Tuesday, October 26, 2010

Jangan tiru macam saya

Sepatutnya aku tidaklah sebegini sibuk. Sampai tak sempat nak membebel kat sini. Kerja, memang takkan habis. Yang lama lum aku settlekan, datang lagi yang baru. Adeh. Tapi salah aku jugak. Tangguh-tangguh. Takdak sapa suruh aihhh. Nape aku malas nih. Nape. Nape. Ya Allah..jauhi aku dari sifat buruk ni.

Papa dah gi kursus kat Segamat. Isnin sampai Rabu. Ibu stay kat umah aku. Khamis nanti aku cuti, bawak ibu ngan papa gi Melaka, nak settlekan hal pembinaan rumah kat sana. Kontraktor tu dari kalangan ahli keluarga jugak, tapi takleh harap pun. Sama je macam kontraktor yang lama. Banyak main. Kalau tak sanggup buat, jangan terima. Kan dah menyusahkan mak bapak aku. Sabau je la.

Dua tiga hari ni, tidur aku tak menentu. Empat lima pagi baru dapat lelapkan mata. Bangun tetap seperti biasa. Walaupun keinginan aku nak bangun lambat tu ada, tapi tak dapat ditunaikan. Takkan la mak ayah ada kat sini, aku nak layan tido jer, mesti la kena layan diorang. Tak solehah lak aku nanti huhu. Itupun aku amik off hari Isnin je. Hari ni ngan esok aku kena keje la, marah lak bos kang asik cuti je. Tapi kesian ibu, terpaksa tinggal sorang kat rumah aku. Aku lak asik mungkir janji je nak bawak ibu gi shopping kat Jusco. Mane taknye, tido tak cukup, balik keje pulak letih gila macam baru balik latihan perang. Dah tu asyik termembuta je. Ibu tak sampai hati nak kejutkan aku. Kesian ibu, aku lum cukup solehah dalam melayan kemahuan beliau. Esok petang aku mesti bawak ibu kuar gak. So malam ni aku kena tido awal sket. Pedulikan la kbank aku tu. aku yang tukang kumpul dokumen. Anta lambat sikit takpe kut. Huhu tangguh lagi. Dilarang meniru sifat buruk ini :D
Tengok....berangan sempat pulak tu kehkehkeh



aku tidak lagi tertumpu pada Z
aku layan Z macam kawan biasa, tapi Z tak suka
asik terasa je bila aku sembang cam kengkawan bese
gurau over sket, dah majuk, cakap kasar sket, majuk lagi
susah la orang macam ni, aku tak paham kehendak dia

Sunday, October 24, 2010

Harapan ku selalu

Berdekatan selalu dengan insan-insan tersayang, itulah yang sering menjadi harapan aku. Ibu dan papa dah selamat sampai kat sini lebih kurang jam 11 malam tadi. Walaupun flight mereka delay beberapa jam kerana masalah teknikal, aku tetap bersyukur semuanya tiba dengan selamat. Kesian, ibu ngan papa mesti letih, dari pukul 3 petang duk kat KK airport. Flight transit kat Labuan pulak tu 45 minit. So perjalanan dari KK ke KLIA yang sepatutnya 2jam 30minit je dah jadi 3jam lebih. Sebab dah sampai lewat sangat, diorang pun dah letih, kami just singgah kat mcD je. Drive Thru McD kat Petronas KLIA tu beli apa yang patut untuk alas perut. Balik rumah tadi, makan mandi trus diorang tido dah. Letih tu. Esok nak jalan lagi.

Aku runsing ni, banyak keje terbengkalai. Nak buat malas. Parents datang pulak, takkan nak ngadap keje je. Adoiyai...nape takde doraemon kat dunia nyata ni. Huhu... :P


Walaupun hati rindu,
aku mesti bertahan.
Walaupun masih sayang,
aku mesti menjauh.
Aku mesti..mesti..

Saturday, October 23, 2010

Sleepy

Asik mengantuk je dari siang sampai ke malam. Sebab makan ubat selsema tu ke? Patutnye dokte kasi la ubat yang tak ngantuk. Keje banyak lak kat opis (dan harus dibawa pulang untuk disiapkan) di hari Jumaat yang mulia ni. Tak dapat melepak seperti Jumaat-jumaat yang sebelum ni. Salah aku jugak, suka bertangguh kerja. Bukan kerja je, segala urusan pun aku suka tangguh-tangguh. Last minit baru gelabah nak buat semua. Ape nak jadi. Walopun aku menyedari keburukan tabiat ni, tapi aku still tak dapat mengikis tabiat yang tak bermanfaat langsung ni.

Ain balik kampung, dan aku tinggal sendirian lagi tanpa kaseh sayang. Tapi esok petang parents aku datang dari KK. Papa ada kursus kat Segamat isnin ni, ibu ikut sekali tapi stay kat rumah aku 3-4 hari sebelum join papa kat Melaka nanti untuk uruskan hal pembinaan rumah lak.

Waaa aku dah ngantuk. Tapi aku masih belum memulakan segala rancangan yang aku berura-ura nak settlekan malam ni jugak. adeh.....



Tiba-tiba berasa amat sepi
bila ain umumkan yg dia nak bertunang bulan depan n kawen tahun depan
aku nak jugak...huhuhu :D

Thursday, October 21, 2010

Datang dan pergi


Masih demam. Masih selsema. Dan masih malas.

Vendor ni pantang nampak muka aku kat opis, mesti nak kasi keje banyak-banyak. Report itu la, ini la, masalah lama pun tak selesai lagi. Sib bek bos takde ari ni. Aman sket.

Gaji dah masuk, Alhamdulillah. Tapi nape aku takde mood ni? Syoh syoh tak suka perasaan ni.



Z, sudah-sudah la bermain dengan kata-kata manis mu
aku rasa nak termuntah kahkahkahkahakkk

Wednesday, October 20, 2010

Sila datang lagi

Sila la datang lagi yer encik demam. Hadir mu memberi aku kesempatan untuk melepaskan lelah kerja, walaupun hakikatnya badan ni tak selesa dengan kehadiranmu, namun aku tetap bersyukur. Demam yang berlanjutan dari semalam telah membawaku ke Klinik Fadzliana di Seri Kembangan. Doktor yang baik hati telah memeriksa tahap kesihatanku dan membekalkan aku dengan sejumlah ubat-ubatan yang belum tentu aku akan perabis. Di samping itu, surat MC turut diberikan, di mana itulah tujuan utama aku pergi klinik, demi sekeping surat MC. Bukan nak sangat ubat, sebab aku leh telan panadol je untuk redakan demam ni. Tapi aku nak MC sebab tak larat sangat nak berhadapan dengan kerenah pekerjaan di ofis. Lagipun sejak aku pulang dari outstation, aku belum dapat rehat yang cukup, dan itula yang mengundang encik demam ni.

Aku pergi klinik tadi dah tengahari. Sengaja aku keluar time panas terik sebab badan rasa sejuk sangat sampai gigil. Bila keluar time panas, tak terasa sangat sejuk dalaman tu. Walaupun kepala ni terasa berat, aku gagahkan juga memandu ke SK. Tak dapat surat MC kang, susah pulak nak jawab ngan bos. Kang dia kata aku tipu lak, sengaja nak cuti. (Memang pun sengaja, padahal semalam dah leh sembuh kalo aku makan panadol). Walaupun orang tak ramai kat klinik tadi, aku rasa macam lama sangat aku kena tunggu turn untuk masuk jumpa doktor. Dah la kepala makin sakit, kena tunggu lama pulak. Sabau je la aku. Pas kuar dari klinik, aku gi beli ayam n nasik kat Ayamas sebelah klinik tu. Memang dah jadi kemestian aku singgah kat Ayamas tu tiap kali aku gi Klinik Dr Fadzliana.

Balik dari klinik, makan antibiotik, makan nasik n ayam aku beli tadi, makan ubat demam, ubat skt kepala, ubat ape tah lagi then terus aku memengsankan diri sampai la ke senja. Memang tak larat nak wat menda len. Aku siap berstokin dan berselimut tido petang tadi. Punya la rasa sejuk sangat. Bangun senja tadi, dah rasa ok sket la. Cukup la tu encik demam, bulan depan la pulak datang lagi. :D

Lepas Maghrib tadi sambung makan ayam yang aku simpan sket petang tadi. Pastu Ain lak tanya nak dia belikan makanan ke sebab dia kat kedai makan tadi. Aku pun iyekan je. Aku kirim nasik ayam dan teh ais. Adoi, tak macam orang sakit pun aku ni, selera je makan. Dah tu nasik ayam lagi. Hahaha. Jangan bagi aku pening kepala je, tu je yang buat aku tak lalu makan. 



Perlukah aku mengikut kata ibu
yang mahu aku berbaik semula dengan H
5 tahun aku bersama H, dan akhirnya aku tinggalkan dia
H, aku tak mampu lg berhadapan dgn ego mu
sbb aku sejuta kali lebih ego wakakaka

Tuesday, October 19, 2010

Demam :(

Training separuh hari je sebab cikgu (trainer) abiskan modul dengan pantas dan cergas. Tima kaseh cikgu. Macam memahami je aku yang tak berdaya hari ni. Bangun pagi tadi rasa tekak ni perit sangat, on the way ke TMTC lak aku mula diserang selsema. Kepala pun mula berdenyut-denyut, pening pun ada. Nasib baik hari ni turn Sha pulak drive. Sampai kat kelas tadi, cikgu dah mula mengajar, menandakan yang kami bertiga (aku, Ain n Sha) dah terlewat. Mane tak lewat, pergi melantak dulu dengan selambanya. Lebih baik lewat sikit daripada disapa oleh encik gastrik kan. Aku n Sha dah serik kena tegur ngan encik gastrik tu.

Abis je kelas tengahari tadi, kami pergi makan ikan bakar nearby istana. Ikan bakar kat situ sedap dan murah. Mujur orang tak ramai hari ni. Ataupun kami yang terlewat makan tengahari? Yang nyata, ikan bakar dan pencicahnya maintain sedap dari tahun lepas sampai le sekarang. Gerai pilihan kami ialah Seri Melaka. Tahun lepas masa aku keje kat KL, selalu la jugak singgah situ makan. Bukan macam asam pedas kat Titiwangsa semalam, dah tak sama cam dulu. Kuah cair, daging tak empuk, tapi harga dah naik. Mungkin resipi asal dia hilang kut, jatuh lam periuk asam pedas tu lantas ditelan oleh orang ramai. (bersangka baik ke buruk ni??) 
Demam pun, aku tetap berselera menikmati ikan bakar ni..this pic kredit to Pinky

Sampai rumah dekat kul 3pm jugak, sebab on the way balik tu, Sha tersilap masuk simpang, maka tak pasal-pasal kena pusing satu KL untuk kembali ke pangkal jalan. Tetiba aku teringat ibu pesan suruh pi hantar tempah baju kurung yang dia kirim kat aku hari tu. Cepat-cepat aku selongkar purse cari nombo tepon tailor yang aku amik kat bawah ari tu. Dengan malasnye, aku pun kol la kak Ieza (tailor) tu. Nasib rumah dia rupanya sama blok je ngan umah aku, cuma dia kat sebelah sana, aku kat belah sini. Baju ibu sepasang je nak tempah, baju aku ada enam pasang. Tapi aku hantar dua pasang dulu kat kak Ieza, kalo sedap dia buat, aku anta lagi yang lain. Cuma yang tak best, dia cuma reti buat baju kurung biasa, kurung riau dan kurung pahang je. Aku baru tau yang kurung pahang dan kurung riau tu tak sama rupanya pattern dia. Tapi aku tengok cam sama je. So untuk ibu, kurung biasa. Untuk aku, satu biasa, satu riau. Harap-harap elok la jahitan dia. Mati ar aku kalo baju ibu tu tak enak dipakai. Mesti kena bebel panjang nanti huhuh.

Hujan lebat gila petang tadi, nasib baju yang aku sidai kat balkoni tak kena tempias hujan. Sambil rehat-rehatkan badan yang tak berapa sehat, aku kukus ubi kentang sebijik untuk tepek kat muka. Tetiba aku terlelap. Bila aku terjaga je, teringat kentang yang dikukus. Err sampai kering air lam periuk tu dah. Kentang aku lak dah hangus bersama mangkuk besi lam periuk tu. Adoi nasib baik tak meletup periuk tu. Tu la, tengah memasak jangan gatal2 gi baring. Kan dah terlelap. Bahaya tul. Aku cuba menyelamatkan sebahagian isi kentang yang masih lum hangus. Dapat la sesudu besar untuk wat mask. :D

Malasnye nak makan ubat.. MC je la esok buleh tak. Encik demam, jangan pergi dulu k. Kita jumpa dokte dulu esok k. Pastu baru encik demam boleh pergi. :D



Logik ke perempuan jadi bestfren lelaki?
Aku pernah melaluinya, dan ianya tak logik.
Kalo bukan aku yg jatuh hati, mesti lelaki tu pulak yg ada feeling,
Tak pernah berjalan lancar sebagai sahabat baik SAHAJA.

Monday, October 18, 2010

Dunia terang menjadi gelita

Jalan cerita di sini tiada kaitan dengan tajuk di atas. Tajuk itu terbit dari pemikiranku semata-mata kerana aku asik ulang line Shahir AF8 dalam lagu 'Di mana kan ku cari ganti' yang dinyanyikan semula beramai-ramai oleh artis-artis tanahair, sempena bulan penghargaan Astro kepada Almarhum Tan Sri P.Ramlee. Entah kenapa tiba-tiba aku jatuh hati pada suara ala-ala ustaz si Shahir tu. Uhue~ ~ ~

Semalam aku tak dapat tidur dengan nyenyak disebabkan perangai pelik aku yang sukar diatasi dari kecil hinggalah sekarang. Hasilnya, aku amat mengantuk sekali dalam kelas iCare Prime siang tadi. Kalo lah aku kat ofis tadi tu, dah lama aku gi curi-curi lena kat surau. Nasib baik tadi kena gi training. Esok ada sehari lagi training kat TMTC. Subjek lain pulak. Subjek tadi pun satu hape tak masuk lam otak. Nota pun pura-pura salin je, sekadar mengaburi mata kawan-kawan dan trainer di depan. Tak ada untungnya aku buat macam tu, tapi ape kan daya, kalo aku cuba fokus je, urat-urat mata pun mula berasa kendur lantas terpejam tanpa ku sedar. Dahsyat, tak malu ke tido lam kelas. Dari zaman skolah, masuk U, skang dah keje pun, masih nak tido lam kelas. Hehe rindunye zaman belajar.

Pergi ke TMTC siang tadi bersama Shasha. Sha park kat ofis je kete dia. Lebih kurang hampir jam 8 pagi baru kami gerak dari Cyberjaya menuju ke Jalan Gurney Kiri melalui MEX a.k.a Maju Expressway yang tolnye agak mencekik purse aku yang kian nipis iaitu RM4 sehala (Putrajaya-Jalan Tun Razak). Dulu, kete yang lalu ikut MEX tak sebanyak yang aku nampak kini. Mungkin orang ramai dah tak sanggup menempuh kesesakan, maka mereka lebih rela membayar tol yang mahal. Tapi langit tak selalunya cerah. Walau di pelusuk mana sekalipun, jalan yang menuju ke ibu kota pasti akan sesak juga. Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah, aku perlu mengekalkan tahap kesabaran pada paras optimum bagi menghadapi pelbagai kerenah manusia di jalan raya. Hohoh.

Balik dari training, aku dan Sha pergi basuh kereta kat carwash yang berdekatan dengan Old Town Cyberjaya tu. Sambil menunggu kereta siap dibasuh, aku n Sha pergi melantak kat Old Town. Makan roti bakar dia yang memang superb tu dan kopi o ais. Yummy! Lepas sejam melepak, kitorang pi intai kete, owh masih belum siap sepenuhnya. Tunggu turn untuk di vacuum pulak. Lepak lagi tepi carwash dan dihidangkan dengan air mineral oleh pekerja carwash itu. lebih kurang 15 minit, kete aku pun siap. Kete Sha lum lagi, tapi Sha suruh aku balik je dulu. Wokey! Lagipun aku memang rasa sangat penat. Tanpa memeriksa hasil kerja pekerja-pekerja warga asing tu, aku bayar RM11 dan terus blah je sesudah mengucapkan terima kasih. Sampai parking kat rumah, aku tengok hasil kerja mereka memang langsung tidak memuaskan hati aku seperti sebelumnya. Haish...nampaknye aku kena hantar basuh sekali lagi esok sebab fungus yang melekat tu diorang tak hilangkan. Fungus tu terhasil akibat udara yang agak tercemar kat area umah sewa aku ni. Penuh debu dari kawasan pembinaan. Hmmm..sebelum ni boleh je diorang buat. Ada cara nak hilangkan tu, saje je diorang ni nak susahkan aku. Uhue....(T.T)

Lepas mandi petang tadi, solat, then layan cerita Chinta kat TV3. Chinta-marah pada Tuhan. Ada ke patut. Terpesong akidah si Chinta tu akibat dendam pada lelaki-lelaki yang merosakkan jiwanya. Sambil layan Chinta, aku kukus ubi kentang untuk disapu kat muka lepas Maghrib tadi. Rasa macam muka aku dah cerah sikit la..ngeee syok sendiri..lantak ler. Tapi tetiba pas Isya' tadi, aku rasa lenguh sangat kaki aku ni. Memang dah lenguh dari petang tadi, tapi ni makin kuat pulak rasa lenguh tu. Dah sapu minyak n urut sikit-sikit pun, masih tak mau hilang. Kenapa ye? Nak kata banyak berdiri atau berjalan, takde pun. Kurang minum susu ke?          



kembali seronok melayan Z
setelah hati aku kembali terima dia hanya sebagai kawan
tiada sebarang harapan yang aku pertaruhkan lagi
dan itu membuat jiwaku lebih tenang :)
terima kasih Allah..