Thursday, September 22, 2011

Fixed Deposit

hahahhahahahha
hahhahahahhaha
hahahhahahhaha

okeh cukup lah gelakkan diri sendiri

Alkisah, bulan lepas aku gi wat fixed deposit (FD) kat BSN. Konon2 tertariklah dengan iklan 3.5% keuntungan tu. Aku mati-mati hengatkan 3.5% per month, rupa2nya per annum. Masa aku tanya kakak BSN tu, dia macam takmo citer je cara pengiraan keuntungan. tanya punya tanya, aku pun buat-buat paham, then aku pun letaklah RM10k. Dengan harapan, duit tu akan beranak RM 350 sebulan. Huahuahua.

Cukup sebulan i.e. semalam, aku pun beria-ia la meredah hujan lebat ke BSN Putrajaya dengan hati yang berbunga-bunga untuk kutip keuntungan RM350 tu, dan nak renew sijil FD tu. Untung2 next month dapat lagi RM350. Elok sampai kat kaunter, aku cakap kat kakak tu, nak kuarkan keuntungan je sebab nak pakai duit. Dia pun tanya aku, hari tu letak RM10k je kan, nak pakai duit berapa?? Aku pun heran nape dia cakap cenggitu. Kan aku untung RM350?? Sembang punya sembang, rupanya pengiraan dia kena bahagi dengan 12 bulan, Chaitttt...aku terpedaya nampaknye. Itulah, nak cepat kaya je pikir. Hambik kau, dapat RM25.50 jer tadi. Segan punya pasal, aku cakap nak keluarkan semua lah. haha.....sib bek takder orang kat BSN tadi. Kalo tak mau kena gelak ramai2 dengan kebengongan aku ni. Akak tu pun pujuk lah suh aku tinggalkan RM5k lam FD. Huh, takde maknanya aku nak simpan lam FD lagik. jauh nau beza untung dia ngan ASB.  Baik aku simpan lam ASB jer. Depan dia jugak aku wat kira2, aku pun cakap, SIMPAN LAM ASB LAGI UNTUNG KAK....ngeh ngeh.

Maklumlah tak pernah wat menda tu, tanya 2-3 orang jer, sume kata fixed deposit lebih untung dari ASB. Aku terpedaya...........Papa aku je cakap, kalo kakak simpan RM10k, nanti bulan2 dapat lebih kurang RM30 jer. Aku punya la tak caya, aku cakap nape RM30 lak, bukan RM300 ker?? Papa kata dia lupa camner pengiraan tu. Tu lah, melawan cakap orang tua lagi, kan dah malu. Malu malu malu :(
Im sorry dear papa. I lup U.



Ilmu itu penting

Sunday, September 11, 2011

apa beza cinta dan sayang?

Camana nak bezakan rasa cinta dan sayang?
camana nak tau yang kita sebenarnya cuma sayang je, tapi tak cintakan dia?
ya, aku konpius. sebab aku rasa lum mampu cintakan orang lain.
tapi aku cakap sayangkan dia, walopun sebenarnye aku tak tau  betul ke tak apa yg aku cakap tu.
bila sehari tak dengar suara, mula la tak tentu arah. tapi masuk hari kedua, aku dah tak kesah...hahaha
ke aku cuma sukakan dia je, tak sayang dan tak cinta?
ekekeke nasib ler pakcik...
tapi aku suka dengar dia membebel :D



Tunjukkan aku jalan yg Engkau redhai~

Tuesday, July 19, 2011

nickname

sebelah sharmila tu sapa nama?

SITI!!!

siot tol budak-budak ni. tak padan ngan umo nak cecah 30-an, ada ke main-main ngan trainer masa trainer tanya nama aku. tak sempat aku jawap, diorang dah kasi nama baru kat aku. dah la SITI pulop tu. sudahnya, sampai seminggu trainer duk panggil aku siti sampai dia tengok balik list nama, rupanye takde siti in the list..kuang kuang kuang..

yang aku pulak sengal, pi melayan je bila dia panggil siti. hahah. trainer sporting, trainee sporting, ok la tu kan. arini trainer banje makan cis kek sikretrespi. rasuah ke hape ni untuk dapat high mark for her evaluation? yeah la, mana taknya, cara dia mengajar sangat laaaaa tak best. yang best cuma bila dia cerita tentang kehidupan dia, pengalaman travel sana sini, pengalaman itu, pengalaman ini. tapi bab mengajar, out! hihi kata kat orang memang best, cuba aku jadi trainer, memang super out la! susah ooo mengajar.

apa pun, best ke tak best ke, training dah nak abis lagi dua hari. masuk opis kamis ni, banyak la issue menanti :(



Tuhan, aku masih kuat keranaMu
maka janganlah Kau tinggalkan aku

Sunday, July 17, 2011

kawen kontrak

kalo ada orang ajak korang kawen kontrak, korang terima tak?
gila tak kalo aku kata aku terima?

kontraknya termasuk la perkara-perkara seperti:
-jadi penjaga amanah ke atas duit yang berjuta2, mungkin berbilion selama setahun
-kawen untuk setahun je (means takleh berpisah untuk setahun), kalo dah terjatuh cinta baru leh sambung. kalo tak, cerai.
-kena bagi anak sorang, tapi buat anak secara medical. tabung uji ke, permanian berhadas ke etc.
-anak tu kena bagi kat lelaki tu bila dia dah besar.

benefit yang akan diberikan:
-RM 2 juta selepas bercerai
-dalam tempoh setahun perkahwinan tu aku leh belanjakan harta dia sebanyak mana yang aku nak
-dia nak belikan aku ferrari + civic type-R pujaan hatiku
-bawak family aku gi umrah+haji
-teman dia melancong seluruh dunia
-dia setup kan bisnes untuk aku
-leh benti keje TM<---ni yang paling aku nak wat masa ni
-dia support untuk gi mayfair, buang lemak
-banyak lagilah...sumenye berkaitan dengan duit yg aku tak mampu adakan buat masa skrg

yes....ini memang keje gila kalo aku terima...mujur tak jadi..
lagipun dalam situasi aku ni, kawen kontrak jatuh hukum haram...korang tanya la pakcik google untuk maklumat lanjut yer.

p/s: hidup jangan tamak, Allah beri apa yang kita perlukan..bukan semua yang kita mahukan tu baik untuk kita..okeh 


mujur Allah masih memelihara aku
luv u Allah

Friday, July 8, 2011

Roda hidup

hidup ini umpama roda, kejap di atas, kejap di bawah.
masalahnya, kenapakah roda hidup aku sentiasa memutarkan menda yang sama setiap kali berada di atas atau di bawah?
ohhhh bilakah nak ada modal untuk kerja sendiri ni?
i dah bosan makan gaji TM yang sikit. bukan tak bersyukur, tapi kije yang berlambak tu tak padan dengan balasan. mujur kadang2 tu ikhlas je buat kije. hahaha kadang2 okeh!
masalahnye di sini, yang berlambak tu adalah kije yang tak perlu dibuat pun, sekadar nak menyusahkan proses kije je.
contohnye: ISO procedure, security policy, reports yg tah ape2, QP, WI, etc etc etc.
dah tu tak abis-abis dengan software patch.
huawei punya equipment ni macam barang recycle yang kualitinya amat rendah.
sikit-sikit nak jahanam, lantas menjahanamkan masa tidur ku



someone, please take me away from here
dengan izin Tuhanku

Sunday, July 3, 2011

ya, saya suka orang kaya

bukan kaya harta benda,
bukan kaya wang ringgit,
bukan hebat pada rupa dan kerjaya,
tapi
kaya pada budi bahasa
kaya ilmu iman dan amal
kaya dengan kasih sayang
kaya dengan perhatian
kaya dengan tanggungjawab
kaya dengan cinta pdNya

ya aku memilih..
aku pilih dia yang seadaanya,
dia yg hormati ibu bapaku
dia yg memahami aku
dia tak perlu terlalu sempurna
kerana kami akan saling melengkapi
cuma yang aku pinta
syukurilah kelebihanku, dan redhailah kekuranganku..

scene 1:
A: ala saya ni cikgu je, takkan la asst manager nak kat saya kan..?
aku: awak ego kan? tak boleh isteri lebih dari awak? of cos, i reject u sebab u ego.

scene 2:
B: saya ni buruk, awak tu comey..takkan la awak nak kat saya kan..?
aku: awak tak pandai bersyukur..then kalo sy tua nanti, awak akan tinggalkan saya sbb tak comey lagi? better i reject u earlier.

scene 3:
C: kalau sy takde awek lagi, memang saya dah ngorat awak sekarang ni..
aku: awak ingat saya nak org macam awak? dah ada awek, masih fikir nak kat pompuan lain.

scene 4:
D: saya tak akan ubah diri saya, sbb saya rasa sy tak salah. peduli la apa orang lain nak kata, saya akan kawin dgn awak, bukan dengan diorang!
aku: salahkah sy minta awak berubah ke arah kebaikan? silapla kalau awak fikir awak kawin cuma dgn saya..awak kena terima seluruh keluarga dan kawan2 saya..awak cuma bleh idup dalam dunia awak je, tapi saya tak boleh. bye.

scene 5:
E: sy syg awak, tapi saya tak bersedia lagi..
aku: kalau tak sedia, baik jangan mulakan langsung. pengecut..



there's a lot of things to tell..but the chance is not there :(

Green Lantern is great but..

..but the beginning of the story made me almost cried..
tak bley ke guna tentera laut ke, darat ke..kenapa mesti berkait dengan udara?
i really love them, always been amazed by them, but i i'v been hurt by one of them..huh..make me forget it pls..

takpe, Allah bagi kita dugaan supaya kita lebih kuat..dan Allah takkan menguji hambaNya lebih dari kemampuan seseorang itu..i still can smile, still can laugh..itu bermakna emosi ku masih kuat! yela...aku kan degil nauzubillah :D



at least, give me some reasons...