Saturday, August 28, 2010

16 & 17 Ramadhan

Khamis....
tak sempat nak update sbb siangnye aku sebok kat testbed untuk test new patch for igwb..asik2 dapat patch baru..asik2 muka aku kena turun..kang org len jeles camne..hikhik..pastu petang gi buka posa kat tmn warisan, presint 16.. sambil mkn gossip2 ngan Dila n Ain..ader ke patut gosip2 bulan posa..ish ish..kat ctu kitorang makan sate, roti john, ngan nasik goreng ikan masin, sepinggan dikongsi tiga org..hahaha tu pun tak abis..dah tak bese mkn byk..perut dah mengecik..Pas makan aku ngan Ain pi Mydin kat presint 15, beli mende2 yang aku rasa perlu untuk bawak ke negeri negara orang..yg penting mesti bawak megi n milo..takut aku tak lalu makan makanan kat sane..thanks Ain, sentiasa rela menemani aku..nak wat camne, ada boypren ditinggal2kan..hahaha..terpaksa la menumpang kasih sahabat dan boypren sahabat.. :)

Pe yang kitorang gosipkan tadi? Al-kisahnye, nomination untuk ke oversea for work visit seperti yang telah dicanangkan sblm2 ni, telah ditukar oleh pihak atasan..memang giler dengki..as the result, Dila tak pat gi, dan digantikan dgn another manager yang memang tak penah ikut langsung citer upgrading ims yg telah berjalan sebulan yg lalu tu..satu2nye insan yg beri full commitment dari pihak operation i.e. Dila, telah dikeluarkan dari pemilihan untuk upgrading retest kat test lab HQ vendor..ni la konspirasi dan politikus pihak2 berkuasa lam company nie..suke2 diorang je mengguriskan harapan insan yang lemah..apa citaa...aku yang tak mo pegi ni, memang terpaksa jugak pegi..sebab aku handle mende len, dan tak ramai yang tau tentang part aku ni..padahal aku bukan reti sangat..buat2 reti je..hehuu...

Jumaat....
hari yang menarik..hehe..sebab arini cuti nuzul Al-Quran, Selangor cuti am.. aku amik kesempatan ni pi shoping baju raya kat kl..kalo tak pi arini, takde masa dah aku nak shoping..gara2 kena pi oversea tu ler..oversea konon..cess..dun like! So tadi, aku, Ain n Mira park kat bukit jalil (park kancil merah mira) then amik STAR LRT dari bukit jalil turun kat masjid jamek..kami ronda2 sepanjang jalan masjid india sampai le ke sogo..kat sogo amik tren balik ke bukit jalil semula..hangus gak rm300 aku tadi.. dapatla dua helai kurung pahang english cotton, dua lai tudung bawal, 4 lai selendang untuk adik2..untuk ibu n papa, aku buntu tak tau nak bli ape..nanti la..

sampai umah lam kul 3ptg, lepak2 dgr lagu sambil try2 baju baru..then saje amik gamba baju rayer aku, send mms kat Z..hikhik..gatai.. sian Z kena keje pagi raya nanti..takpa nanti aku kasi dia beskut raya untuk insan yang bekerja di pagi raya..huhu...baru nak rilek, nak pejam mata sat, tetiba Nur call, kasi tau brita yang aku takmo dgr, bahawasanye, kita dah dapat kelulusan untuk pergi ke negara org tu..adei..tapi yang peningnye, si vendor baru cancelkan tiket penerbangan pagi sok..so skang diorang tengah try untuk dapatkan balik tiket esok..pe punya planning daa...jap nak gi, jap tak jadi gi..yang susahnye org bawahan ni la..dah macam ahli bomba, kena ready anytime, dapat call je, terus siap2 kena gi..ngee~

pe lagi, pas dpt je perkabaran tak indah tu, terpaksa la aku packing pe yang patut.. then malam tadi kuar pi cari money changer kat jusco equine, nak tukar duit, tapi currency negara itu telah habesssss...nampaknye kena settlekan kat airport la nanti..then singgah opis sat print checklist untuk testing nanti..kalo nak refer laptop je, leceh la..aku taip dah la hegeh2..hahaha.. tima kasse pada Ain n boypren ain sebab sudi temani aku untuk urusan arini..walopun ain tengah tak sehat, 2-3 hari ni dia demam malam, dia still sanggup teman aku.. sebelum gi jusco tu singgah klinik dulu sbb ain nk amik ubat, dokte siap suspek ain kena denggi lagik..bahaye lor..moga dia cepat sembuh dan dijauhkan dari segala musibah..amin~

hingga ke saat ini, masih tiada kabar tentang pemergian aku sok..adei...need to sleep..lantak la pe nak jadi sok..just go with the flow~


Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)." (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil danal-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
 
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

*******************

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: 
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! "- (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

 *******************
Kesimpulan     
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. 

******************** 

credit to: http://nurulhudajumri.blogspot.com/




gonna miss him :(

No comments:

Post a Comment