Monday, June 13, 2011

Berbaloikah

Akhirnya, aku berpeluang menitip sepatah dua kata hati kat blog yang dah lama terabai ni. Selain Allah, kat blog ni je aku jadi hampir 99.9% jujur. Leh caya ke? hakhak.

Apa yang berlaku selama aku mendiamkan diri? Bukan diam, bukan takda masa, tapi aku yang malas kan kan kan..yeah, mana taknya, balik keje gayut ngan incik tawau, lepas maghrib sambung gayut lagi. sampai tengah malam baru reti nak stop. kalo buleh la, lam mimpi pun nak gayut gak. Tu la bestnya guna Digi Easy Prepaid. Promote nih, kena mintak komisyen kat digi nih. Tapi tu semua kisah silam. Genap 5 bulan lepas kami berjanji sehidup semati bagai, aku mintak break. Kejamkah aku? Mungkir janji kah aku?

Nope...the truth is, my parents dah tau tentang incik tawau, and they all tak berkenan. Tak sekufu katanya. Aku pun takleh nak bantah, sebab memang Islam pun suruh cari pasangan hidup yang sekufu. Aku ingat diorang sekadar membantah je, rupa-rupanya siap dah carikan jodoh lain untuk aku. Wah....time aku mintak tolong carikan, takde pulak nak cari. 

Reaksi aku? Aku memaki-maki lelaki yang tak aku kenali tu. Hoho. Kebetulan dia seorang tentera, aku pulak memang benci kat tentera ngan polis. Ini kes kerana nila setitik, rosak susu sebelanga la ni. Incik tentera dan polis sila jangan amik hati yer. Oke sambung balik, setelah puas maki hamun yang kebanyakannya dibuat lam hati jer, aku meraung seminggu. Tak tau nak buat keputusan. Nak jumpa ke incik tentera tu? Abis incik tawau camana pulak? Hati pompuan yang setia macam aku ni, mana boleh disinggah oleh lebih dari seorang lelaki dalam satu masa. Walopun incik Tawau belum aku cintai, tapi aku dah janji akan tunggu dia. Silap aku kerana berjanji tak tentu pasal. Mujur awal-awal lagi aku dah gitau dia yang aku tak cintakan dia, aku hanya akan cintakan suami aku. Anyway anyhow setelah aku ceritakan situasi aku, incik tawau dengan rela hati berundur diri. Walopun sebenarnya aku nak dia pertahankan cinta dia, tapi dia lebih suka jika keputusan dia bakal  memudahkan hidup aku. Mana nak dapat orang yang sabar, merendah diri macam tu? Jarang-jarang jumpa sekarang ni. Aku doakan moga dia bertemu dengan yang lebih baik dari aku. Sometimes i missed him :(

Sebetulnya aku kena berjumpa dgn incik tentera around bulan April masa family aku kat sini. Tapi mamat tu tak dapat datang, ada hal katanya. Jadi ditunda ke hujung bulan Mei. Aku rasa tak rajin nak tulis tentang kisah pertemuan tu. Yang aku nak tekankan di sini, kenapa si mamat ni susah benau nak bagi kata putus? Lepas dua minggu kami berhubung, dia tiba-tiba senyap seribu bahasa. Sampai bapak aku call pun dia tak nak jawab. how rude..Aku memang menyirap sebab dia dah buat mak ayah aku frust dengan sikap dia yang ambil jalan mendiamkan diri tu. Kalau nak cakap nak, kalau tak nak, cakap la tak nak. Payah ke? Perasaan aku? apa aku kesah.. dia nak diam ke hape ke, suka hati ngko la mat...kot kot esok lusa dia kontek aku lagi, aku jawap la " Wa ingat lu sudah mamposs" petikan dari filem Gangster :D

Kesimpulannya, lebih baik bersangka baik...ntah ntah dia nak wat surprise kat aku ke kan..hakhak..kepala angguk lu surprise.. aku dah korbankan perasaan aku, dah korbankan perasaan orang lain...mungkin ni balasannye :(




Allah ada rancangan yang lebih baik buat ku..Dia yang maha mengetahui :)


4 comments:

  1. Better cakap "Lu langsi, lu mati".

    ReplyDelete
  2. huhu.. saya sedang membaca novel "Satu Janji" karya Ramlee Awang Murshid.. Jalan cerita dalam novel tu lebih kurang sejibik dengan apa yang saudari rasai kini.. tapi saya x baca habis lagi, tp saya rasa happy ending kot.. jadi saya harapkan saudari juga dapat happy ending dalam "novel" saudari.. ;)

    ReplyDelete
  3. Kyo...tenkiu..dunia ni kan pentas lakonan. tak hairan la kalo kisah idup kita macam citer lam novel..

    ReplyDelete