke negara org tu..adei..tapi yang peningnye, si vendor baru cancelkan tiket penerbangan pagi sok..so skang diorang tengah try untuk dapatkan balik tiket esok..pe punya planning daa...jap nak gi, jap tak jadi gi..yang susahnye org bawahan ni la..dah macam ahli bomba, kena ready anytime, dapat call je, terus siap2 kena gi..ngee~

pe lagi, pas dpt je perkabaran tak indah tu, terpaksa la aku packing pe yang patut.. then malam tadi kuar pi cari money changer kat jusco equine, nak tukar duit, tapi currency negara itu telah habesssss...nampaknye kena settlekan kat airport la nanti..then singgah opis sat print checklist untuk testing nanti..kalo nak refer laptop je, leceh la..aku taip dah la hegeh2..hahaha.. tima kasse pada Ain n boypren ain sebab sudi temani aku untuk urusan arini..walopun ain tengah tak sehat, 2-3 hari ni dia demam malam, dia still sanggup teman aku.. sebelum gi jusco tu singgah klinik dulu sbb ain nk amik ubat, dokte siap suspek ain kena denggi lagik..bahaye lor..moga dia cepat sembuh dan dijauhkan dari segala musibah..amin~

hingga ke saat ini, masih tiada kabar tentang pemergian aku sok..adei...need to sleep..lantak la pe nak jadi sok..just go with the flow~


Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)." (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil danal-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
 
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

*******************

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: 
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! "- (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

 *******************
Kesimpulan     
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. 

******************** 

credit to: http://nurulhudajumri.blogspot.com/




gonna miss him :(

Thursday, August 26, 2010

Limabelas Ramadhan

Alhamdulillah..separuh Ramadhan telah berlalu dgn jayanye..tapi aku kurang berpuas hati dgn pencapaian diri sendiri dalam beribadah di bulan yg mulia ni..ruginye...rugiiiii sangat.. kerja2 yg meletihkan di siang hari menyebabkan aku memonteng pergi terawih..adeh (T_T)

Pagi sampai petang tadi, aku kat test bed lagi..ari ni test patch baru untuk media gateway pulak.. macam bese, software yang dibekalkan oleh vendor mesti ada something wrong.. tak semua problem dapat diselesaikan oleh patch baru tu, maka atas arahan aku, rollback semula ke patch yang lama..hikhikhik.. ape pun kena tunggu feedback dari RnD berkenaan masalah yg terjadi dan tunggu reaksi pihak atasan sama ada nak teruskan atau tak patch baru ni..aku takde kuase menentukan ape..saya yang menurut perintah~

Petang tadi buka posa simple2 je..ingat nak beli lauk, tapi leh pulak gi keje tak bawak purse..sib bek takde polis tahan mintak lesen ke ape.. gi kedai bli tepung utk wat cucur pisang pun hasil penggeledahan saki baki duit tol lam kete..hehehe nyanyuk sudaa, purse pun leh tinggal~

Ain demam, so terpaksa la wat cucur sdn bhd..tak pat manja2 ngan ain..aku pun letih sgt..pas isya' tertido..bgn jap ni sbb t'igt nak update report..nak tido balik~


aku takde perasaan kah?

Wednesday, August 25, 2010

14 Ramadhan

Salam..

Seawal pagi, tatkala suasana pun belum terang-terang tanah, aku dah sampai di cyberjaya. jemput shasha kat depan opis, sebab nak gi putrajaya wat passport.."thanks sha sebab sudi temankan na.. walaupun na ingat sha nak wat passport jugak, sbb tu sha sudi ikut, rupanye walopon sha tak jadi wat passport tadi, sha still temankan na..terharu..dah la kena kuar umah pagi2 buta.. lagi satu, thanks a lot sbb sha sudi pinjamkan kredit kad untuk kegunaan na waktu kecemasan nanti.." Allah.. trima kasih kerana kurniakan aku sahabat2 yg baik hati.. walopun sha tu bukan seagama, kadang2 dia lebih memahami dan mempercayai aku.. 

Biasanye, org gi wat passport kat putrajaya ni mesti gi presint 2, tapi dila cakap kat sana ramai, kne gi beratur awal pagi amik borang, amik nombor..tu pun mau setengah hari baru siap.. disebabkan ayah dila keje kat sane, dia pun tolong usha2 tempat lain.. petang smlm dila sms gitau yg kawan kpd ayah dia cakap kat presint 15 leh buat gak..sejam leh siap.. ngee...tima kasih sangat2 pada dila n ayahnye n kwn ayahnye.. baik sungguh.. 

ini bukan aku punya passport..ngeee
Sampai presint 15 lam kul 7.30am, pusing punye pusing cari bangunan Chancery tu, akhirnye jumpe.. bayar parking berkupon tu utk 2jam, then masuk lam bangunan tu..sunyi sepi..nampak la sorg dua menuju ke arah jbtn imegresen tu, aku pikir kitorang ni dah lambat, mesti kena beratur ni..skali sampai depan tu, ehh takde org pun...aku la org pertama yg anta borang n dapat nombor giliran pertama utk hari tu 1001. hehehe bestnyer tempat ni... tak penah aku gi wat urusan kat pejabat kerajaan tanpa menunggu lama..ni first time gi tempat yg takde org.. tengok pegawai2 kat citu sume wat keje lemah gemalai je ...kang kalo dia wat keje laju2, ngan takde customernye, kang diorang takde keje lak kan..sonoknye kalo aku leh join tempat tu..heheh

Dalam kul 8 camtu dah siap cap2 jari n wat bayaran, then lagi sejam datang balik utk kutip buku passport tu...tapi tak sampai sejam pun, 8:40 camtu dah leh amik..masa kat kaunter kutipan tu, org imegresen tu perasan aku pakai paskad company aku, aku pun sengal tak cabut paskad tu..tak pasan.. kan dah tak pasal2 kena tanya soklan yg aku pun tak sure pe jawapannye.. dia tanye, "cik, kalo kabel tepon kena curi nak report kat sape ek? kitorang dah report kat byk tempat, tapi diorang asik suh pi tempat len je.." err apekah......aku pun tak tau weh....hahhaha aku cuba memberikan jawapan2 yg bernas, moga cadangan yg aku bg tu terlaksana dgn jayanye..kalo tak, maafkan la saya yg tak tau tentang itu...

Pas balik opis, aku try survey2 mane bank yg leh approve n kasi kad kredit lam satu hari..hanya cimb je offer, tapi tawaran telah ditutup..hahaha maknenye takde satu bank pun yg leh tolong aku yg terdesak ni..tu la, dah nak pakai baru nak buat.. tapi aku mmg takmo pakai..takottt..aku ni boros le jugak.. lam kul 10 lebey, aku  pun gerak la pi kl anto passport kat person in charge untuk wat visa lak..kat sane, try la gosip2 kot2 diorang tau biler kena pegi..tapi hampes, sorang pun tak tau..rumors je yg ada..pastu gi jumpa ayu jap, meluahkan perasaan dan kekusutan..pastu kul 2 aku dah sampai cyber balik..

Petang tadi balik trus landing atas tilam yg empuk ni sbb kepenatan.. nasib dh beli lauk siap2 kat kl tadi, tinggal nak masak nasik je..ain takde pi buka posa ngan bf dia, so sorang2 memang malas le aku nak masak..
Ngantuk ah..nak tido dah ~~


tau pun aku marah atas kesenyapan itu
nasib paham, kalo tak......
aku pun x tau pe nk buat huuuu

Monday, August 23, 2010

13 Ramadhan

Aku kusut... memang betul kena pi outstation.. cuma tarikh lum tentu..but by this week la.. aku nye persiapan? rase nak gi selai sepinggang je, cam pendatang haram.. takde pasport, visa, mahupun kad kredit.. leh ke aku settlekan sume sok? hope so..

Nak makan cekodok pisang... pisang dah bli, siap lenyek dah... skali tepung abis.. raser nak nangis je tgk bekas tepung yg kosong.. adeiiii malas nak pi kedai lagi, sok2 je la...

ape lagi nak citer...takde mood...kepale pun saket.. blogwalking sat


aku tak mau pegiiiiiiiiiii

Sunday, August 22, 2010

Duabelas Ramadhan

Ahad kedua berpuasa.. sepatutnya malam ni berbuka kat KGPA, tapi memikirkan wang lam bank yg tinggal beberapa hinggit je tu, ditambah pula ngan Ain yg tak jadi pi sama, aku pun turut membatalkan perancangan nak berbuka kat kelab golf tu.. huhhh jimat sket.. kalo tak melayang dah rm53 malam ni, banyak mane sangat aku leh makan, tak berbaloi ngan rm53 tu..bazirrrrr

tadi petang masak ikan cencaru sambal ngan terung goreng cili api.. tu je dah cukup wat kami kenyang.. takyah buffet2 kalo makan sepinggan nasik, sepotong ikan dah cukup mengenyangkan..

petang tadi calling2 ngan papa, asik putus je.. network tak bagus kat area umah aku ni..kalo time ujan, lagi la toksah.. aku ingat nak pi komplen la kat celcom..komplen membina, bukan nak marah2.. so diorang akan tau la kat area ni line kureng.. padahal bukan kampung sangat pun.. lokasi aku ni bersempadan ngan puchong, cyberjaya, putrajaya, seri kembangan, bukan duk lam hutan pun.. xtau la nape service kurang memuaskan..

esok dah keje, azam aku untuk siapkan keje2 yg terbengkalai minggu ni tak terlaksana.. apekan daya, tidur itu lebih enak.. hihihi.. kalo tak tido layan adnan sempit the series sampai 19 episod, tu pun lum abis lagi.. pastu layan movie2 len lagi.. ape nak jadi aku ni...

For gaza....

Allah...tunjukkanlah kekuasaanMu.. hapuskan makhluk yg biadap itu


masing2 dah pandai mengungkapkan rindu
tapi realitinya, benar2 merindukah?
aku sendiri tidak pasti...

11 Ramadhan

ujung minggu adalah hari untuk aku menguruskan rumah tangga..eceh rumah tangga la pulak..rumah je la.. ari ni tak le bgn awal sgt, tapi takleh tdo lame2 la bulan posa..makruh..lagipun ada jiran renovate umah, kul 9 pagi dah bingit dengar bunyi drill.. adei... bese le, duk umah flat.. org umah sebelah bersin pun leh dgr..

dah lame tak main the sims..leh buat umah idaman..hehe
btw, umah sewa aku skang ni, takde lam google maps mahupun gps..harharhar
last skali aku duk umah flat masa student dulu.. tu pun first time duk luar after 3 years duk hostel.. masa tu jahil lagi, tak pandai cari umah.. men hentam je la amik umah flat sbb pikir murah je.. rupenye byk lagi umah best2 yg lagi murah.. lepas kisah mengerikan terjadi kat umah flat tu, aku dan rakan2 pindah umah len.. umah teres fully furnished lagi.. aku serik sebenarnye duk umah flat sbb sangat tak best.. nape ye tak best? sbb kete/moto tak leh park depan umah, nak buang sampah kne turun gi kat tong besar yg disediakan, limited space untuk sidai baju, takleh basuh kete depan umah, bising (org atas bukak pintu bilik pun leh dgr..) tapi kadang2 best pulak especially masa aku duk kat umah sewa skang ni.. kenal jiran2, so kalo ada pape hal senang mintak tolong..kadang2 jiran kasi makanan..heheh tapi takde la best sgt pun sbenarnye.. aku still prefer duk umah yg bukan tinggi2 n takde halaman ni.. nape ye aku pilih duk umah flat skang? sbb tak jumpe umah yg murah untuk duduk berdua je..hikhik.. aku dh malas nak duk ngan org yg tak dikenali.. byk pengalaman yg tak berapa best..

aktiviti ari ni hanya lah berulang-alik lam umah je.. semalam tukang paip tu dah repair pelampung tangki, so no more water overflowing.. dah tak yah panjat2 tutup bukak air tangki.. hehe.. so tadi cuma kemas2 dapur, basuh baju, lipat kain, masak utk 'berbuka', iron baju keje utk seminggu, n skang dah terpacak depan laptop.. tadi aku selak2 emel, takde pun official email mengatekan aku kne gi outstation tu.. adoiii kne gi ke tak sbenarnye ni.. aku nak prepare ke takyah ni.. nape la bukan lepas raye mende ni.. aku serabut..serabut...


Allah...
permudahkanlah urusan hambaMu ini..