Sunday, July 3, 2011

ya, saya suka orang kaya

bukan kaya harta benda,
bukan kaya wang ringgit,
bukan hebat pada rupa dan kerjaya,
tapi
kaya pada budi bahasa
kaya ilmu iman dan amal
kaya dengan kasih sayang
kaya dengan perhatian
kaya dengan tanggungjawab
kaya dengan cinta pdNya

ya aku memilih..
aku pilih dia yang seadaanya,
dia yg hormati ibu bapaku
dia yg memahami aku
dia tak perlu terlalu sempurna
kerana kami akan saling melengkapi
cuma yang aku pinta
syukurilah kelebihanku, dan redhailah kekuranganku..

scene 1:
A: ala saya ni cikgu je, takkan la asst manager nak kat saya kan..?
aku: awak ego kan? tak boleh isteri lebih dari awak? of cos, i reject u sebab u ego.

scene 2:
B: saya ni buruk, awak tu comey..takkan la awak nak kat saya kan..?
aku: awak tak pandai bersyukur..then kalo sy tua nanti, awak akan tinggalkan saya sbb tak comey lagi? better i reject u earlier.

scene 3:
C: kalau sy takde awek lagi, memang saya dah ngorat awak sekarang ni..
aku: awak ingat saya nak org macam awak? dah ada awek, masih fikir nak kat pompuan lain.

scene 4:
D: saya tak akan ubah diri saya, sbb saya rasa sy tak salah. peduli la apa orang lain nak kata, saya akan kawin dgn awak, bukan dengan diorang!
aku: salahkah sy minta awak berubah ke arah kebaikan? silapla kalau awak fikir awak kawin cuma dgn saya..awak kena terima seluruh keluarga dan kawan2 saya..awak cuma bleh idup dalam dunia awak je, tapi saya tak boleh. bye.

scene 5:
E: sy syg awak, tapi saya tak bersedia lagi..
aku: kalau tak sedia, baik jangan mulakan langsung. pengecut..



there's a lot of things to tell..but the chance is not there :(

Green Lantern is great but..

..but the beginning of the story made me almost cried..
tak bley ke guna tentera laut ke, darat ke..kenapa mesti berkait dengan udara?
i really love them, always been amazed by them, but i i'v been hurt by one of them..huh..make me forget it pls..

takpe, Allah bagi kita dugaan supaya kita lebih kuat..dan Allah takkan menguji hambaNya lebih dari kemampuan seseorang itu..i still can smile, still can laugh..itu bermakna emosi ku masih kuat! yela...aku kan degil nauzubillah :D



at least, give me some reasons...

Tuesday, June 21, 2011

Pelupa dan melupakan

walaupun aku ni pelupa, tp nape masih susah nk melupakan sesuatu dan seseorang?
kena makan semut 2 sudu 2 kali sehari agaknye baru leh lupa
agagaga

menda sedih paling lama aku ingat: cinta pertama.
sampai skang leh tangkap nangis ooo..
tapi walopun si dia kawen dengan kawan baik aku, aku tak sedih, malah aku bahagia tengok diorang bahagia.
aku pun tak tau nape aku sedih bila teringat kat dia..sungguh aku tak tau..

menda sekarang yg susah nak lupa: encik jo tudm.
mungkin sbb aku dah benci dia terlalu awal, then aku dah blaja terima dia, then dia ignore aku, then aku tak tau perasaan apa yg aku ada untuk dia sekarang ni. kadang-kadang aku rasa masih berharap, kadang-kadang sakit hati, sedih, marah dengan sikap dia, kadang-kadang terpikir pulak mungkin berdiam itu adalah jawapan. haishhh entahlah..mungkin dia terlalu bagus untuk aku yang tak sebaik mana pun ni..

tapi aku mudah lupakan kesalahan sesape pun lepas aku marah dia puas-puas.
2 hari lepas aku marah gila kat adik aku, sebab kekurangan disiplin dalam diri.
sekali tertampar dia daa...sape suh menjawab..ya, saya seorang kakak yang teramat garang jika adik-adik buat salah okeh. sampai sekarang dia tak bercakap dengan aku. dah bisu kut lepas kena tempeleng. hoho..sori la adik, kalo tak sayang, maka aku tak tampar kamu..aku biar je apa pun nak jadi dengan kamu. sebab sayang la tangan aku melayang ahaha



maafkan aku..maafkan aku...
aku maafkan kamu..aku maafkan kamu..

Sunday, June 19, 2011

Ingin Membenci

Aku naakkkk sangat bencikan ia..
supaya aku leh lupakan sumenye..
supaya aku tak terkesan dgn menda2 yg berkaitan dgnnya..
tapi terlalu ikhlaskah aku sebelum ni, sampai x dapat membenci sedikit pun?
.
.
.
tak nak ikhlas lagilah..hoho
but its not something that controllable okeh...susah nih 0.o


ikhlas itu Islam

Thursday, June 16, 2011

Menangis itu bagus

Menangis boleh meningkatkan kadar metabolisma? Aku terbaca kat majalah apa ntah kat surau lepas zohor tadi.
ouhh...i like that statement..boleh kurus..yeay!
sebabnye, hari-hari aku menangis..
tengok TV nangis, tengok movie nangis, teringat cinta pertama nangis, teringat mak ayah nangis..
yang paling selalu buat aku nangis ialah bila teringat betapa banyaknya dosa aku, dan betapa pengasihnya Allah sebab masih memberi aku rezeki dan rahmatnya..
betapa dia tidak bosan mendengar keluhan aku setiap hari, dan betapa aku beruntung mempunyai tempat mengadu yg Maha Mendengar..
Syukran ya Allah :)



menangis boleh, tapi jgn over okeh!

Wednesday, June 15, 2011

Rusak mood aku

Nape pagi-pagi TUDM dah berterbangan kat ruang udara kolumpo tadi? Elok pulak tu melintas kat LDP di mana aku terjebak dalam kesesakan harian menuju ke tempat training.

Bikin panas ati je. Baru nak hepi2 arini. Tup-tup nampak heli TUDM, maka terputar kembali kisah incik tentera yang bikin aku panas tu. Ye, dia seorang tentera udara, that's why aku terganggu dgn heli tadi. Padahal aku memang kagum dengan benda-benda yg terbang tu :p

Aku dah maafkan dia...aku dah maafkan dia...aku dah maafkan dia...setiap malam sebelum tido aku duk ucap tu, supaya aku leh tido lena..Tapi setiap pagi terbangun, pasti teringat pasal mende mengarut yg terjadi.

Tuhan, jauhkanlah dia dari ingatan hambaMu ini.




Betul2 aku dah maafkan ke? Aku pun tak yakin ehe

Monday, June 13, 2011

Berbaloikah

Akhirnya, aku berpeluang menitip sepatah dua kata hati kat blog yang dah lama terabai ni. Selain Allah, kat blog ni je aku jadi hampir 99.9% jujur. Leh caya ke? hakhak.

Apa yang berlaku selama aku mendiamkan diri? Bukan diam, bukan takda masa, tapi aku yang malas kan kan kan..yeah, mana taknya, balik keje gayut ngan incik tawau, lepas maghrib sambung gayut lagi. sampai tengah malam baru reti nak stop. kalo buleh la, lam mimpi pun nak gayut gak. Tu la bestnya guna Digi Easy Prepaid. Promote nih, kena mintak komisyen kat digi nih. Tapi tu semua kisah silam. Genap 5 bulan lepas kami berjanji sehidup semati bagai, aku mintak break. Kejamkah aku? Mungkir janji kah aku?

Nope...the truth is, my parents dah tau tentang incik tawau, and they all tak berkenan. Tak sekufu katanya. Aku pun takleh nak bantah, sebab memang Islam pun suruh cari pasangan hidup yang sekufu. Aku ingat diorang sekadar membantah je, rupa-rupanya siap dah carikan jodoh lain untuk aku. Wah....time aku mintak tolong carikan, takde pulak nak cari. 

Reaksi aku? Aku memaki-maki lelaki yang tak aku kenali tu. Hoho. Kebetulan dia seorang tentera, aku pulak memang benci kat tentera ngan polis. Ini kes kerana nila setitik, rosak susu sebelanga la ni. Incik tentera dan polis sila jangan amik hati yer. Oke sambung balik, setelah puas maki hamun yang kebanyakannya dibuat lam hati jer, aku meraung seminggu. Tak tau nak buat keputusan. Nak jumpa ke incik tentera tu? Abis incik tawau camana pulak? Hati pompuan yang setia macam aku ni, mana boleh disinggah oleh lebih dari seorang lelaki dalam satu masa. Walopun incik Tawau belum aku cintai, tapi aku dah janji akan tunggu dia. Silap aku kerana berjanji tak tentu pasal. Mujur awal-awal lagi aku dah gitau dia yang aku tak cintakan dia, aku hanya akan cintakan suami aku. Anyway anyhow setelah aku ceritakan situasi aku, incik tawau dengan rela hati berundur diri. Walopun sebenarnya aku nak dia pertahankan cinta dia, tapi dia lebih suka jika keputusan dia bakal  memudahkan hidup aku. Mana nak dapat orang yang sabar, merendah diri macam tu? Jarang-jarang jumpa sekarang ni. Aku doakan moga dia bertemu dengan yang lebih baik dari aku. Sometimes i missed him :(

Sebetulnya aku kena berjumpa dgn incik tentera around bulan April masa family aku kat sini. Tapi mamat tu tak dapat datang, ada hal katanya. Jadi ditunda ke hujung bulan Mei. Aku rasa tak rajin nak tulis tentang kisah pertemuan tu. Yang aku nak tekankan di sini, kenapa si mamat ni susah benau nak bagi kata putus? Lepas dua minggu kami berhubung, dia tiba-tiba senyap seribu bahasa. Sampai bapak aku call pun dia tak nak jawab. how rude..Aku memang menyirap sebab dia dah buat mak ayah aku frust dengan sikap dia yang ambil jalan mendiamkan diri tu. Kalau nak cakap nak, kalau tak nak, cakap la tak nak. Payah ke? Perasaan aku? apa aku kesah.. dia nak diam ke hape ke, suka hati ngko la mat...kot kot esok lusa dia kontek aku lagi, aku jawap la " Wa ingat lu sudah mamposs" petikan dari filem Gangster :D

Kesimpulannya, lebih baik bersangka baik...ntah ntah dia nak wat surprise kat aku ke kan..hakhak..kepala angguk lu surprise.. aku dah korbankan perasaan aku, dah korbankan perasaan orang lain...mungkin ni balasannye :(




Allah ada rancangan yang lebih baik buat ku..Dia yang maha mengetahui :)