Monday, October 18, 2010

Dunia terang menjadi gelita

Jalan cerita di sini tiada kaitan dengan tajuk di atas. Tajuk itu terbit dari pemikiranku semata-mata kerana aku asik ulang line Shahir AF8 dalam lagu 'Di mana kan ku cari ganti' yang dinyanyikan semula beramai-ramai oleh artis-artis tanahair, sempena bulan penghargaan Astro kepada Almarhum Tan Sri P.Ramlee. Entah kenapa tiba-tiba aku jatuh hati pada suara ala-ala ustaz si Shahir tu. Uhue~ ~ ~

Semalam aku tak dapat tidur dengan nyenyak disebabkan perangai pelik aku yang sukar diatasi dari kecil hinggalah sekarang. Hasilnya, aku amat mengantuk sekali dalam kelas iCare Prime siang tadi. Kalo lah aku kat ofis tadi tu, dah lama aku gi curi-curi lena kat surau. Nasib baik tadi kena gi training. Esok ada sehari lagi training kat TMTC. Subjek lain pulak. Subjek tadi pun satu hape tak masuk lam otak. Nota pun pura-pura salin je, sekadar mengaburi mata kawan-kawan dan trainer di depan. Tak ada untungnya aku buat macam tu, tapi ape kan daya, kalo aku cuba fokus je, urat-urat mata pun mula berasa kendur lantas terpejam tanpa ku sedar. Dahsyat, tak malu ke tido lam kelas. Dari zaman skolah, masuk U, skang dah keje pun, masih nak tido lam kelas. Hehe rindunye zaman belajar.

Pergi ke TMTC siang tadi bersama Shasha. Sha park kat ofis je kete dia. Lebih kurang hampir jam 8 pagi baru kami gerak dari Cyberjaya menuju ke Jalan Gurney Kiri melalui MEX a.k.a Maju Expressway yang tolnye agak mencekik purse aku yang kian nipis iaitu RM4 sehala (Putrajaya-Jalan Tun Razak). Dulu, kete yang lalu ikut MEX tak sebanyak yang aku nampak kini. Mungkin orang ramai dah tak sanggup menempuh kesesakan, maka mereka lebih rela membayar tol yang mahal. Tapi langit tak selalunya cerah. Walau di pelusuk mana sekalipun, jalan yang menuju ke ibu kota pasti akan sesak juga. Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah, aku perlu mengekalkan tahap kesabaran pada paras optimum bagi menghadapi pelbagai kerenah manusia di jalan raya. Hohoh.

Balik dari training, aku dan Sha pergi basuh kereta kat carwash yang berdekatan dengan Old Town Cyberjaya tu. Sambil menunggu kereta siap dibasuh, aku n Sha pergi melantak kat Old Town. Makan roti bakar dia yang memang superb tu dan kopi o ais. Yummy! Lepas sejam melepak, kitorang pi intai kete, owh masih belum siap sepenuhnya. Tunggu turn untuk di vacuum pulak. Lepak lagi tepi carwash dan dihidangkan dengan air mineral oleh pekerja carwash itu. lebih kurang 15 minit, kete aku pun siap. Kete Sha lum lagi, tapi Sha suruh aku balik je dulu. Wokey! Lagipun aku memang rasa sangat penat. Tanpa memeriksa hasil kerja pekerja-pekerja warga asing tu, aku bayar RM11 dan terus blah je sesudah mengucapkan terima kasih. Sampai parking kat rumah, aku tengok hasil kerja mereka memang langsung tidak memuaskan hati aku seperti sebelumnya. Haish...nampaknye aku kena hantar basuh sekali lagi esok sebab fungus yang melekat tu diorang tak hilangkan. Fungus tu terhasil akibat udara yang agak tercemar kat area umah sewa aku ni. Penuh debu dari kawasan pembinaan. Hmmm..sebelum ni boleh je diorang buat. Ada cara nak hilangkan tu, saje je diorang ni nak susahkan aku. Uhue....(T.T)

Lepas mandi petang tadi, solat, then layan cerita Chinta kat TV3. Chinta-marah pada Tuhan. Ada ke patut. Terpesong akidah si Chinta tu akibat dendam pada lelaki-lelaki yang merosakkan jiwanya. Sambil layan Chinta, aku kukus ubi kentang untuk disapu kat muka lepas Maghrib tadi. Rasa macam muka aku dah cerah sikit la..ngeee syok sendiri..lantak ler. Tapi tetiba pas Isya' tadi, aku rasa lenguh sangat kaki aku ni. Memang dah lenguh dari petang tadi, tapi ni makin kuat pulak rasa lenguh tu. Dah sapu minyak n urut sikit-sikit pun, masih tak mau hilang. Kenapa ye? Nak kata banyak berdiri atau berjalan, takde pun. Kurang minum susu ke?          



kembali seronok melayan Z
setelah hati aku kembali terima dia hanya sebagai kawan
tiada sebarang harapan yang aku pertaruhkan lagi
dan itu membuat jiwaku lebih tenang :)
terima kasih Allah..

2 comments:

  1. aku basuh keter aku ahad hari tu...sekian lama tak basuh...bersih sungguh...RM8 je...muahaha.lenguh tu tanda nak tua dah tu.kihkih.kalau gout tu byk makan benda masin...cth sardin, kacang, blabla. Tidur lagi best.

    Cuba belajar akur dgn tuhan, kaki sakit=jgn jalan.Batuk/Sakit tekak=jgn cakap banyak.Tu org panggil ilmu hati(tasauf).Tiada thiarah melainkan thiarah Allah.Kau paham ke?kihikihik

    ReplyDelete
  2. ala bukan kena gout, rasa sengal2 macam nak cramp je..pas sapu minyak cap kapak baru aku leh tido huhu.. tapi aku memang suka menda masin, tapi tak suka kacang.. jerawat!

    aku tak jalan byk, tak cakap byk.. bersederhana je lam idup nie :D

    ReplyDelete