Friday, September 10, 2010

Percaya

kepercayaan sangat penting dalam sesebuah hubungan.. dari percaya itu akan terbit unsur setia, tolak ansur, dan pelbagai unsur yg baik lagi di samping kasih sayang dan kecintaan pada pasangan mahupun sesiapa sahaja.. pe citer aku bebel pasal kepercayaan nih?

sebab aku rasa telah dibelot, atau sedang diperbodohkan.. ntah.. aku ini, seorang yang mudah percaya pada kata2 manusia.. mudah sangat aku tertipu, mudah diambil kesempatan atas ku.. sebolehnya aku tidak ingin  bersangka buruk sesama manusia.. kerana aku tau aku bukan yg terbaik di dunia, malah sekadar hamba yg hina..

penjelasan telah aku terima, tapi haruskah aku terima ia sebulat2nya? tanpa ragu? nope.. penjelasan terdahulu aku terima seadanya, tapi tidak kali ini.. aku tak tau siapa yg bersalah.. mungkin yg harus dipersalahkan adalah diri sendiri.. gagal mendukung prinsip.. lalu membawa kepada kelukaan..

Allah..jauhi lah aku dari menzalimi sesama insan.. jauhilah aku daripada yang bukan milikku..




aku semakin tidak percaya pd diri sendiri..
memulakan 1 syawal 1431H dgn resah, bukanlah sesuatu yg aku inginkan..
moga hari yg mendatang lebih baik dari yg sebelummya..

No comments:

Post a Comment