Tahniah buat Ciko a.k.a abang long kerana berjaya mengakhiri zaman bujangnye semalam. Bukan abang aku yer sebab aku ni anak sulung yang sejati. Digelarkan abang long kepada Ciko kerana usianya yang jauh beza dengan ofismate lain. Hehe. Angka 29 pada seorang lelaki tidaklah terlalu tua. Tapi kalo pompuan, umur 28 tak kawen lagi, mau jadi isu besar keluarga tu. Haishh debor pulak aku mengenangkan perkara ni. Takpe Aisyah, jodoh itu ketentuan Tuhan, bukan urusan manusia. Berusahalah sedaya kamu, berdoa pada Dia, dan bertawakal dengan hati terbuka. Moga dijauhkan dari segala maksiat :D
Umah Ciko kat Kedah sebenarnye, tapi disebabkan tarikh majlis umah dia clash dengan tarikh kenduri Syam, kitorang seofis pakat pegi umah pihak pompuan la. Lagipun gi Kemaman dekat sikit berbanding ke Kedah nun. Aku sekereta dengan Dila dan dipandu oleh Akmal. Konvoi dengan keluarga Mira. Kul 8 pagi aku dah terpacak depan umah Dila, Dila lak baru hegeh-hegeh nak iron baju. Cis betul. Konon kul 8 nak gerak. Sib bek tumpang kete dia hehu. Kitorang start konvoi lepas tol RM5 kat gombak tu. Pastu gi isi minyak RM40. Jumpa tol lagi RM3. Then masuk lebuhraya Pantai Timur, kena Rm21 exit kat Jabor. Perghh boleh tahan jugak tol dia. Untuk perjalanan pergi dan balik, aku menyumbang RM60. Bakinya akmal n dila setelkan.
Sampai umah pengantin lebih kurang kul 1, makan-makan then tunggu pengantin. Kul 2pm, pengantin lelaki pun tiba dengan sengih-sengih panjang. Amik gamba sket, sembang-sembang sket, pastu kitorang pun berangkat pulang.
Moga kekal ke akhir hayat =) |
On the way balik tu kitorang singgah beli satar kat warung aziz satar (femes kat situ). Pastu beli keropok lekor sikit. Adeh malas pulak aku nak tulis panjang-panjang. Secara ringkasnye, sesudah itu kami....
- salah simpang nak masuk highway pantai timur, kena u-turn balik setelah Mira mesej menganjing "gi piknik kat teluk chempedak ker" hahaha. Rupenye terikut jalan lama pulak.
- singgah solat kat r&r Genting Sempah. Takde air kat toilet. Nasib ada air untuk berwudhuk.
- kul 7pm, singgah ampang point sebab Dila nak beli tudung
- kul 9pm, singgah food court presint 9 makan. Aku beli roti john share ngan Dila. Akmal makan kuey teow goreng, macam sedap je..nanti lain kali aku try.
- kul10.30pm aku sampai rumah, tengok mak ayah ain dah tido. Aku masuk diam-diam macam pencurik, tapi diorang still terjaga. Bersalam dengan mak Ain sebelum aku meneruskan urusan diri.
Sebab kepenatan yang amat semalam, lepas subuh tadi aku sambung tido sampai ke tengahari. Tak peduli dah mak ayah Ain ada ke takde ke. Abis la saham anak dara nih. Nasib baik time diorang balik dari jalan-jalan kul 2pm tadi, aku tengah gosok baju depan tv. Kalo aku masih tidur, apakah pandangan mereka terhadap aku? keskeskes
esok dah hari isnin???
cant believe it
masa berlalu terlalu pantas
Ku mohon padaMu ya Allah,
jangan aku terleka dengan dunia ini
No comments:
Post a Comment